Assalamualaikum.. saya baru lepas baca mengenai confession bertajuk suami yang buta huruf dan suami dyslexia.
Boleh baca confession berkenaan di sini,
https://iiumc.com/suami-buta-huruf/
https://iiumc.com/suamiku-dyslexia/
Saya tergerak hati untuk share mengenai suami saya pula yang mempunyai masalah adhd.
Saya sebaya dengan suami. Umur 28 tahun. Kami sama-sama kenal di matrikulasi.
Semasa di matrik, suami seorang yang pendiam dan mempunyai masalah disiplin dan pembelajaran walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Masa tu, saya tidak syak apa2 melainkan suami ni nampak macam lurus. Lurus yang amat sangat.
Lepas kenal 4 tahun, kami kahwin masa final year dalam degree.
Betul sangat kata orang, selagi tidur tak sebantal, belum tentu kita kenal luar dalam suami kita. Saya nampak yang dia ada kelainan lepas beberapa bulan kahwin.
Antara cirinya, selalu sangat lupa walau benda tu baru je saya pesan tak sampai 3 minit. Mula-mula, saya rasa dia tak sengaja. Tapi lama-lama start rasa annoying.
Ciri lain, sangat lemah dalam pengurusan sama ada pengurusan perancangan rumah tangga dan kewangan. Tak pernah ada planning apa-apa.
Setiap kali dapat gaji, tak dapat menyimpan. Sudahlah saya tidak bekerja, simpanan pulak tiada.
Saya tidak bekerja atas kehendak suami yang nak saya jaga anak dan gaji suami cukup untuk tampung kami bertiga sebab suami kerja bahagian professional.
Tapi semua ni nampak ada yang tidak kena lepas beberapa lama, simpanan kami tidak berganjak.
Selain itu, suami sangat susah untuk faham suatu arahan. Perlu bercakap ulang2 kali sampai saya rasa penat nak explain.
Suami jugak tak boleh buat dua kerja dalam satu masa. Kami beberapa kali kemalangan sebab suami bersembang semasa drive.
Kami kerap sangat bergaduh sebab perkara remeh yang datang dari suami.
Pada mata orang lain, nampak sangat remeh dan kecil. Tapi saya yang menghadap perangai suami rasa stress sangat. Setiap hari kami gaduh.
Lepas anak first umur setahun enam bulan masih tak pandai bercakap dan mempunyai ciri2 autisme.
Kami suami isteri banyakkan mencari ilmu mengenai autisme. Saya selalu cakap yang kemungkinan dia ada autisme sebab ada a few ciri2 autisme tu ada pada suami. Suami cuma gelak.
Sampai satu masa, ada tekanan dari tempat kerja suami. Orang atasan mula complain mengenai suami.
Atas sebab tersebut, saya mendesak suami untuk jumpa pakar phsycology since benda ni dah melibatkan kerja.
Suami ikut nasihat saya dan yes! Dia memang ada problem tapi bukan autisme. ADHD.
ADHD ni lebih kepada masalah berfikir dalam pengurusan. Start dari situ, atas advice doctor, suami ambil supplement and learn how to handle kekurangan dia.
After sometimes, suami improved a lot. Prestasi kerja dia semakin baik dan mendapat pujian dari orang atasan.
Bos suami juga perasan perubahan suami. Lepas dapat pengesahan doctor, sy terima semua kekurangan dia and tutup semua kelemahan dia dengan sentiasa ingat kebaikan dia .
Sebab suami sangat baik orang nya. Sentiasa tolak ansur dan ringan tulang untuk tolong jaga anak.
Bab planning rumah tangga, duit untuk simpanan dan belanja, suami serah semua nya kepada saya untuk uruskan.
Hikmah dari semua ni, saya rasa sangat-sangat respect dekat ibu dan ayah mertua saya yang sangat sabar didik suami saya dari kecil walaupun orang dulu tak ada ilmu pasal masalah ni.
Terima kasih ibu ayah sebab boleh besarkan suami yang ada kekurangan tapi boleh berjaya macam orang lain dan boleh jadi imam yang baik untuk keluarga.
Sekarang masa kami pulak fight untuk anak sulung kami yang mungkin ada autisme tapi masih 50-50.
Untuk isteri yang ada suami yang bermasalah pemikiran atau kelainan pemikiran, banyak-banyak bersabar walaupun penat. Saya yakin, setiap kekurangan mesti ada kelebihan.
– MissB (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit