Assalamu’alaikum, buat pertama kalinya balik raya kali ni aku dapat rasa yang aku dah jatuh cinta dengan suami aku, setelah 8 tahun kami kahwin.
Aku kenal dia melalui baitul muslim. Yela, waktu tu umur aku pun dah nak masuk andartu.
Aku ni mana nak ada pakwe2 ni, ada la yang berkenan kat aku tapi aku pulak tak berkenaan. Setakat crush kat tempat kerja tu ada la, tapi budak sangat. Lagipun aku ni introvert memang tak la nak luah perasaan tu.
Jadinya suatu hari tu aku decide nak cari jodoh aku melalui suatu website ni, berbayar.
Aku pun pilih la kriteria yang aku nak: solat, tak merokok, umur lebih kurang aku, ada degree, orang sama negeri sebab senang nak balik raya kan. Tapi takde pun yang dalam kriteria tu nak say hi kat aku atau balas salam aku. So, aku rendahkan sikit standard, ada spm pun dah ok.
Satu hari tu aku scroll2 profile calon kat website tu, jumpa la satu mamat ni. Ciri2 yang aku senaraikan tu semua ada dah. Gambar jauh tak berapa jelas muka cuma nampak pakai cap galas beg belakang dress up sempoi la jugak. Ok boleh tahan..
Tengok kerja aircraft technician. Wow ni memang beza dari dunia aku. Aku ni budak kampung je, memang la belajar sampai degree tapi kerjanya kat kampung je. Try je la.. aku pun tekan butang kirim salam.
Tak sangka dia balas balik. Tapi aku tak reti nak bermesej hi awak buat apa tu? dah makan ke belum.. plus tu mesej dalam platform cari jodoh bukannya wasap kan, so kalau mesej gitu jenuh nak menunggu balasnya sebab aku bukan 24 jam bukak website tu.
So, aku pun tulis la surat ayat panjang2 bercerita macam orang dulu2 bercinta tulis surat letak dalam lubang pokok, haha.. Tak sangka dia boleh terima aku, balas balik surat aku.
Aku suka isi surat dia, tak meleret tanya awak dah makan ke belum, tengah buat apa tu, dan dia sound so educated and matured kira aku boleh masuk dengan dia la.
Dipendekkan cerita, kitorang berbalas surat tak lama pun kat dalam tu. Kami bertukar no wasap sebab dia nak datang rumah jumpa aku, dan aku terus tak buka dah platform tu sebab aku memang jenis yang tak suka serabut2 nak memilih yang terbaik antara yang terbaik, haha..
Waktu mula2 dia sampai rumah jumpa mak aku tu, aku rasa ala skemanye mamat ni. Pakai baju kemeja berkolar, kira memang bukan taste aku la walaupun aku pun 2 x 5 je skema orang nya tapi taste aku bad boy sebenarnya haha..
Sebelum kitorang kahwin tu adalah dalam 2 kali outing dengan bertemankan anak sedara aku. Dengan dia aku tak rasa spark bercinta tu, kira berdebar2 tu takde.
Cumanya aku rasa ok sebab dia ada ciri2 yang aku senaraikan sebelum ni. Aku rasa takpe la nanti dah kahwin cinta tu datang la kan asalkan dia tak red flag.
Aku solat istikharah pun tak dapat mimpi apa2, cuma proses tu macam mudah je, walaupun ada isu thalassemia carrier here and there sikit2 tapi at the end kami kahwin dalam masa tak sampai setahun dari mula kenal.
Lepas kahwin, kitorang pergi honeymoon. Lepas berapa hari tu, dia keluar ayat sinis, aku terkejut. Aku tanya “awak ok tak ni?” Dia jawab “ok.. saya memang macam ni.”
Waktu honeymoon tu dia asyik complain makan sana mahal makan sini mahal, aku pun dah spoil sikit, nak order makan pun takut nak ambik menu yang mahal2. Makin lama aku duduk dengan dia makin rasa negative vibe tu, kira semua tak kena la sampai aku rasa eh dia ni tak suka aku ke.
Dia ok je layan aku, cuma aku tak boleh dengar bila dia buka mulut bercakap, aku akan terasa hati atau meruap2 rasa nak marah. Paling lama pun aku rasa 30 minit je aku boleh dengar lepas tu aku mesti akan terasa atau merajuk. Aku pulak sejenis yang kalau marah akan bagi silent treatment.
Sampai ada satu masa tu setiap kali dengar dia start bercakap aku dah rasa berdebar2 dah, sebab memang akan ada yang buat atau triggered kemarahan aku.
Sampai ada satu masa tu aku set kan nama dia dalam phone aku as a joy killer, sebab dia memang tak boleh tengok aku happy mesti akan sakitkan hati aku dengan kata2 dia yang pada aku sangat sinis, bongkak, dan semua orang lain salah dia je yang betul.
Contoh aku bagi, jiran aku balik kampung lama. Aku tolong siramkan pokok diorang, pun tak boleh ye sebab takut aku terlebih bagi air kat pokok kang mati pulak pokok tu. Cara dia tu buat aku rasa macam aku ni bodoh sangat.
Anak aku selesema dia kata sebab tak jaga kebersihan tak basuh tangan sampai boleh jangkit sakit, macam la aku pengotor sangat. Setiap kali masuk rumah kena basuh kaki dan tangan, dan sabun ye kalau ikut piawai dia tapi aku biasa tak sabun pun.
Kalau keluar tak boleh naik atas katil, kira baju yang pakai kat luar tak boleh terus naik baring atas katil. Lagi satu yang buat aku culture shock, dia paling pantang buka pintu rumah lama2 sebab takut lalat atau nyamuk masuk.
Bukan pintu rumah je, pintu kereta pun sama ya. Takut sangat lalat, nyamuk, atau serangga lain masuk. Kalau buka nak keluar masuk tu kena cepat2 tutup.
Aku ni orang kampung duduk kampung memang la pintu rumah tingkap terbuka luas sentiasa, memang la ada lalat dan nyamuk masuk tapi kan benda tu boleh keluar balik, tak jadi isu pun rasanya.
Kalau malam lain la ni hari siang pun kena berkurung tutup pintu, takde pengudaraan perasaannya duduk dalam rumah. Nak keluar rumah aku introvert haha..
Dari start kahwin aku tak rasa happy, dia baik jaga aku elok, lepas kahwin aku jadi surirumah tapi aku rasa dia tak sesuai dengan aku. Aku tak boleh masuk dengan perangai dia walaupun benda tu hal yang kecil2 je. Adik dia kata dia ada ciri2 narcissist tapi aku tak rasa sampai ke tahap tu, ataupun aku dalam denial.
Aku sentiasa ada dalam fikiran yang bila aku dah boleh berdikari ada duit sendiri aku akan mintak cerai dari dia. Kadang2 aku rasa aku kemurungan.
Cara aku protect mental aku, aku jadi sangat defensive. Apa yang dia cakap semua aku bangkang, aku takut aku terpengaruh dengan rasa inferiority complex bila dia seolah2 merendah2kan aku.
Bila dah ada 2 anak, aku struggle nak protect mental aku dan mental anak2 aku. Aku rasa aku patut counter balik dengan anak2 dan defense anak2 aku. Kau bayangkan, budak kecil, itu tak boleh ini tak boleh.
Tapi diorang seolah2 kena terus pandai. Kalau tak explore macam mana nak pandai kan. Kalau tak main kotor macam mana nak terus jadi aktif kan. Aku pun ada salah dan kurang jugak dalam mendidik anak2 tapi itula nobody perfect kan.
Eh panjang sangat la pulak tapi tak sampai2 lagi ke point utama nak ceritanya haha.. Ah sudah la aku dah penat nak tulis. Kalau admin approved cerita aku ni nanti kalau ada masa aku sambung lagi. Itu pun kalau korang nak dengar dan tak muntah membacanya, haha..
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik, akk rasa bkn ciri narcissist tp ocd kot..
Tp akk rasa husband ko ni lebih kpd pembersih, dan perfectionist sbb ape tau, org perfectionist ni mls nk handle benda2 kecik yg dia rasa boleh elak/ kawal dr berlaku. Contoh mcm ko ckp la pakaian keluar tak boleh naik tilam sbb pe, nnt mula la dia overthinking ade bakteria virus segala bagai kt tmpt tdo.. nnt gatal2 bdn dahhh nk kena tukar cadar dan cuci dan kemas bilik plak..
Ya mcm mana aku tau sbb perangai aku gitu la..kehkeh tp benda mcm tu otak yg waras ni boleh kawal la..nk taknak je..