Su4miku Milik 1bunya

Assalamu’alaikum… Aku seorang suri rumah dan sudah berkahwin selama 3 tahun dan Alhamdulillah dikurniakn seorang anak lelaki yang berumur 2 tahun.

Suami seorang yang baik, bertanggungjawab dan taat kepada ibunya.

Namun, semenjak berkahwin aku selalu makan hati dengan MIL.

Bukanlah MIL tak baik, cuma aku ibarat berkongsi kasih atau bermadu sebab MIL suka kacau privasi kami suami isteri.

MIL kerap datang rumah dan bermalam di rumah sewa kami. Setiap kali suami cuti, MIL suka ajak jalan jalan atau pegi kenduri.

Jika suami bagi alasan tiada duit minyak, MIL sanggup tanggung duit minyak asalkan suami bawak dia.

Kadangkala MIL akan merajuk kalau suami tak balik kampung atau tak boleh datang kenduri sedara mara.

Untuk pengetahuan semua, MIL bukan tinggal seorang ye tapi FIL masih hidup dan bekerja lagi. Alhamdulillah FIL pun masih sihat wal afiat. MIL pun ada jaga budak di kampung.

MIL seolah olah terlupa suami dah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang lain juga.

Sampai kan kami nak berpindah ke daerah yang lain pun MIL tak bagi restu. Sedangkan MIL ada lagi 3 anak yang lain. Yang sulung (lelaki) jarang balik atas urusan kerja.

2 lagi perempuan dan sudah berkahwin tapi masih duduk berdekatan juga dengan MIL.

Suami pernah tanya MIL, kenapa MIL tak pernah tidur rumah anak anak yang lain. MIL cakap segan sebab dua dua tu menantu lelaki.

Suami diam jela. Takut MIL kecik hati pulak kalau tanya lebih lebih.

Sepanjang berkahwin, hanya sekali je kami suami isteri dating berdua. Itu pun kami tak bagitahu MIL demi menjaga hatinya.

Pernah sekali kami nak dating, tiba tiba MIL call suruh balik kampung. Bila suami cakap malam baru balik, MIL terus merajuk. Pening kami dibuatnya. Nak tak nak terpaksa la kami balik juga.

Untuk pengetahuan semua juga, suami setiap hari akan call MIL ye. Kalau suami tak balas whatsapp, MIL akan kecil hati padahal suami tengah kerja.

Aku sebagai isteri pun faham je. Rupanya semua anak anak MIL memang kena call atau whatsapp MIL setiap hari walaupun sibuk kerja.

Bukan itu sahaja, kalau aku tak nak ikut pergi rumah sedara mara belah suami, MIL akan paksa secara halus.

MIL akan cakap mana suami pergi kena ikut. Nanti tak kenal sedara la tak rapat dengan sedara dan macam macam lagi la.

Aku bukan tak nak ikut, aku tak suka bermalam kat rumah orang (MIL suka bermalam rumah adik beradik untuk berkumpul).

Aku tak selesa dengan ada anak kecil lagi, dengan nak jaga aurat lagi… Suami selalu je backup aku, tapi disebabkan aku malas nak dengar MIL membebel aku ikut je la.

MIL asyik nak aku rapat dengan sedara belah suami je tapi sedara mara belah aku pun ramai je yang tak pernah jumpa suami dan anak aku sebab kami kahwin pun masa PKP.

Kadang tu ada je ahli keluarga aku pertikaikan sebab aku jarang balik dan join kenduri sedara mara.

Yela dah 3 tahun kahwin kan. Tapi, tak kan la aku nak cerita pulak pasal MIL. Aku bagi je alasan duit tak ada atau suami kena kerja. Alhamdulillah lama kelamaan keluarga aku pun dah faham.

Walaupun dalam keluarga aku, aku seorang je yang dah kahwin, tapi keluarga aku semua faham aku kena ikut suami. Diorang pun banyak je tolong kami suami isteri.

Entah la. Aku cuma nak bermanja lama lama dengan suami. Sebab suami cuti Ahad je. Pergi kerja pagi balik malam.

Sesiapa yang ada anak dan suri rumah mesti faham kan betapa kita perlu belaian suami.

Aku harap suatu hari nanti MIL sedar dan faham kami perlukan masa bersama.

Doakan la aku mampu bertahan ye. Terima kasih sudi baca

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *