Saya sebenarnya malas nak cerita panjang, jadi saya menulis macam sinopsis sahaja.
Saya Nur. Ada suami dan anak lelaki 2 orang. Kisahnya, awal tahun lepas, tahun 2022, saya tangkap suami saya curang.
Saya tengok chat dia dengan girlfriend dia sahaja. Sebelum ni dia penah pergi vacay dengan kawan2, rupanya dengan gf.
Short story, saya cuba maafkan dia. Move on.
Tapi rupanya diorang masih berskandal walaupun yang perempuan tu dah janji akan block dan tak jumpa lagi suami saya.
Kali kedua saya tangkap pun masih sama, dengan checking fone suami. Tukar password fone, tapi tambah facial recognition.
Yang suami saya bodoh, yang perempuan tu lagi bodoh, dah tahu suami orang, kau sendiri pun janda ada anak, tapi stay dengan mak, please lah bersyukur.
Cukup2 la menyeksa diri dengan harapan masa depan palsu.
Kau pun tahu dia tak mampu. Last2, dia tarik diri, kawin dengan lelaki lain. Itu pun saya tak tahu betul ke tak. Masih misteri. Wallahu Alam.
Fikirkan nasib anak2, saya cuba move on, bagi suami space, supaya dia boleh lupakan gf dia. Saya banyak senyap. Fokus dengan kerja dan anak2.
Walaupun suami masih dengan perangai lama dia, balik kerja lambat yang teramat, hari cuti mesti hilang. Tapi ada one day, saya just curious.
Apa nasib diri saya, sampai bila nak macam ni. One time, saya buka lagi fone dia. Allah sayang saya. Dia selalu bagi petunjuk.
Kali ni, suami kurang akal ni, log masuk FB dia, lupa nak log out mungkin.
Jadi saya buka messenger dia. Dari saya pregnant anak first, sampai la minggu lepas, banyak betul hai assalamualaikum dia pada wanita2 di Malaysia ini.
Ada yang melayan dia, ada yang tak read pun. Jadi kesimpulannya, dia memang playboy. Seorang yang suka cari kekasih.
Saya masih keliru. Sebenarnya saya ada masalah kewangan akibat dari covid.
Dan suami memang sentiasa kerja kuat, bagi nafkah untuk top up balik semua perbelanjaan tertunggak sebab diberhentikan kerja 2 tahun lepas.
Dan saya ada anak2. Ayah mereka memang penyayang dan mereka pun akrab dengan ayah mereka. Selfish ke saya kalau saya decide untuk berpisah. Untuk bercerai.
Dan untuk last detail, yang sebenarnya teramat penting, suami saya bukan rakyat Malaysia.
Please jangan kecam saya, saya nampak macam tenang bercerita, tapi hati saya penuh kekecewaan dan sedih mengenangkan nasib anak2.
Jadi, bila dia bukan rakyat Malaysia, bila kami cerai, ada kemungkinan, untuk dia sambung visa agak susah.
Dan kalau dia boleh sambung visa, ada kemungkinan, walau saya berjaya minta fasakh, sebab saya tahu tak mungkin dia akan ceraikan saya, di masa hadapan, dia masih akan kacau hidup saya.
Tapi kalau dia tak stay, anak2 langsung tak boleh jumpa ayah mereka.
Saya keliru. Saya pening. Banyak benda nak diluahkan. Tapi kerja di office kebelakangan ni banyak, jadi saya penat. Saya stop dlu smpai sini
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit