Hi assalamualaikum semua.. Nama aku Nurul (bukan nama sebenar).. Aku dah berkahwin, anak 1..

Aku tengok ramai yang share hal rumahtangga kan, jadinya aku pun ingin share sedikit cerita hal rumahtangga aku..

Ceritanya berkaitan dengan suami aku.. Korang kalau baca pasal suami ni mesti suami curang ape semua kan? Sebenarnya tak..

Alhamdulillah, so far suami aku tak pernah curang.. Cumanya suami aku ni.. Hmm entahlah.. Nak katakan dia pemalas, rajin je dia keluar cari nafkah untuk anak bini..

Suami dan aku bekerja.. Suami aku kerja sendiri, manakala aku kerja di satu syarikat swasta yang dikenali orang ramai.. Anak aku hantar pengasuh..

Aku gaji tak laaa besar mana berbanding dengan suami.

Disebabkan suami rajin berkerja so no wonder laa gaji dia sebulan mencecah lebih 5k.. Incase dia menyimpanlah.. Kena mood dia nak shopping habis terus duitnya tuu..

Orang kampung mengenali suami sebagai orang yang rajin bekerja.. Rajin bergaul dengan masyarakat.. Tak macam aku.. Siang malam kerjaa.. Tiap kali program kampung tak pernah muncul..

Laaa suami dah rajin.. Ape yang kurangnyaa?? Haa mehh aku cerita lebih detail..

Suami ada sikap yang aku tak berkenan sampaikan kami kerap gaduh pasal hal ni, iaitu suka bersepah.. Kalau bersepah pandai kemas takpe laa. Ni bersepah teruk.

Aku ni sejenis tak suka barang berterabur, bersepah sana sini.. Sakit mata.. Bila balik kerja dah penat, balik rumah macam kapal karam, ye beremosi jadinyaa kan.. Macam tu laa aku..

Awal awal berkahwin tidak pulak dia tunjukkan perangainya begini.. Selepas pindah rumah sendiri dia mula buat perangai..

Memula aku boleh terima, bila aku nasihat dia dengar cakap.. Lama lama, tak makan saman dah nasihat aku..

Dikatanya aku suka mengeluh suka membebel.. Aku isteri yang emosinya tersangat penat. Pagi aku hantar anak ke pengasuh, pastu aku pergi kerja.. Balik petang ke malam ke aku yang jemput anaknya..

Balik rumah bersepah, aku penat. Bila aku mengadu katanyaa biasala tu penat jadi ibu sebabnya saya berkerja.. Bila saya nak berhenti dia tak bagi. Tunggu dia stabil baru boleh berhenti..

Yang jadi sedihnya suami aku tak pernah peduli perasaan aku.. Sehari boleh jumpa pun pagi sebelum pergi kerja dengan malam.. Tu incase dia balik awal.. Kalau tak.. Aku dengan anak dah tidur baru dia balik..

Aku sedih, aku mula tak bersyukur.. Kenapa suami aku tak macam orang lain?

Bila mana seharian bekerja, balik awal spend time dengan anak bini. Tapi suami aku bukan macam tu.

Balik mandi makan lepastu keluar semula, alasan motor kawan pancit, anak kucing nak beranak, mak kiah sesat jalan kampung..

Kami kurang komunikasi.. Kg office kengkawan aku bercerita suaminya tolong masak ape semua, aku? Suami aku tak pernah tolong aku.. Dia tolong kawan kawan dia ade laa.. Aku ni isteri, diletakkan last sekali agaknya..

Aku pernah tak kemas rumah hampir 2 minggu, suami lagi suka.. Lagi dia buat rumah macam tong sampah. Makan tak basuh, periuk kuali dibiarkan berulat semuanya..

Bila aku suruh dia kemas.. Dia cakap siapa buat sepah dia laa kemas.. Masalahnya diaa yang buat bersepah. Aku terlalu penat..

Aku rasa nak bercerai. Aku dah tak sanggup.. Ade orang mungkin cakap hal macam ni pun nak bercerai, tak fikir anak ke?

Aku fikir anak aku.. Mental aku, emosi aku siapaa nak fikir??.. Bagi korang, bende kecil je kan.. Bagi aku takk..

Aku cuma meluah.. Aku minta pendapat korang.. Yang nak kecam aku, aku takboleh nak buat apa apa. Bukan korang kat tempat aku..

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. kalau berbincang pun tak jalan, berdoalah mohon pada Allah dilembutkan hati suami untuk berubah. Setiap rumahtangga ujian nya berbeza.. ada yg diuji dengan mertua & ipar..ada yg bertahun2 tiada anak.. ada yg diuji dengan perangai suami.. hakikat kehidupan ni mmg takkan lari dari masalah.. cerai bukan penyelesaian terbaik selagi pasangan masih tidak menzalimi dan melakukan perkara yg bertentangan syarak. Berlapang dada dan bersabar.

    Dari ‘Ali bin Abi Thalib RA ketika menceritakan kisah Fatimah RA binti Muhammad SAW. Suatu hari, Fatimah RA mendatangi Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba). Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Fatimah RA,

    “Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu.”

    mungkin ini juga asbab Allah permudahkan jalan sis untuk ke syurga.. In shaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *