Assalamualaikum. Namaku Aisyah berusia 36 tahun mempunyai seorang suami berusia 44 tahun dan seorang anak yang baru berusia setahun.
Kami berdua merupakan penjawat awam n tinggal di pinggir bandar. Kami sudah berkahwin 12 tahun.
Ya aku mempunyai masalah dengan suami ku yang sangat panas baran bukan melalui perlakuan tetapi melalui kata-kata. Kata-katanya ibarat sebilah pedang tajamnye.
Sepanjang perkahwinan ini macam-macam kata-kata sudah dilemparkan kepada aku. Aku bodoh, gemuk, tak tahu semua benda.
Semua kata-katanya hanyalah sumpah seranah. Dia juga sangat memperlekehkan aku yang hanya pemegang diploma berbanding dia ijazah.
Suami aku ada juga kebaikan tetapi lebih banyak keburukan. Suami aku seorang yang soft spoken dengan orang luar, tidak tinggal solat dan gemar bersedekah. Jadi orang luar anggap dia seorang yang sangat baik.
Tapi apabila di rumah perilakunya berubah. Salah sedikit maki hamun yang keluar. Perkataan bodoh seringkali aku dengar. Hampir setiap hari ya sampai aku dah tuli mendengarnya.
Aku sebenarnya seorang yang soft spoken, lembut dan tidak mudah marah tetapi setelah lebih 10 tahun kahwin dengannya aku jadi sangat kasar dan garang.
Begitu juga ketika bawa kereta, dia selalu bergaduh dengan pemandu lain. Panas hati apabila orang hon dari belakang.
Dia akan mamandu melulu mengikuti belakang kereta orang yang hon tu sampai dia rasa puas hati tak kira aku n anak berada dalam kereta tu sambil menyumpah seranah, mencarut semua la.
Sampai aku menutup telinga anak aku. Kadang-kadang benda yang tiada isu dijadikan isu dan seringkali aku dipersalahkan.
Tahap kesabaran aku sebelum ini berada di paras medium sahaja sehinggalah semalam kemuncak. Aku memanggilnye bodoh dan menghalaunya dari rumah. Aku juga mendoakan dia mati cepat kerana aku tak tahan sangat-sangat.
Ini disebabkan dia menyumpah seranah anak kami yang baru berusia setahun. Sebenarnya kami baru memperoleh cahaya mata melalui prosedur ivf selepas lebih 12 tahun berkahwin jadi bagi aku anak ini sangat-sangat berharga.
Buat pengetahuan pembaca, kos prosedur ivf ini aku seorang yang tanggung, hasil aku simpan duit bertahun2. Ya insan yang selalu diperlekahkan oleh suami sebab diploma sahaja kan. Suami ku tidak keluarkan 1 sen pun.
Bahkan semasa aku suruh ibu mertua memujuk anak nya untuk checkup sebelum ivf tu aku pula diperlekehkan ibu mertua dengan mengatakan anaknya tidak mandul. Keturunan dia tidak mandul. Aku sangat sedih waktu dia bercakap begitu. Mengalir air mata ku.
Ibu mertua ku seorang yang sangat2 sayang anaknya, baginya tiada keburukan anak2nya.
Sambung semula kes anak aku tadi. Anak aku seorang yang kuat tantrum sejak kecik, kuat menangis. Bagi aku biasalah budak, apa yang dia tahu. Tapi bagi suami aku tidak.
Setiap kali anak aku menangis dia akan juga memaki hamun dan berdoa buruk-buruk pada anaknya. Setiap kali dia berdoa begitu aku akan sambung ya Allah semoga apa yang dia doakan sampai semula kepadanya.
Aku selalu menasihatinya jangan la mendoakan anak yang bukan-bukan. Tapi apa yang dapat maki hamun kepada ku pula.
Semalam anakku menangis dari petang sampai kemalam. Puas aku pujuk, bagi susu tak nak, bagi makan tak nak, buka cartoon di tv pun tak nak, sapu ubat dia perut pun dah.
Akibat tidak lagi solat maghrib aku meminta tolong dari suami untuk memujuknya sekejap. Tak sampai 15 min macam-macam ayat keluar. Antaranya tidak sabar anak itu besar dan dia dapat memukulnya sebab tidak berhenti menangis. Allah, sedih aku rasa.
Dia juga telah menendang bola mainan anak aku sekuat hati ke pintu sehingga bergegar pintu. Lagi bertambah terkejut anak aku dan menangis sampai tersedu2. Kemudian dia meletakkan anak aku, menolaknya ketika anak aku cuba memeluknya semula.
Allah aku tak sanggup tengok keadaan itu lantas aku pun menjerit, “Cepat la kau mati aku dah tak tahan. Anak ni anak kau, bukan kucing. Keluarlah kau dari rumah ini”
Aku sangat marah ketika itu. Kemudian aku membawa anak masuk bilik menutup pintu. Sampai ke pagi aku tidak nampak suami ku. Mungkin tidur di luar.
Taklik, ya. Ini sebenarnya bagiku isu yang sangat besar tetapi aku tak tahu mahu bertanya dengan suapa. Suami ku sewaktu dia marah. Bukan maki hamun sahaja tetapi kerap kali dia taklik kan aku. Walaupun isu nya basuh baju sahaja.
Aku ni bekerja pagi sampai petang. Jadi waktu malam la aku baru basuh baju. Tetapi tak sangka perkara itu menjengkelkan dia sehingga dia melafazkan taklik. Jika ko sebut perkataan basuh baju kita dah tiada apa2 dah.
Selain dari itu ada lagi beberapa perkara yang buat dia melafazkan taklik.
Apa yang perlu aku buat ya. Yang penting sebarang keputusan akan memberi kesan pada anak tunggal kami. Saya harap para pembaca dapat memberikan pendapat. Terima kasih..
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
aisyah. boleh sy contact aisyah?
aisyah. boleh sy contact aisyah?
kisah saya sama mcm aisyah. sy pun ditaklik.
JJ – perempuan (bukan nama sebenar)