Suami Aku Gemuk

Maaf tulisan ni straight forward, tak ada nak berbunga, nak berbahasa basi. Kalau tak suka, please skip.

Waktu aku tulis ni, aku tengah rasa down dan frustrated sangat. I had enough with obesity! Gemuk is not awesome guys. And aku dah tak larat nak hadap its effect. Penat.

Waktu aku berkahwin dengan husband, memang husband besar, berat 3 angka. Aku tak tengok rupa, sebab kalau rupa handsome tapi perangai macam buaya baik tak payah kawin.

Tapi suami aku handsome je sebenarnya, muscle mass dia banyak walaupun obese dada dia bidang, biceps and triceps pun besar. Tapi perut 1 pack, boroi.

Aku ingatkan aku boleh ubah husband haha tapi dalam 5 tahun kami berkahwin, dua-dua naik berat dengan jayanya. Both naik 15kg, total 30kg.

Aku sebelum kahwin, tak minum air manis, tak makan processed food, memang tak makan masin, minyak pun kita control. Dan aku memang kerja bahagian kesihatan.

Awal kahwin, memang agak ke laut sebab kami pjj, every time dating memang food hunting. Ya bahagia bersama lemak2 yang makin berkembang. Sekarang aku InsyaAllah kembali ke jalan yang lurus.

Tahun pertama aku kahwin, aku detect something. Nafsu suami okay, nafkah batin pun okay cuma hmm… Aku bawa jumpa doktor specialise in men health and ternyata ada retrograde ejaculation.

Suami jarang ejakulasi sebab sperma tu masuk berenang ke dalam pundi kencing dan keluar bersama air kencing.

Suami aku muda, tak merokok, tak ada masalah prostat dan tak pernah op. So memang pakar kata disebabkan obesiti sebab dia akan kacau hormon. Rawatan dia memang kena turunkan berat..

Dan suami selalu sakit. Gout, slip disc, plantar fascitis. Sakit otot. Tu belum kira tilam setahun sekali tukar sebab rosak, katil dah 2 patah. So sekarang dah tak ada katil, malas beli baru.

Suami regularly ke gym. Tapi aku rasa dia banyak sangat lift weight dan abaikan cardio. Memang orang yang severe obese, tak sesuai untuk berlari, melompat sebab tak elok untuk lutut. Tapi boleh cycling sepatutnya.

Disebabkan berat tak turun2, aku bagi ultimatum. Dia dah obese 8 tahun guys. 5 tahun kahwin, belum nampak lagi sinar.

Maka aku bagi ultimatum, by bulan ni tak turun berat kena start ubat antiobesity. Bukan murah guys tapi much cheaper than diabetes, sakit buah pinggang etc.

So yes, dah start cucuk 1st dose last weekend. Dah lah, it took rasanya dalam 1 hour ye sebab drama takut jarum dia. Ni kalau patient, ni aku charge RM200 untuk cucuk saje sebab lama benor, kalah budak tau.

Suami aku orang Kelantan. Ya, pemakanan setiap negeri tu ada baik buruknya. Cuma ya, Kelantan ni memang terkenal dengan manisnya. Semanis orangnya. Cuma tak elok makanan manis2 ye boleh dapat kencing manis.

Aku pernah trauma makan roti canai, bertahun tak makan selepas beli sekali, kuah dia sangat manis. Dan sampai hari ni ketupat manis, lemang cicah air nisan, akok yang super manis memang aku tak boleh telan.

Saya dan kawan yang pernah tengok, orang jual ABC guna susu pekat dan dijual pada budak sekolah memang geleng je kepala. Manalah taknya budak seawal 12 tahun dah dapat type ii diabetes.

Diet habit suami aku teruk giler. If I need to score with 10 is worst, suami aku 9/10. Setiap kali makan, mesti nak kicap. Sampai kicap atas meja makan. Air manis, suka makan ultra pocessed food. Nugget, sosej dan macam2.

Aku pulak membesar with strict diet, semua real food. Tak ada junk food, fast food, canned food semua tak ada. Aku mak aku goreng ikan pun tak letak garam untuk aku, sebab tak boleh tolerate masin tu.

Aku frustrated sangat semalam sebab kami keluar makan. Suami aku macam tak nak makan. Tapi then order mihun goreng. Aku okay je lah. Takkan aku nak marah makan mihun goreng.

Sekali order bingsu, dia bangun pas tu order sosej pulut 4 batang, and popia goreng buat kudap2. Bingsu tu besar ye guys, dengan boba lagi, sos dia dengan susu pekatnya. Ya Allah, aku sangat frust ye. Aku diam. Makan tak tengok muka sebab tengah bersabar guys. Whatever he talked, memang tak masuk.

Semalam i talked very nicely sebab aku tahu dia penat kerja. Cuma tak nak keluarkan nada marah, tak nak membebel kita banyak diam. Dia nampak aku frust, dia siap janji lepas ni aku orderkan je semua makanan dia. Ye ye lah tu, takutnya seminggu dua dah lupa janji.

Pagi ni aku masih down, sedih sekarang tengah bergenang lagi air mata. I feel like I’m fighting this battle alone. Macam aku je yang nak dia kurus tapi dia tak nak. Macam aku sorang je yang beria nak anak.

Kenapa aku yang kena go through rawatan kesuburan. Iui if tak jadi ivf. Ivf is invasive procedure. Rasa tak nak buat any rawatan dah, kalau nak anak amik anak angkat je lah.

It’s not just that, i have seen quite some numbers of young male yang meninggal disebabkan heart attack. Tinggalkan isteri dan anak-anak yang kecil. Jadi lelaki tu pun dah berisiko untuk dapat heart attack.

Jangan nak kaitkan dengan vaksin covid ke apa sebab benda ni jadi way before covid. Ya, ada kurus ada yang gemuk. Tapi kalau dah selalu makan ultraprocessed food, meningkatkan radang dalam tubuh, bukan ke sangat mengundang dia datang.

Teringat kisah arwah seorang artis ni, aku tak tau punca dia meninggal tapi sebagai orang kesihatan most likely heart attack atau sudden death disebabkan sleep apnea. Aku sayang suami aku. Kalau tak sayang, tak lah aku down and frust.

Macam mana nak hilangkan perasaan sedih and frust ni? Ada sesiapa yang pernah alami apa yang aku alami? If korang ada suggestion, let me know.

– Isteri sedih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bersenam tapi makan tak jaga, tak guna. Nk turunkan berat, 70% pemakanan, 30% senaman. Org yg kuat makan ni sebab gula dalam darah xstabil. Dok kejap lapo..dok kejap lapo..Kena mula dengan Intermittent fasting. Untuk stabilkan semula. Once dah stabil, takda rasa sentiasa lapar tu. Aku ni dh cuba macam2 diet dan buat mcm2 kesilapan. Tuh rumusan dia agar org len xulang silap aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *