Salam menuju syurga tanpa hisab semua.. in syaa Allah, aamiin. Cakap pasal suami ni, sepatutnya kita terus bayangkan kunci syurga. Jangan jaki (jealous + dengki) sebab ia bukan sesuatu yang persatuan suami2 cipta tapi ia adalah satu keputusan daripada Allah.
Sebelum saya pergi lebih jauh, jom bayangkan kalau suami ni tak diberi kedudukan itu (kunci syurga)? Agaknya dengan kegersangan Agama dalam diri kebanyakan wanita hari ini, apalah jadi kepada institusi keluarga dan anak2 specifically kan? Sedangkan kedudukan ini dah digazzette pun lagi berantakan, tak terbayang kalau tanpa..
Justeru wanita2 calon ahli syurga sekalian, berikanlah hak suami.
Dia adalah lelaki yang dipilihkan khas untuk kita oleh Allah sebagaimana Allah telah declare bahawa rezki, jodoh/pertemuan, ajal, syurga/neraka adalah rahsia Allah exclusively. Punyalah berbillion perempuan diluar sana, kita terpilih sebagai isteri kepada suami kita, tak banggakah kita?
So please, jadilah pensyukur agung, be a proud wife to our husbands respectively. How? By being his obedient wife of course.
Dia juga telah diamanahkan sebagai guardian kita. Yang bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin, melindungi kita physically dan emotionally serta memenuhi keperluan2 fitrah kita dan anak2, sehinggakan dosa kita turut menjadi tanggungjawab mereka seandainya mereka terlebih dahulu gagal dalam mempersiapkan kita perisai2nya.
Tak cukup besarkah amanah dan tanggungjawab ini untuk mereka mendapatkan ketaatan dan khidmat kita sebagaimana yang diperintahkan Allah dan Rasul? Kita pun penat sebab sama2 mencari rezeki?
Allah tak pernah wajibkan kita para wanita mencari rezeki, kalau kita masih nak buat, jangan sampai kita jadikan ia alasan untuk mengurangi hak suami (surirumah eksklusif lagikan mengah nak tunaikan hak suami, apatah yang ada komitmen lain.. ermmm).
Bahkan, seandainya pahala2 melayan suami itu diberi dalam bentuk wang ringgit, nescaya kita tak akan culasi hak suami walaupun diugut bunuh. Seriously, ianya terlalu sarat dan terlalu melimpah ruah. Percayalah!
Dengan adanya suami, lagak kita juga berbeza. Walaupun dia takde disebelah kita masa kita keluar bersendirian atau bersama kawan2, dengan hanya gelaran isteri kita punya confidence dan semangat tu tetap lain berbanding dengan mereka yang bertitle janda atau balu. Dia punya eksyen tu sampai, lu langsi lu mati la..
Tapi tidak bagi mana2 wanita yang tiada suami. Itu baru aura suami, belum suami kat sebelah, regardless apapun fizikalnya, status kewangannya dll. Pedulipun tak, janji he is there standing right by our side.. setuju?
Maka, duhai wanita2 bakal penghuni syurga, rebutlah kesempatan ini, santunilah suami kita, sehabis daya nan hado.
Bila Allah jadikan ia kunci syurga kita, bukanlah Allah itu berlaku tidak adil pada kita sebagai wanita bahkan ia sebenarnya ruang dan peluang KEEMASAN untuk kita menghuni syurgaNya (in syaa allah, aamiin).
Kerana, dengan point2 tadi berserta hubungan fitrah antara suami dan isteri sudah sepatutnya ia lebih mudah untuk kita mentaati suami.
Mungkin kita rasa lebih mudah kalau kita diperintahkan mentaati ayahbonda sementelah jasa mereka lebih besar drp suami, tapi ketahuilah dengan dunia ini sebagai pentas ujian, apapun perintah Allah pasti akan ada cabarannya.
Takut nanti bila diperintahkan isteri taat ibu ayah, alamatnya rumah suami jadi kosong. Habis anak2 pakat ikut mak balik rumah atok nenek. Sudahnya sesama besan ( atok nenek belah ayah dgn atok nenek belah ibu ) bergaduh sampai kiamat berebut cucu.
Tak payah pening2, just akur saja perintah Allah tanpa prejudis. Berazam dan berusahalah agar berjaya meraih gelaran ketua bidadari di syurga demi kebahagiaan hakiki lagi abadi.
Namun, syaitan nan licik, sangatlah pakar dalam menggoda, dia tahu mana kelemahan kita oleh itu persiapkan diri kita dengan segala macam kelengkapan dan perbanyakkanlah doa.
Gemburkan jasa2 suami selalu biar sampai kita rasa segala khidmat dan layanan kita sikitpun belum capai KPI. Mudahan dengan begitu kita berjaya juga menjadi isteri yang solehah yang berkatnya dipanjangkan kepada ayah dan bonda kita.
Ya, ayah bonda kita yg berperanan sebagai pengacu yg berjaya mengacu kita menjadi insan solehah itu (dengan izinNya).. aamiin.
– Yu-ji (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit