Su4miku Pemuas Nafsu Sejenis

Kisah ini kisah benar yang aku suratkan buat pedoman rakan pembaca.

Lama juga baca luahan dari berbagai wanita tapi ada satu luahan yang mendorong aku mencoret secebis kisah duka diriku. Luahan itu datang dari Kak DAHLIA PURPLE, (https://iiumc.com/dilema-seorang-ist3ri-ii/).

Bila baca luahan tu aku rasa seperti cerita aku yang dicoretkan. Hurmm I’m not lonely.

Aku seorang penjawat awam yang berjawatan agak tinggi, berumur 40an. Ibu kepada 4 orang anak yang meningkat dewasa. Perempuan 16 dan 15 tahun, lelaki 12 dan 10 tahun.

Usia perkahwinan ku menjejak 17 tahun tahun ni. Nampak macam lama kan tapi seksaan mentali yang aku terima lebih 5 tahun.

2016 suami mula tidur asing. Dia di depan tv dan aku dalam bilik. Masuk tahun ketiga tidur berasingan aku mula terfikir apa salahku. 2019 terbongkar segala-galanya hati tergerak nak tengok hp suami.

Nah!! suami aku pemuas nafsu sejenis. Patutlah tak ghairah melihat aku. Aku pasang jejak.. screenshot semua gambar jijik dia dan perbualan yang memualkan.

Aku masih berlagak seperti biasa sehinggalah suami kata perlu ke luar negeri untuk mencari pekerja asing untuk company dia.

Aku lepaskan dia pergi dengan hati yang berat sekali kerana instinct aku mengatakan dia bukan pergi kerana kerja.

Sebelum dia sampai ke airport aku dapatkan pengesahan dari pejabat dan ternyata dia menipu aku untuk kesekian kalinya. Dia bercuti ke Indonesia selama 3 hari bersama rakan se LGBT. Dasar jantan tak guna!!

Sebaik dia sampai disana aku luahkan segala yang terbuku didada melalui wasap. Perbuatan jijik lagi terkutuk menyerupai kaum Nabi Luth.

Menangis jangan cakaplah.. takder masa yang aku tak menangis.

Tak boleh lena. Asyik terjaga dan dia hanya maklumkan kali ni saje balik nanti dia akan bertaubat dan bawa kami sekeluarga menunaikan Umrah. Astaghfirullah..Langsung tak takut dengan bala dari Allah.

Tindakan pertama aku sebelum dia kembali ke tanah air adalah membuat ujian darah. Alhamdulillah aku bebas dari HIV. Dia??

Sebaik sampai ke tanah air aku minta dia lepaskan aku. Aku minta dia buat ujian darah dan ternyata dia telah dihukum di dunia ini dengan keputusan darahnya Positif HIV,

Dan aku terduduk menangisi, bangun setiap malam bertaubat seolah2 aku yang melakukan dosa itu. Mohon Allah berikan petunjuk.

Rujuk Psikitri Doktor sarankan berpisah, rujuk pejabat Kadi Ustazah sarankan berpisah, malah rujuk Ustazah Asma Haron juga sarankan berpisah (T_T)

Aku??Aku terima dia semula kerana aku redha dengan ujian ini. Setiap kali bangun malam solat taubat aku ajak dia sekali. Aku nak bimbing dia kembali ke jalan Allah. Aku nak bawa dia bersama-sama ke syurga Allah.

Selepas 4 tahun berlalu aku masih curigai dia walau kemana pun dia pergi. Dan dia mula sisihkan aku seperti dulu. HP sekarang dan di lock dengan cap jari. Hati berkata masih banyak lagi dia berahsia pada ku.

Dia lelaki Narsistik. Tidak merasa kesalahan yang berlaku berpunca dari dia. Sedekah hari Jumaat tapi peralatan rumah rosak tak pernah sekali pun dia nak tolong belikan. Aku??

Ibarat janda di rumah sendiri. Di buat seperti tidak wujud. Dunia dia setiap kali balik kerja adalah hp dan tidur depan tv. Peluk? Cium? Takder dah..

Dirumah hanya ada ibu dan ayah tapi tiada suami dan isteri. Hargai pasangan sudah lama tiada dalam episod hubungan kami.

Masuk hari ini 26hb Feb sudah sebulan aku tak bercakap dengan dia. Dia?? Buat macam takder apa yang berlaku. Lakukan tugas harian macam biasa.

Setelah sekian lama memendam rasa dan berpura-pura bahagia di hadapan keluarga aku dan keluarga dia. Kali ini aku nekad. Perpisahan adalah jalan yang terbaik. Air mata sudah lama kering. Tawar hati dan penat!

Aku failkan penceraian. NEKAD. NOKTAH. 28Feb ini adalah tarikh penceraian secara baik di Mahkamah.

Aku berharap dia segera keluar dari rumah aku. Sudah sampai masanya aku fikirkan masa depan aku dan anak-anak sebelum kami pula dijangkiti virus.

Buat semua pembaca aku mohon titipkan doa buat ku dan anak-anak agar kuat menghadapi semua ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Tidak berlaku sesuatu yang tertulis tanpa hikmah disebaliknya. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah. Allah sebaik-baik Perancang. Allah yang mendatangkan ujian, ku kembalikan ujian ini kepada Penciptanya.

Sampai sini saje episod hubungan kami dan AKU REDHA..

– DUKAku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *