Assalamualaikum.. Nama saya Nad.. Dah kahwin hampir 4 tahun dan belum dikurniakan zuriat.. Saya bekerja sebagai kerani dan suami suri rumah berjaya..
Pada 2 tahun lalu suami berhenti kerja sebab bergaduh dengan kawan kerja.. Dan dia tidak bekerja beberapa bulan..
Selama 3 bulan itu saya tanggung semua makan minum dan segala utiliti..
Selepas itu dia berniat untuk buka perniagaan daging bersama abang suami saya..
Selepas 2 bulan ada pergaduhan besar bersama abangnya.. Saya tanggung semula tanggung makan semula..
Selepas 1 tahun suami jadi surirumah berjaya.. Dia mula cari kerja dan pergi interview..
Keesokan nya mula bekerja di syarikat pengangkutan.. Setengahari dia dah nak balik katanya syarikat gaji kecil.. Saya bawa motor dari Rembau ke Klang amik dia bawa pulang ke rumah..
Selang 1 bulan mula interview lagi.. Katanya nak bawa trailer dah dapat 2 hari kerja nak berhenti sebab lori tak selamat tiada signal (sedangkan boleh bagitahu boss repair lori).
Saya pajak dan bagi bonus terus pada dia untuk ke perbelanjaan rumah makan minum air api loan motor dan duit ke Klang minyak & toll untuk interview kerja..
Dapat kerja malam tu dia chat saya kata nya terlalu jauh dengan keluarga.. Nak kerja dekat2 dengan rumah.. Saya jemput naik kereta (masa tu saya baru dapat lesen p).. Bawa slow2.
Selepas 1 minggu interview dapat panggil kerja bawa lori simen seminggu tranning hati saya dah mula lega sebab dia nk bekerja.. Ahad dia bagi tahu tak boleh bawa sebab JPJ banyak tak boleh nak buat..
Saya sabar dan terus bersabar.. Interview lagi lori kecil frozen.. Kerja dengan kawan baik dia.. Local dan outstation.. Boleh balik 2 hari sekali..
Pada malam sebelum dia nak pergi kerja dia mengamok kat saya.. Cakap saya memaksa dia kerja.. Saya mendesak dia kerja.. Dan dia kata nak bawa trailer semula..
Dan last sekali sebelum raya.. Memang tiada anak dengan gaji 1600 nak bayar rumah RM600 utiliti bayar loan motor 250.. Kuih raya baju raya belum beli..
Saya rasa sedih tapi tak tunjuk kat suami.. Suami akan marah2..
Tibe2 1 hari sebelum raya Allah bagi rezeki.. Ade 3 orang beli Coway.. Dapat 1300.. Rasa macam nak nangis..
Suami tahu saya dapat bonus Coway dia minta RM500 untuk beli pancing.. Saya tak bagi.. Saya nak beli baju raya dia dan saya..
Saya kahwin tak merasa mewah.. Beli baju raya yang kat shopee RM30 kurung kedah.. Baju melayu suami RM99.. Saya redha dengan sederhana.. Beli kuih barang basah untuk raya.. Tukar duit raya untuk raya 300..
Suami minta saya minta 200 untuk beli pancing saya bagi.. Dan 2 hari raya ekzos saya pecah dan brek problem terbang lagi 500.. Beli mesin basuh baru 800 sebab saya selalu ke dobi..
Ni dah habis raya belum bekerja.. Dan saya tak akan mendesak dia bekerja malas gaduh lagi.. Sepenuhnya saya usaha sendiri..
Bila balik raya.. Dia akan bercerita mak ayah saya “kitorang makan minum sentiasa cukup” susah macam mana tetap dapat makan ayam ikan udang..
Dia tak pernah fikir macam mana saya nak cukupkan semua keinginan dia.. Kalau duit 0 dia akan mengamuk maki2 tak tentu pasal sebab duit takde..
Saya takde tempat nak luah perasaan.. Hidup saya seperti tiada masa depan..
Ade sebab Allah belum dikurniakan zuriat.. Saya redha..
Tapi suami akan tanya bila nak ade anak.. Suruh kurus suruh jaga makan, sedangkan kalau ada anak saya rasa saya tak mampu nak tanggung dengan saya sorang sahaja yang bekerja..
Sekian luahan hati yang saya pendam..
Semoga Allah bagi saya rezeki dan masa depan yang cerah.. Saya tunggu pelangi yang Allah janjikan..
– Nad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami kena kerja, dia kena tanggung awak, bukan awak yang kena tanggung dia. Dia dah terlalu selesa awak tanggung hidup dia. Sebab tu dia boleh bagi berbagai alasan untuk berhenti kerja, sebab dia tau walaupun dia tak kerja, akan ada orang bagi dia makan dan pakai.
Bila dia nak beli pancing (benda tak perlu), nampak sangat dia dah tak berpijak di bumi nyata. Mana ada orang yang tak ada pendapatan boleh terfikir nak beli benda bukan keperluan bila dapat duit.
Dan dia mengamuk bila duit tak ada? Itu sangatlah red flag. Dia sebagai suami dah 2 tahun tak kerja, tapi ada hati nak mengamuk kat isteri bila tiada duit. Siapa suami dan siapa isteri sekarang.
Saya cadangkan puan suruh dia kerja. Kalau dia masih nak berhenti kerja, puan mungkin boleh mula berfikir samaada puan nak tanggung hidup dia lagi tak? Berapa tahun lagi akan terus begini
Ni dah kenapa, dah jelas suami manfaatkan awak, tanpa dia menyumbang sedikit pon, masih nk bertahan ke. Beri dua pilihan get a job or get lost. Sayang tu biar berempat. Awak nk bela biawak hidup ni sampai mati ke. Ada hati nk ada anak. Dia nk kasi makan pasir ke anak bini dia. Bak kata P Ramli “dah tua pon bodoh”
Bila suami tak tahu hukum
Makanan pakaian tempat tinggal suami yg kena sediakan
Rasa mcm nak pi azan kat telinga dia
Semoga Allah mudahkan urusan adik dunia n akhirat
mujur awak tiada anak. jika ada, lagi bertambah tanggungjawab awak. sebab dari apa saya baca, suami awak tu tak bertanggungjawab. macam awak umpama hidup bujang tapi terikat. dan macam awak tu suami. si jantan tu patut nya perlu malu dan bukannya marah awak . ada ke pula marah bila isteri suruh cari kerja. tu kan memang tanggujawab suami kepada keluarga. bukan saya nak hasut, jika lepas ni masih sama keadaan, fikir la masak masak sementara belum ada anak.
Salam, tolong la Puan buka mata. Saya baca ni pun naik meluat. Sekarang ni, baik Puan je jadi suami, suami Puan jadi isteri. Since Puan tengah buat tanggungjawab hakiki dia, dia ambil la role jadi bini, kena taat pada Puan hahahaha. Mesti dia tak nak kan? Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang zero ni memang selalu nak dijulang sebagai hero.
Akhir kata, kalau dah lama bersabar dan tak nampak pun effort dari suami, siap marah2 bila suruh bekerja (padahal ni basic ye), blah je la Puan. Guna duit untuk enjoy diri sendiri je. Orang kahwin nak melengkapkan, membahagiakan, tapi dah kalau macam ni rupanya, dah macam hamba abdi hahahaha
ada laki camtu baiklah hidup single seh. ada laki pun tak guna, biawak hidup. still lagi nak bertahan. pehh. aku yang baca ni pulak yang penat. ko tak rasa penat ke dek non? bela biawak hidup, takde manfaat apa langsung. kalau bela mendatangkan untung acceptable lagi. buat apa nak pertahankan laki camtu lagi. nak tunggu dia berubah memang tunggu berdekad lah sebab dia dah selesa makan tanggung berak cangkung! lu pikir lah sendiri bak kata nabil ye.
Sy lelaki yg bekerja pun, kalau takcukup duit pun malu nk meminta dgn isteri. Mcm mana dia yg tak bekerja siapnboleh marah marah dan maki awak yg terang terang tanggung dia ? Fikir fikirkan lah yg terbaik diri Puan sendiri.
sementara belum ada anak, ANGKAT KAKI nak. #toxicmarriage
Kalau macam ni gayanya, better tak yah ada suami.. better hidup sorang2.. ada suami pun tak der function.. takat nak besarkan telo sendiri jer… nak makan sedap2 tapi malas keja… fikir masa depan sis.. sampai bila nak jadi hamba kepada laki yg malas keja?
Sis, jangan bagi anak pada suami sis. Sekarang pon semua keperluan yang wajib sis yang tanggung manakala suami sis? Bagi air dia je. Semoga dipermudahkan segala urusan sis. Dah boleh record semua perbelanjaan keperluan yang tidak disediakan oleh suami untuk keselamatan sis jika apa apa terjadi di kemudian hari
Pengalaman saya, ex saya mcm ni juga, setiap kali dapat kerja mmg akan bergaduh dgn boss, dan setiap kali dia tidak bekerja saya akan usaha juga semampu saya untuk dia dapat kerja. Sebab sy taknak tanggung biawak hidup. Apa jadi akhirnya sis? Pekerjaan terkini dia, hasil dr usaha saya bayar kursus kompetensi untuk dia, bila dia stabil, dia tinggalkan saya dengan anak3, langsung tidak tanya khabar dan jenguk anak3. Lelaki seperti ini, kita bantu dia semampu kita, tapi satu masa nanti bila dia dah rasa bagus, kita akan digantinya. Jangan disebabkan suami sis tidak dapat hidup tenang, kita ada potensi diri yang dgn ada nya suami seperti ini, segala kemampuan kita jadi terbatas. Semoga dpermudahkan semua urusan sis dan anak2
nak kata bodoh tapi tak sampai hati. lepaskan la diri dari lelaki mcm ni. sayang apa sampai kena tanggung dia pulak. ayoooo
Menyampah gila dengan jantan tak tau diuntung tak sedar diri dan tak tau tanggungjawab macam ni. Biawak hidup namanya. Tt sampai bila nak tanggung biawak? Tolong la pakai perancang keluarga dan make sure tak mengandung sampai dia pandai cari duit dan pandai tahu tanggungjawab . Kalau ada anak, confirm semua bawah bahu awak jer dik.
Paling senang, pulangkan balik biawak ni kat makbapak dia. Biar diaorg bagi makan sendiri anak depa. Dari kecik tak dididik erti tanggungjwb ker.
Lagipun laki awak ni ada ciri² ADHD ataupun autisme yang tak diagnose masa kecik, sebab tu dia x dapat bagi tumpuan pada kerja asyik bertukar² dengan pelbagai alasan. Nanti takut menurun kat anak awak.
Saya penah jumpa lelaki macam ni, dan anak2 dia semua autisme dan adhd ikut bapaknya. Kesian bini menanggung sorang2.
sis, ada sebab kenapa Allah tu tak bagi sis anak walaupon 4 tahun dah kahwin. 4 tahun dah lebih dari cukup untuk Allah kasi sis fikir masak2, worth it ke nak pertahankan perkahwinan ni? saya suka satu quote ni dan rasa nak berkongsi dengan sis “at the end of the day, your self respect has to be higher than your feelings”
Sama mcm laki aku duk gaduh dgn org tempat kerja. 3,4 bulan berhenti. Rasa mcm aku plk nak berhenti jadi bini dia. Penat jaga anak kecik lagi. Mikir beli pampers susu lagi.
lelaki mmg pemalas.. jadi kene ajar cara rajin.. kalau tak kerja, camne nak tanggung bini.. bukan bini sape lagi.
Sebelum aku komen, aku nak mintak maaf dulu sebab memang agak kasar komen aku ni. Ready ya? Lelaki macam ni, jenis nak kerja senang, ikut kepala dan kesenangan dia, tak suka terima arahan TAPI nak gaji sedap. Sebab tu selalu bertukar tukar kerja dengan banyak alasan. Dia akan terus dan terus mencari “kerja idaman” dia sampailah dia jumpa apa yang dia anggap jackpot. Ni masalah perangai dan jelas jenis tak sedar diri. (Bukan nak merendahkan ya), tapi dari apa yg sis mention, aku andaikan suami sis ni kelulusan tak seberapa (maaf kalau saya silap).
Sedar diri tu kena ada. Kalau kelulusan tak seberapa tu, apa kerja yang dapat tu terima je lah dengan penuh rasa tanggungjawab. Orang yang sedar diri dan ada tanggungjawab (lebih2 lelaki yg jd ketua keluarga), akan sedar situasi semasa dan ada usaha nak majukan diri dan ekonomi keluarga. Laki sis ni bukan orang macam tu. Ni jenis pemalas dan banyak alasan. Jenis nak gaji 4K 5K duduk dalam aircond dan pastinya nak rilex tenang ikut kepala dia. Dalam mimpi lah. Tak semua ada priviledge tu. Sekali lagi, kena sedar diri. Kesedaran diri tu lah kunci yang akan memajukan dia nanti.
CERAI je lah sis. Tak guna duduk dengan jantan macam tu. Entah sampai bila sis nak tunggu kesedaran dia tu sampai. Boleh jadi sampai dia mampus agaknya. Sanggup tunggu? anak takde lagi tu jalan nak cerai terbuka luas tanpa halangan. Laki kau memang x guna. Dah lah tak bergaji sedap pulak nak sakau bonus bini beli alatan memancing. Aku ni yang bergaji tetap pun kena TOLAK jauh jauh semua kehendak aku untuk lebih utamakan kelangsungan family. Laki sis ni pulak sedap mentekedarah duit bini sambil jadi biawak hidup (kalau ikut ayat sis suri rumah berjaya).
Maaf sekali lagi. Aku dah bagitau awal awal komen aku kasar. Aku memang tak boleh dengar kes kes biawak hidup ni. Lelaki tak guna. Tak ada telor.
kau paham ke tak konsep tak perlu taat suami pada perkara mungkar? khianat nafkah tu adalah perkara mungkar, dan kau tak perlu nak cukupkan untuk dia. cukupkan utk hang sorang ja sudah. tayah nak terpaling isteri sangat boleh? ada had dia jadi manusia sabar pun