Su4miku dan Hobi

Aku Suraya, ada anak dua. Anak sulungku 4 tahun & anak yang kedua setahun 6 bulan.

Sudah 8 tahun kahwin. Sebelum tu 4 tahun kami belum dikurniakan rezeki anak.

Suamiku seorang suka berhobi. Pada mulanya memancing. Semasa, belum ada anak, yup aku ditinggalkan untuk memenuhi hajat hobinya.

Masa ni dah rasa sakit hati yang tertahan. Tak ada anak lagi, nak sweet dengan suami, suami kaki hobi pancing. Sunyi, sakit hati, sedih.

Terasa hati sampai sekarang, dulu masa public holiday, aku ajak bercuti, check in, cuti sempoi, just you & me. He said ‘No’, public holiday dia nak kerja tapi lepas PH dia boleh apply cuti nak melayan hobi dia. Kawan ajaklah, ayah ajak lah, adik ajaklah.

Dalam setahun dia boleh create, plan hobi dia. Tapi dengan aku? Makan modal sebab berdua kan. So why la ko kahwini aku.

Dah 4 tahun tiada anak tu kitorang larut dalam kerja masing². Aku penuhkan jadual aku dengan kerja. Sabtu ahad kerja. Ada pun depan mata, dia layan social media. Baik aku buat duit.

Aku pernah je cakap, tahun depan kalau tak ada rezeki anak kita cerai je lah. Yup bukanlah anak tu 1 faktor je, perangai² dia yang tak nak bercinta aku, buat aku rase, tak best. Nothing.. baik rasa sendiri. Kesal aku tak boleh masuk lah dengan hobi dia.

Tapi, lepas mak ayah aku pergi umrah, aku dikurniakan putri sulungku, dan belum cukup 2 tahun, dah ada anak yang kedua pula.

Memanglah mak aku orang yang paling bising sekali, main tak betul² mak kata..

Adalah aku usahakan juga pergi LPPKN nun buat check up suami isteri. Ikutlah step by step sehingga makan ubat dan hadirlah putra & putri ku.

Terus hidup berubah. Suamiku tak layan lagi hobi mancing. Tapi dia beli motor y15. Dia ride 1 Malaysia. Tinggalkan aku jaga 2 orang anak kecik ni.

Sekarang public holiday pun dah tak kerja, pandai lah dia plan untuk keuntungan dia.

Yup, dulu aku single, makan aku boleh makan je la guna duit sendiri, masa dia keluar berhobi. Sekarang aku mintak dia, anak nak makan, nak jajan, nak itu ini. Dia bagi lah duit.

Tapi, aku masih lagi tak suka situasi ni. Aku benci, tunggulah anak besar sikit. Sekarang anak bukan main lasak. Well kalau aku tahan dia, dia yang giler pula.. Kalau aku biar dia, aku yang giler. Tapi tengok lah if aku ni dia cintey, tak kan nak seronok sorang².

Masa dia ride aku minta dia on location live. Yelah aku risau, walaupun macam sakit hati sangat.. Kenapalah tak fikirkan aku yang di tinggalkan.

Dia tengok view cantik pun, pergi tempat cantik, dia tak video call pun aku. Citt aku mampu view status dia di fb dan ws. Benci menahan perasaan ni.

Masa tak ada anak, aku dah ajak dia pusing 1 Malaysia,buat macam yang nak aku buat macam berkhemah, travel, sekarang bila dah anak… Eh ko pulak yang buat semua tu seorang. Pastu up as a content. Wajar ke tak aku rasa pahit macam ni. Sakit lah tak dicintai ni.

Baru² ni ada kawan dia bercerai sebab dia suka dengan minah Indonesia. kawan dia tu elok je kuat kerja tapi sebab masuk kelab, tergoda dengan awek seberang.

Bangga pulak dia cakap dengan aku macam ni, tuhlah kan elokk ada hobi, ha pergi mancing ke, main motor ke, kereta ke, yang penting tak main perempuan.

Dalam hati aku, ko ni bangga betul! Bini ko rasa apa, ko pun tak tahu. Nak fail cerai sebab laki saya suka hobi. Saya tak gembira dengan dia.

Elok nanti aku pulak yang kene sekolahkan dengan pegawai agama.

Yelah, laki korang semua okay. Paling cinta dengan korang. Habis aku rasa macam ni kenapa? Aku sakit mental ke, aku tak happy, aku sedih, why aku rasa macam ni, tak dicintai,tak disayangi. Aku hate perasaan ni.

Sejujurnya aku nak bergembira dengan suami aku. Tapi suami aku yang enak, wah bini aku sporting lah esok bolehlah tinggalkan lagi.

Akhirnya dia selamat pulang dari ride baru ni, dia tanya kenapa macam memusuhi dia, tak layan dia baru balik.

Jawapannya tak terluahkan dengan mulut, tapi hati dan perasaan aku ni berat nak senyum dengan dia. Kalau boleh nak peluk tapi what for dia pun bersuka suki ride. Aku jaga anak tunggang terbalik.

Aku mental ke rasa macam ni? Padahal aku masih lagi nak berkeluarga dan nak rasa disayangi sepenuh hati. Tapi sakit hati dengan perangai dia.

Zahirnya dia tak pukul aku, tak ada kesan pukul, tak marah aku, tengking ke apa, tapi batin aku, dia buat aku rasa tak happy.

Yang tahu, je tahu perasaan ni. Ada ke yang pernah rasa macam aku rasa? Apa yang aku patut buat selain redha?

Help me…

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *