Suami ADHD II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-adhd/).

Saya buat sambungan dari previous confession ‘suami ADHD’ since ramai komen nak tahu macam mana suami boleh survive dan supplement apa yang suami saya makan.

Suami tahu yang saya ada buat confession, dan dia baca semua komen-komen. Dia minta untuk saya buat entry baru untuk balas komen-komen yang minta pendapat sebab dia tak berapa pandai mengarang.

First sekali pasal ubat dan supplement. Mula-mula doctor bagi ubat ritalin tapi dos yang rendah sahaja untuk suami since ubat tu akan beri effect lain pada suami.

Masa suami makan ubat tu, saya nampak suami akan jadi lebih fokus dalam sesuatu pekerjaan dan otak dia macam active semacam.

Tapi ubat tu bagi kesan sampingan lain, contohnya suami jadi makin kurus walaupun makan dalam kuantiti yang biasa.

Kadang-kadang suami bagitahu jantung dia rasa berdebar tiba-tiba sampai menganggu aktiviti lain. Dia makan ubat hospital dalam 6 bulan macam tu. Lepas tu suami cari supplement lain untuk ganti ritalin.

Sekarang suami consume vitamin B complex dan Himalaya Brahmi. Setiap bulan suami memang akan spend RM30-RM40 untuk both supplement.

Suami ada explain setiap satu tu ada function nya untuk otak, tapi saya dah lupa. Suami memang akan makan dua benda ni hari-hari. Ubat ni tiada effect lain setakat  almost setahun suami makan.

Bagi yang tanya macam mana cara suami belajar. Yang ni suami pernah cerita, masa UPSR suami dapat 4A 1B, PMR 8A, SPM 7A. Saya pun terkejut jugak masa dapat tahu sebabnya masa di matrik, suami saya biasa-biasa saja resultnya.

Suami agak nakal masa di matrik, selalu ponteng kelas. Macam culture shock. Tapi saya yakin, kalau masa tu dia tak buat perangai nakal, mungkin result dia lebih cemerlang.

Apa yang saya nampak, faktor dia boleh survive sampai degree sebab parent yang supportive. Suami saya datang dari family yang susah, tapi ibu ayah memang sangat pentingkan pelajaran.

Ibu dengan ayah pun yang saya perasan, sangat-sangat positive dan sentiasa cakap benda yang baik-baik.

Masa mula-mula suami di diagnose ADHD, saya bagitau suami, nanty elok-elok cakap dengan ibu ayah sebab mak ayah mana yang boleh terima anak diorang tibe-tiba ada masalah lain pulak.

Tapi bila suami bagitau, diorang macam ‘oh… patutlah dulu awak macam ni, macam ni’. Diorang terus terima dan saya tak nampak sikit pun kekecewaan kat muka diorang.

Selain tu, suami saya pun ada cara dia tersendiri dalam selesaikan masalah pelajaran dan masalah harian.

Yang saya perasan, cara penyelesaian masalah dia selalu lebih lama dari orang lain. Macam orang biasa akan guna ‘displacement’ tapi dia akan guna ‘distance’. Sebab dia kata walaupun lambat tapi cara tu mudah bagi dia.

Selain tu, untuk mengelakkan masalah selalu lupa, dia takkan tangguh kerja. Kalau tangguh, memang confirm lupa.

Contoh kalau saya pesan jangan lupa buang sampah,dia akan bangun dan terus buang sebab dulu memang selalu gaduh bila dia terlupa. Kalau bab pelajaran, yang saya perasan suami saya senang pulak nak ingat fakta-fakta.

Bab barang-barang macam kunci, bag, dompet semua tu dia akan letak di tempat yang sama. Tempat yang tak berubah-ubah. So, kat sini saya yang selalu kena marah sebab letak barang bersepah-sepah.

Kalau dalam kereta sekarang, kami still bersembang tapi saya akan fokus dekat jalan raya walaupun suami yang drive. Tu yang kadang-kadang dia drive, kaki saya pulak yang rasa nak tekan break.

Kalau tengah sembang memang selalu suami terlepas simpang atau terlupa tempat tujuan asal. Jadi saya akan ingatkan setiap kali nak sampai ke satu-satu tempat atau dah nak sampai simpang. Kalau saya pun lupa, maka kami pun berhuhuhu atau bergaduh.

Suami juga ada masalah anxiety dan introvert. Tapi benda ni improve bila dia masuk alam pekerjaan. Mula-mula susah juga dia struggle tapi once dia dah dapat keyakinan diri dan kepercayaan majikan, memang dia sangat-sangat suka dengan kerja dia.

Walaupun tempat kerja jauh dengan rumah, tapi saya tengok dia suka dan selesa kat tempat kerja dia sekarang compared dengan dulu. Setiap tahun tukar tempat kerja.(it took 4 years to get a suitable job)

Ada yang tanya,macam mana suami mampu buat semua ni. Bagi saya, apa yang saya nampak, effort suami saya sendiri untuk ubah nasib dia.

Dulu sebelum dia tahu the root cause, dia selalu cakap ‘abang tahu ada yang tak kena dengan abang, tapi abang tak tahu apa benda’. Sampai kadang-kadang, menangis-nangis dia sedih bila dia rasa dia lain dari orang lain tapi tak tahu sebab apa.

Sebab tu, bila suami saya tahu apa yang lain dekat diri dia, dia cuba berubah. Cari jalan yang terbaik untuk setiap masalah.

So, if kita interact dengan ADHDer, jangan la pelik kalau dia selesaikan satu masalah yang simple tu dengan lama sebab itu memang cara diorang. Bagi diorang ruang dan peluang.

Actually, kelebihan suami pun banyak je cuma saya tak tahu itu kelebihan ADHDer atau memang sifat suami. Antaranya, penyabar (tahap luar biasa) , seorang yang cermat dan detailed, kreatif dan setiap kelebihan tu juga mengisi kekurangan yang ada dekat saya.

Dan untuk pengetahuan, ini bukan penyakit. Ini cuma kelainan cara berfikir dan benda ni memang takkan hilang tapi boleh di improve.

Mengenai anak saya, ada yang cakap awal lagi nak diagnosed autism. Sebenarnya umur anak kami dah masuk 4 tahun sekarang dan memang kami follow up since 1 tahun 6 bulan. Yes, memang ada budak yang memang lambat, tapi anak saya lain dari yang lain.

That is why kami ambil langkah awal untuk jumpa pakar and she improved a lot since kesedaran tu dah ada dari awal. Sebab budak yang special, memerlukan cara belajar yang special.

Maaf sebab panjang since saya cuba untuk menjawab komen-komen dalam previous confession. Saya nampak ramai yang sekasut dengan saya. Saya harap saya dapat membantu dan share serba sedikit how i lived with ADHDer.

Semoga semua dipermudahkan untuk kita.

– MissB (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *