Suami Aku Bukan Perdana Menteri

Iya, aku Bunga Kenanga. Suami aku bukan Perdana Menteri. Tapi dia punya busy dan taksub dengan kerja dia kalah Perdana Menteri. PM kita pun ada masa main dengan cucu.

Kami dah masuk 14 tahun kahwin. Ada 4 anak. Suami kerja dalam bidang professional, siap ada title di depan nama. Dia memang passion dengan kerjaya dia. Bukan senang nak sampai tahap ni. Oh lagi satu dia adalah penjawat awam.

Walaupun sebagai penjawat awam dia tidaklah seperti yang orang selalu cakap balik on time. TAK PERNAH ya dia balik on time. Paling cepat balik dari office selepas Maghrib.

Katanya siang pergi site, petang baru sempat nak tengok email, reply email, sign documents. Tak kira lagi kalau tiba-tiba ada isu di kawasannya, dia akan keluar malam dan balik kadang 2-3 pagi.

Weekend pun kadang masuk office sambung kerja. Kadang ada event kumpulan professional juga. Tu belum ada event office la apa. Sure tak nampak muka dia kat rumah. Selalu juga outstation. Sebulan kadang 2-3 kali.

Dia juga dah macam orang kanan top management. Bos besar memang suka kerja dengan dia. Memang tak dinafikan, dia memang ada aura “convincing people”. Knowledge dia dalam bidang professional dia memang ramai orang kagum. Dah pernah dapat APC. Tunggu nak naik gred je lagi.

Kalau hari cuti atau hujung minggu dekat rumah pun bawak balik kerja. File la dokumen la.

Ok mungkin ada yang terfikir, entah2 ada skandal ke apa. Setakat ni takda sebab dia jenis apa saja event ke hal kerja kesana sini dia mesti bagi gambar. Saya tak pernah minta pun. Memang dari dulu dia buat macam tu.

Pergi site bagi gambar, meeting sampai malam bagi gambar, outstation bagi gambar. Sampai saya kadang tak download pun gambar tu. Dia suka bercerita tentang hal2 kerja, staff dia, bos dia. Saya sampai kenal la semua staff dalam department dia.

Kalau sakit siap dapat MC, tetaplah pergi kerja. Katanya ada meeting penting la apa la. Tengah sakit tu. Gagah la pergi kerja juga. Sampai macam tu sekali. Penting betul dia dekat organisasi dia tu. Agaknya kalau dia tak datang kerja, semua operasi office terhenti.

Pernah dulu konon nak ajak dating berdua. Minta dia cuti,kita berdua cuti on weekday la. Senang anak2 semua sekolah, pengasuh. Tapi memang tak laaa. Dia sayang nak cuti. Kerja kerja kerja banyak nak kena setel.

Saya dapat simpulkan, suami sy terlalu mengutamakan kerja. Kerja is top priority. Apa saja pasal kerja akan didahulukan diutamakan. Sebab itu passion dia. Sampai takda masa untuk isteri, anak.

Saya jenis orang tak tanya, saya tak cerita. Sebab saya lagi akan kecik hati bila kita cerita orang tak minat nak dengar or tak fokus. Bayangkan, hari2 saya berlalu tanpa share apa2 pun dengan suami. Yela macam mana nak cerita dia sibuk memanjang.

Tapi jauh di sudut hati isteri, banyak makan hati, kecil hati. Banyak benda sebenarnya. Kalau dah taksub dengan kerja tu, memang hal rumahtangga semua atas bahu saya. Urus anak2 atas bahu saya. SEORANG.

Mana nak tengok anak belajar, mana nak buat kerja rumah, baby menyusu badan lagi. Penat nak mati! Dia langsung tak nak ambil tahu. Nak cakap pasal bergaduh, dah 14 tahun sampai dah penat nak gaduh. Saya dah pasrah, mujur anak2 dah besar sikit. Boleh tolong2.

Bila ajak berbincang pasal ni memang end up gaduh. Dia akan cakap “Saya ni tak tolong langsung ke?” Saya memang naik fed up dengan ayat dia ni.

Memang urusan anak isteri kena buat paling minimum ke? Asal buat sikit jadilah? Macam tu? Tapi kalau bab kerja dia, bukan main semuaaaa penting. Bos panggil malam2 pun sanggup keluar. Nak minta tolong buang sampah pun susah.

Dalam pantang dia tak pernah ambil tahu saya macamana. Bengkak susu ke apa. Cuti paternity seminggu pun sambil2 buat kerja office.

Saya baru lepas bersalin 3-4 hari ni mandi air sejuk je sebab dia pagi bangun lambat. Dengan baby2 sekali mandi air paip biasa je. FYI, dia tak pernah ya mandikan semua anak2 dia masa newborn. Tak pernah.

Alhamdulillah dia sediakan rumah untuk kami, kenderaan dan makan minum. Dia paling tak berkira bab makan. Tapi bila gaji dia habis awal, saya lah kena cover makan semua. Dia bayar rumah, bil2 semua, kereta. Saya pun bekerja, bayar semua berkaitan anak2 dan pengasuh baby.

Nak tahu, apa saja untuk anak naik sekolah, bayar itu ini semua saya. Bayangkanlah 3 orang tengah sekolah rendah. Kalau awal tahun persediaan buku, pakaian semua saya kena cover. Berat sangat rasa. Gaji saya pun bukanlah banyak mana.

Lagi sedih, bila mengandung dan nak bersalin semua persiapan baby, berpantang semua saya cari dan beli guna duit sendiri. Dia memang akan diam buat tak tahu. Saya tahu dia diam sebab dia takda duit lebih.

Suami memang fail bab financial. Saving takda. Saya pernah suarakan pasal saving, dia kata duit tak cukup macamana nak saving. Alahai. Saving tak semestinya kena ratus2. Tak mampu ratus2 sikit2 pun takpa. Saya banyak kali ajak dia tabung2 RM10 pun takpa. Tapi memang takla dia nak saving.

Saya pun banyak kali dah simpan2 ni tapi bila tak cukup, korek. Bilanya nak cukup saving. Sampai sudah takda. Ni saya nekad, buat juga saving untuk anak2. Simpan Public Gold untuk diri sendiri sebab nak tunggu dia menyimpan memang tak nanpak arah tuju lah.

Gelang saya seutas, dah 2-3 kali masuk pajak gadai. Bila takda duit tu la harapan yang ada. Suami tiap tahun dapat bonus kadang sampai 5 angka. Tapi kadang habis macam tu je. Entahlah.

Saya ingat lagi masa preggy anak no 4, kebetulan dia dapat bonus, dan dia belanja femli dia makan2 kat luar. Bangga cerita dengan emaknya dapat bonus 5 angka.

Ayat mak mertua saya “Alhamdulillah boleh la buat beli barang2 baby”. Dia senyap je. Dan tepat jangkaan saya, bonus tu habis tanpa satu sen pun digunakan untuk persediaan baby nak keluar. Sedih sangat.

Dulu saya memang craving attention dari suami. Merajuk, silent treatment, n cakap apa yang saya nak semua dah buat. Tetaplah sama. Saya rasa diri dah macam hamba, bibik semua ada. Merajuk ke nangis ke bukanlah dia nak pujuk.

Dia pernah cakap, “sekurang2nya saya bukan jenis lelaki yang pukul2”. Yes, but in silent you abuse me mentally, sakitnya mungkin takda parut yang boleh nampak dengan mata kasar tapi dia tak sedar semua tu.

Sekarang saya macam rasa craving attention tu lama2 hilang. Yes, masih kecik hati jauh hati tapi takda rasa teringin dah. Tengok Hafiz Mahamad dengan Syafiqah Aina bermesra2 dalam content pun saya tak jeles dah. Tak teringin dah nak rasa macam tu.

Dia bukanlah lelaki yang kelakar, tapi bila dengan staff2 kemain happy gurau senda. Dengan isteri macam nampak tak nampak je.

Cuma sekarang saya nak dia ada rasa tanggungjawab dekat anak2. Tanggungjawab didik anak bukan saya sorang. Dia tak pernah nak ambil tahu hal2 parenting. Pernah ajak pergi kelas dia taknak sebab ada kerjalah apa lah. Anak kami 4 tau, tu kategori ramai zaman sekarang ni.

Saya sehabis baik nak bagi terbaik untuk anak2. Ikut hati macam2 nak hantar belajar skills itu ini, kelas tuisyen tapi semua saya kena fikir, kena bayar.

Ni dah nak akhir zaman, saya harap sangat dia didik anak2 ajak ke ilmu akhirat. Ajar mengaji ke, usrah sama anak2 ke, solat jemaah ke. Dia ada ilmu tu semua. Tapi dek kesibukkan hal duniawi semua tu, takdalah berlaku. Dah lama tak dengar dia mengaji kat rumah. Sibuk sangat.

Sorry la panjang luah kat sini. Saya dah tawar hati. Banyak lagi isu sebenarnya. Tak dan nak cerita semua. kalau tanya sayang ke tak kat dia. Saya takda jawapan tu. Saya takut. Syurga isteri tu dekat suami. Tapi muka saya selalu penat dan masam je depan dia. Banyak pendam.

Bayangkan nak cari sesi luah meluah pun tak sempat sebab dia sibuk sangat. Saya dah give up nak meluah2 ni. Sekarang saya diam membisu je. Cuma saya doa dapat kekuatan nak happy kan diri sendiri.

Tapi kan dia pernah kantoi ada group dia je sorang lelaki dengan kakak2 ofis. Tapi tak payah la cerita. Kang kena ada part 2 pulak.

Terima kasihlah anda baca sampai habis. Doakan saya mampu jadi isteri solehah, ibu mithali. Aamiin..

– Bunga Kenanga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Slm Bunga Kenanga.. sorilah, akk pon guna ‘nama samaran’, tah knpa bunga yg mula2 terlintas dlm kpala ni is ‘bunga raya’, x kisah la kan.. dlu akk pon penjawat awam jugak, skrg dah pencen.. oops, bkn pencen, tp ‘bersara’, ada sorang kwn akk tu, pantang sungguh bila org sebut ‘pencen’, dia kta yg pencen tu ayam je..! (Sorry klaw akk gurau2 ckit, sbb bila bca luahan hati awk tu, mcm ‘tension’ sgt bunyinya..), jgn tulisan komen akk ni jd ‘confession’ plak nt.. bila akk bca cerita awk, teringat akk dlu mse kerja pon, slalu blk lambat, kdg2 weekend pon dtg ofis buat kerja (mse tu xde computer or laptop sendiri).. kerja mse tu bknla satu ‘keseronokan’ atau ‘passion’ sgt, tp lebih kpd ‘bebanan’ dan adakalanya spt “escapism”, utk mengalihkan focus kpd sstu.. mngkin ada yg x fhm.. sbb dlm kalangan org2 di pejabat tu, ada jugak yg slalu blk lewat, atau lbh bnyak mse di pejabat, klau sesekali xpe la, itu biasa, tp org2 yg sama slalu berbuat begitu.. diorang x kacau sesiapa, n buat keja msg2, tp bila akk kaji2, kbanyakan mrk tu mmg xnak blk awl, pdhal bole je.. ada yg mmg xde apa sgt nk buat di rumah, so might as well dduk di ofis, nt lps maghrib cthnya, blk terus singgah bli mkanan or mkn di luar, then blk utk tido je, ada jugak yg slalu ada msalah dgn pasangan di rumah ke, so dpd blk asyik bergaduh, baik blk lmbat, n bla blk dah nk tido, so x sempat la nk bergaduh sgt, begitulah agaknya.. akk dlu pon ditakdirkn ‘berpisah’ dgn suami mse ank2 sdg membesar.. agak lama jugak utk org skrg kta “move on”, so sbb xnak layan sgt ‘perasaan’ mse tu, buat2 la sibukkn diri dgn krja yg mmg xkan habis, sampaila kita habis servis.. kesian dgn ank2 la, tp nasib bk ank2 akk fhm situasi mse tu, mrk pandai berdikari, kdg2 akk tinggalkn mkanan utk diorang panaskn, kdg2 yg besar2 tu masak sendiri apa diorang nk mkn, selalunya yg jenis segera2 tula., tp lama2 akk ‘tersedar’ juga.. kita kerja lbh msa pon, gaji bnyak tu jugak, kdg2 bkn dpt ‘claim overtime’ pon, mmg ank2 pandai berdikari, tp kebajikan mrk spt terabai, dan hubungan jd x rapat, msg2 byat hal sendiri je, kurang komunikasi.. org ofis pon, klau takdir la kita sakit terlantar di hospital, atau di rumah, plg tidak dtang la skali jengok, bos pon plg tidak hulur la dt ckit msa dtg tengok, lps tu dia x tanya pon, silap2 ada pulak yg ‘merungut’ sbb kna buat kerja kita, msa kita sakit.. itula mentaliti org2 pejabat, mne2 pon lbh krg sama je.. infact, ada jugak bos yg ‘perli’ org yg slalu blk lmbat ni mcm x efficient, dia yg bos pun bole blk cepat, sbb boleh ‘manage’ kerja dia sehari2, org yg slalu blk lmbat tu, makna nya slalu x slesai kerja la tu, pakai api air opis lg, bkn ke itu slh satu ‘pembaziran’ jugak..? Klau bunga Kenanga bole ‘psycho’ husband dgn point2 td, x tau la dia bole ‘termakan’ ke tidak.. byangkn la, bnyak momen2 brharga semasa ank2 membesar yg dia dah & akan ter’miss’.. mse ank mula berjalan, mula bercakap, dpt kejayaan di skolah, tiada msa berkualiti bersama, tau2 ank2 dah besar.., dan semestinya hubungan dgn ank2 tidak rapat, dan bila dah tua nt, dia ‘expect’ ank2 akn jaga dia dgn kasih sayang, suapkn mkn, salinkn ‘lampin pakai buang’ (xnak sebut jenama..!), xde harapan sgt la, sbb diorang membesar pon ayah pon x amk kisah kat diorang.. xpe la puan Kenanga, buat mse ni, sabar jela dlu.. o ye, lg stu.. ustaz slalu sebut, klaw gaji slalu x cukup tu, bkn sbb x bnyak, tp x berkat.. (bkn akk ckp tau..) tp mmg ada jugak benarnya.. dlu akk slalu rse gaji x ckup, sbb nk besarkn ank2 seorang bknnya senang, tp sampai satu masa ada sahabat yg ingatkn akk tentang ‘sedeqah’, buatla walau x bnyak.. sejak tu akk cuba setiap jumaat, sedekah ke surau, atau tabung di kedai atau psr mlm tu, walau pon seringgit, lma2 jd biasa, dan tanpa akk sedari duit x pernah x ckup, dpt mnyimpan dan menjelang hari gaji, masih bnyak lg ‘berbaki’, mse tu baru perasan, dlu slalu x ckup, tp lma2 berlebih jugak, kdg2 ada org blanja mkn, dpt diskaun beli brg, cabutan bertuah dan mcm2 lg.. alhamdulillah, skrg ank2 dah kerja, ada yg hadiahkn akk ‘gelang emas’ lg, sempena hari lahir, ada yg bg dt.. mngkin diorang tahu mak diorang ‘susah’ semasa membesarkn diorang dlu.. okla puan Kenanga, dah pnjang lebar pulak akk bercerita, x taula dpt ‘membantu’ ke x.. mcmne pon kpd Allah jua tempat mngadu, Dia lebih besar dr apa jua msalah kita, maka yakinlah yg Dia juga yg akan membantu kita mnyelesaikn nya.. jgn pernah ‘putus asa’ dgn rahmat Allah yg maha Pemurah & Penyayang.. wallahu a’lam bissawab.. wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *