Suami, Aku Cinta Atau Tak?

Kami berada di dalam umur 40-an. Kononnya hidup lelaki baru bermula. Kerjaya dah stabil. Rumah dah ada. Kereta dah ganti baru. Gaji dah tinggi. Simpanan dah banyak.

Katanya nak kahwin lain.

Sunnah Nabi? Nabi pada umur 40-an mendapat wahyu, mula berdakwah. Dia? Solat masih berlubang, puasa pun baru start nak penuh.

Aku diam. Kosong aku pandang dia. Malam tu aku tanya.

Kalau aku dan perempuan itu perlukan buah pinggang. Kalau tak dapat, mati. Dan dia punya buah pinggang seorang je yang sesuai untuk kami. Dia akan bagi siapa?

Basically dia tak boleh hidup tanpa siapa?

Dia tanya kenapa tanya soalan macam tu. Buat muka serabut dia.

Aku cakap, aku nak tau samada apa dia rasa pada perempuan tu cinta, “or you just want to f*** other woman.”

Maaf kasar bahasa. Tapi memang itu soalan aku. Sebab kalau jawapannya yang no. 2, aku cakap pada dia, “kalau saya dah tak sedap, sebenarnya abang pun bukan sedap mana.”

Tapi kalau jawapannya no. 1, “lepaskan saya, sebab saya nak cari cinta saya juga.”

Lagi soalan aku. Kahwin dengan perempuan tu, akan menambahkan kekayaan dia tak?

Sebab kalau alasan dia jatuh hati pada perempuan lain, asbab aku dah kurang layanan, caranya senang je. Cari duit banyak2, jadi la kaya.

Lepas dia kaya, aku tak perlu bekerja dah.

Ni aku kerja keras 24/7 sambil jaga anak2, ke hulu ke hilir dengan anak2, hantar ambil anak sekolah di samping kerja hakiki. Balik nak kemas rumah, masak, ajar anak buat kerja sekolah, dengan baby breastfeed.

Dia sampai rumah semua dah settle, dengan muka penat dia, terduduk atas sofa menghadap phone. Nak expect apa?

Cuba dia kaya, aku jadi suri rumah. Anak ada transit ambil hantar sekolah. Cleaner dtg every week kemas rumah.

Dia nak aku sambut dia balik kerja dengan kopi dan teh dekat tangan? Takde hal.

So, soalan dia. Kahwin dengan perempuan tu akan jadikan dia kaya tak? Aku dapat maid tak?

Dia diam lagi.

Aku bagi dia dua pilihan.

Poligami. Aku akan tuntut semua nafkah tertunggak. Daripada awal kahwin, dia tak sediakan rumah. Aku yang bayar sewa. Aku nak tuntut.

Sepanjang kahwin, bayar 50-50. Aku nak tuntut.

10 tahun terawal kahwin. Baju, bra, kasut, seluar dalam. Tak pernah belikan. Sekarang dia beli, tapi shopee punya yang sehelai RM2. Boleh la. Selesa gak.

Aku nak tuntut.

Apa lagi eh. Banyak. Aku nak tuntut semua.

On top of that, anak2 sentiasa bersama dengan dia. Seminggu rumah aku, anak2 kat sini. Seminggu rumah madu, anak2 ikut dia duduk rumah madu.

Dia cakap takkan lah macam tu, kesian budak2 ke sana sini.

Aku cakap, ” I’m not gonna take care of YOUR KIDS WHILE YOU F*** OTHER WOMAN.”

Maaf ayat aku kasar. Tapi itu kata aku.

Dia cakap, macam tu baik cerai je! Amik la anak2 seminggu sorang!

Aku cakap boleh. Pilihan kedua memang cerai. Aku takkan tuntut satu sen pun.

Rumah yang kami beli sekarang yang kami bayar sama2. Ambik la duduk dengan isteri baru. Aku akan kosongkan barang2 aku.

Kali ni memang dia diam. Dan perbualan tamat di situ.

Malam tu aku berfikir lagi. Aku ni cinta ke tak pada laki aku sebenarnya?

Dia seorang lelaki yang baik. Jaga anak2 dengan baik. Ketika dia lebih mampu, dia spend lebih banyak kepada kami.

Tapi kenapa, dia dapat kumpul duit. Aku tak dapat. Semua duit aku habis kepada komitmen famili. Dia pulak ada simpanan beratus ribu.

Kalau lah daripada awal dia seorang provide semua nafkah, ikut kemampuan dia, aku tak rasa aku akan kosong macam ni, takde simpanan langsung. Sebab dia lebih dari mampu.

Cuma daripada awal kahwin, dia memang aim nak wife bekerja, nak bayar semua half2. Balance beribu gaji tu untuk diri sendiri.

Aku tak kisah, tak heran. Aku cuma heran bila dia nak kahwin lagi hahaha. Serious. Tak sedar diri.

Tapi itu membuatkan aku persoalkan perasan aku pada dia.

Kenapa masa dia buat segalanya untuk aku, aku cinta dan tak kisah langsung berkorban.

Tapi once dia buat hal macam ni, cinta aku mengewap pergi. Macam cinta yang conditional.

Setakat ni kami tak ada perbincangan lagi. Tapi aku dah tertanya2. Aku sangat sakit hati yang dia ada perempuan lain. Tapi kalau cinta aku boleh pudar secepat ni, sebenarnya aku cinta ke tak pada dia?

Will I survive this marriage if I stay?

– Free Shipping (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Salam sis, saya pernah berada dalam kasut sis. Cerita kita sangat sama. Saya nasihatkan puan, jika masih sayangkan suami, please bagi dia berpoligami, dan tuntut segala2nya. Buat perjanjian siap2. Sebab org laki ni lagi kita tak bagi, lagi dia buat. Kalau puan dah mekad dah cerai, dah tak kuasa nak tengok muka dia, boleh failkan penceraian. Alasan apa ? Tak sefahaman. Cuma susah sikit la orang laki nak bagi ceraikan. Nanti depa yg nampak teruk sangat. Apa2 pun, istikharah dulu.

  2. Sepanjang baca confession, aku setuju semua… Sampailah kalau cerai, tak nak tuntut pulak? Dah kenapa? Then what is your point?

  3. Sis… sis layak harta sepencarian… lebih2 lagi sis takde simpanan… n dia plak beratus ribu… fikir dengan bijak sis…

  4. Sis sedar kan yg dia dpt simpan duit suma tu, sbb awk dah ‘tolong’ dia slesaikn hampir semua tanggungjawab dia sbg suami sejak awal perkahwinan.., so terangkan dlm mhkamah jika jd utk bercerai nt.. mngkin juga awk akn dpt ‘bahagian’ yg sepatutnya menjadi hak puan, jadi gunakn lah sebaiknya bhg tersebut.. tp di sbalik semua tu, suami puan mngkin berfikir pnjang dan mngkin xkan menceraikn puan, kerana bnyak yg dia akn ‘rugi’ klau bercerai dan puan pula akn menuntut mcm2 nafkah.. atau pon dia akn bernikah juga dgn wanita tersebut di sempadan atau d negeri lain.. tak ape lah puan, klaw begitu lah gamaknya, dan sampai sudah puan x tahu misalnya, puan akn dpt ‘ganjaran’ yg lbh besar d Akhirat nt, silap2 suami akn jd “muflis” d Sana, sbb perlu menjelaskn hutang2nya kpd puan dgn pahala nya, sbb duitnya dah ‘tak laku’ pd ketika itu.. perkara ini elok juga dimaklumkan kpd dia, agar dia sedar n ‘aware’ dgn tindakan yg bakal diambilnya nt.. ckp la, bkn puan sesaja nk ‘mnakut2kan’ dia, tp fikir pnjang la, dgn umor yg mcm skrg, brp lma sgt dia dpt keseronokan brbini muda tu.. klau umor x pnjang skejap je nt.. klaw umor panjang pon, belom tentu diorang akn bhagia.., klaw pompuan tu muda lg, mngkin dia pon nk ank, bayangkn nt umor dah agak lanjut, masih nk antar ank ke sekolah, silap2 org ingat ‘cucu’ dia, so fikir2kan sedalam2nya, sbelom buat sstu kputusan.. wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *