Aku rasa aku perlu luahkan. Perkara ni tak boleh nak cerita dekat orang lain sebab perlu menjaga aib dan sebab aku yang pilih lelaki ini menjadi suamiku.
Red flag yang aku tak tau kenapa aku tak nampak langsung masa bercinta dulu.
Aku dah berkahwin selama 16 tahun. Selama itu juga aku memendam perasaan. Setiap kali diluahkan kepada suami, kami akan bergaduh besar.
Kami kenal melalui kenalan. Semasa bercinta memang selalu lepak ramai2 dan dating macam pasangan bercinta yang lain.
Aku memang jarang duduk rumah sebab rumah aku memang tak tenang, siapa yang datang dari broken family akan faham perasaan aku. Dia? Memang selalu ada temankan aku.
Tapi aku tak sangka ini rupanya adalah red flag bila dia sentiasa ada masa untuk aku di luar. Aku tak sangka bila dah kawin perangai lepak ni langsung tak berubah.
Aku pulak? Lebih suka duduk rumah sebab aku da ada my own space. Aku lebih tenang.
Tapi dia? Ada saje perkara yang akan membuat dia keluar rumah dan lepak dengan kawan2.
Masalahnya kerana kawan2 dia kebanyakannya suami PJJ, bujang, atau lelaki yg sama macam dia. Memang sentiasa ada geng lepak la jawabnya.
Aku? Aku la sorang2 kat rumah jaga anak2 aku. Apa jadi kat rumah dia tak tau.
Paling aku benci bila dia keluar bersukan sampai lewat malam (lepas pukul 12 malam), lepas bersukan lepak lagi kan?
Lepas tu balik rumah aku dah tidur nak bersama pulak. Sangat pentingkan diri sendiri walaupun dia tahu esok paginya aku perlu bangun awal pagi untuk uruskan rumah dan anak2 sebelum aku keluar bekerja.
Dia pulak bangun siapkan diri sendiri saja. Bangun tidur hujung2 subuh, mandi dan siapkan diri sendiri. Kalau hujung minggu lagi teruk.
Sebab dah balik lewat malam, kadang2 lepas pukul 1-2 pagi, dah tentu esoknya susah nak bangun subuh. Kadang2 tengahari baru bangun tidur.
Anak2 pun da biasa tengok hal ni. Anak2 aku da besar, da faham baik buruk, dosa pahala.
Aku sendiri tak tau apa yang mereka fikirkan bila tengok ayah mereka tidur sampai ke Zuhur. Lepas tu duduk kejap kat rumah barang 1-2 jam lepas tu keluar balik.
Dulu masa baru2 kahwin lagi teruk.. Pernah keluar lepak sampai waktu subuh.. esoknya tidur je..
Masa dapat anak pertama, masa aku tengah berpantang, dia balik keje, jumpa baby kejap lepas tu lepak sampai pukul 2-3 pagi. Aku sampai kena post partum depresssion sebab aku kena handle baby high demand sorang2.
Sekarang dah balik lebih awal. Paling lewat pukul 1-2 pagi. Adakah aku yang tak bersyukur, readers?
Aku tak layan suami? Semua aku dah buat. Semua kewajipan sebagai isteri aku buat.
Aku bukan tak pernah tanya bosan ke duduk dengan aku? Bosan ke duduk rumah dgn isteri and anak2? Jadi gaduh besar lah tiap2 kali aku tanya.
Sebagai suami dia jalankan tanggungjawab dia dengan baik. Yes. Aku tak nafikan. Aku sendiri pun bertanya pada diri sendiri, adakah aku yang tak bersyukur?
Salah kah aku nak orang yang aku pilih untuk hidup bersama sampai mati ni ada depan mata aku? Salah kah aku nak suami aku berada di rumah dengan kami anak beranak?
Aku bukan tak bagi lepak. Tak pernah halang pun. Tapi aku minta dia berpada2 bila lepak. Jangan sampai lupa dah ada keluarga, jangan sampai lupa dah jadi suami orang.
Kalau kata nak keluar sekejap, bukan 4-5 jam. Sekejap tu paling lama 2 jam termasuk perjalanan pergi dan balik. Masih belum reasonable lagi ke saya ni??
Aku tau ramai je isteri2 letak curfew untuk suami. Sebelum pukul 10pm kena balik.. Sebelum midnight kena balik dan sebagainya. Tapi aku tak nak kongkong dia macam tu. Tak cukup lagi kah kebebasan yang aku berikan?
Pernah suatu ketika aku buang terus rasa “kisah” aku pada dia.
Aku tak pernah tanya pergi mana, berapa lama, jumpa siapa, balik pukul berapa. Aku buat hal aku. Dia buat hal dia. Aku cuma nak dia buat apa dia nak. Aku tak nak dia rasa aku ganggu dia.
Aku faham kami masing2 berkerjaya, dia dengan kerja dia, aku dengan kerja aku. Lama2 aku malas nak ambil kisah. Aku jalani hidup seperti janda bersuami.
Rupanya dia tak suka. Dia rasa aku jauh. Dia rasa aku dah tak sayangkan dia. Kami gaduh besar selepas 6 bulan aku buat mcm tu.
Apa sebenarnya yang dia nak?
Sampai sekarang masih tak berubah. Aku penat. Aku rasa macam berkahwin dengan remaja tua yang tak sedar diri dah tua.
Bila tanya kenapa tak balik lagi jadi gaduh pulak. Bila bagitau ok lepas ni tak tanya langsung tak suka juga.
Mungkin ada yang akan kata dia ada org lain di luar. Wallahualam. Itu saya serahkan kepada Allah SWT. Sebab di rumah, phone tidak disorok. Password sama.
Tak pernah bila dapat call jadi menggelabah and keluar rumah untuk jawab. Tapi apa dia buat sebaik melangkah keluar rumah saya serahkan pada Allah SWT.
Saya cuma nak luahkan perasaan. Saya penat. Penat berkahwin dengan lelaki yang kaki lepak.
Bila gaduh memang gaduh besar sebab dia gaslighter, saya yang dipersalahkan bila tanya bila nak balik, lama lagi ke nak balik, etc.
Saya yang dipersalahkan bila bukak mulut lah senang cerita. Esoknya dia akan layan saya mcm biasa, dia akan expect saya takde perasaan, bangun tidur ceria seperti tiada apa yang berlaku malam tadi.
Seperti dia tidak langsung lukakan hati saya malam tadi. Awal2 perkahwinan boleh lah. Masuk tahun ke 5 saya dah tak boleh reset macam dulu. Saya bukan robot.
I am just mentally and physically tired. Rasa macam dah bagi apa yang dia nak tapi masih tak berubah.
Saya cuma nak dia be more present in our lives sebelum anak2 dan saya dah tak kisah dengan keberadaan dia di sisi kami. Tinggi kah permintaan saya?
– Julia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit