Suami Aku Kaki Judi

Hello semua. Aku Bunga. Bukan Bunga Cinta Lestari. Beginilah aku nak kisahkan hidup aku dengan suami yang… Berjudi.

Aku bukan nak raih simpati. Aku cuma kalau boleh nak kisah benar aku ni sampai kepada pihak yang sepatutnya. Yang boleh mengubah semua ini. Pak menteri, polis atau siapa sahaja yang ada kuasa. Ini realiti. Tak ramai tahu kemusnahan yang disebabkan oleh judi.

Suami aku berjudi. Sebelum ini judi apa ya yang dikedai kuda tu. Kemudian di kedai bercermin gelap dengan gambar kartun na zha, wukong dan sebagainya.

Dan sekarang lagi mudah, tak perlu kemana2, cukup kau ada duit, boleh online dan dalam satu malam sahaja boleh habis beribu.. Habis satu bulan gaji. Gila kan? Memang gila. Aku pun tak tahu bagaimana aku boleh hidup dengan kegilaan ini selama berpuluh tahun.

Bila berjudi, tidak boleh lari daripada perhabiskan duit. Duit gaji kau habis, habis anak bini nak makan apa.. Isteri kau stress, kena jumpa psikiatri.. Anak- anak kau jadi mangsa kemarahan, bukan semua orang boleh tahan ya dengan masalah kewangan.

Berjudi ni aku pernah terbaca keluarkan hormon apa yang sangat disukai oleh kaum lelaki, rasa battle nak menang. Sedar tak sedar kau dah habiskan semua duit dalam akaun.

Waktu kau berjudi kau seolah-olah jadi insan lain. Kau bertukar jadi kaki kelentong untuk pinjam duit, kau kelentong isteri yang tanya duit gaji. Kadangkala kau juga jadi pencuri, songlap duit syarikat, curi duit orang..

Dan yang paling tempah maut kau pinjam duit along.. Kau pinjam tiga ribu, kau kena bayar berbelas ribu.. Tapi oleh sebab orang yang berjudi ini kepala dah tingtong, mereka tak nampak itu semua. 

Berkahwin dengan kaki judi, hutang sentiasa ada. Kau dipinggirkan ahli keluarga, isteri kau terpaksa cari duit lebih, anak-anak ditinggalkan. 

Halloo pak menteri, kenapa ketagihan dadah ada pusat pemulihan, tapi judi tiada.. Kenapa dadah susah diperolehi, tapi judi kau hanya mesej saja hantar duit dan minta password, jalan.

Berapa banyak keluarga yang musnah sebab masalah ini, kau tutup pusat judi fizikal tapi yang online bersepah. Budak sekolah rendah pun boleh redah. B40 akhirnya aku tak tahu jadi apa

Please, please buat sesuatu. Rendah sangatkah level pihak yang bertanggungjawab sampai tak boleh detect mesej2, laman web, judi online segala.. 

Aku tahu memang itu salah individu, salah orang yang macam laki aku tapi please buatlah sesuatu agar manusia durjana yang menjalankan judi online ini dicari dan dihukum. 

Kalau penagih dadah bahaya, tingtong, penagih judi ini mungkin lebih teruk tingtongnya.

– BB (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Berpuluh2 tahun bertahan ye sis, sebab tu saya rasa dia tak berubah, sebab dia rasa ada orang sentiasa support dia, ada belakang dia. Semua atas diri masing2 walau kerajaan tolong pun, individu taknak berubah tak kemana jugak. Sis kena keluar dari semua ni cari bahagia sis

  2. Last2 menteri jgk salah 🤣 mmg mentaliti rakyat Malaysia ni takuk ni je la kan?? Ni nak tanya tuan punya confession. Apa tindakan kau untuk stop addiction laki kau tu? Cerita tak habis.. dah tinggalkan ke laki tak guna tu? Or stay sampai mati tolong byrkan hutang dia dgn alasan kesian kan anak??

    • Subhanallah.. dlm qur’an pon dah ingatkn supaya ‘menjauhi’ perkara2 yg boleh memudharatkan.. bkn shj zina, arak, dadah, rokok dsb.., walau pon semua nya dah ada hukum & fatwa, tp klaw dah nafsu itu ‘didahulukan’, mmg susah sgt nk berpisah dgn nya, sanggup lg berjauhan dgn ank & isteri, tp klaw judi tu dah jd mcm ‘drh dgg’, mmg sukar utk dipisahkn, klaw bule setiap saat akn mengadap bende tu aje, tambah lgi skrg semua dah bule dpt dlm online, semua d hujung jari je.. sya pernah diberi ‘taklimat’ bgmne mesin judi yg online atau pon offline (fizikal), sbenarnya hampir 99% judi yg ditikam tu dah di’set’kan utk xkan ‘mengena’, klau ada yg 1% kna tu pon agaknya satu per sejuta kali, baru kena.. bayangkn lah, mcmna mrk dah ditipu, tp masih xnk sedar2, sbb diri spt dah dirasuk oleh rase ‘tamak’ nk menang (konon2).. klaw menang pon, mereka akn laburkan semula utk cuba nasib lg, last2 kalah jugak dan duit habis.. kdg2 ada jugak betulnya pendapat confessor tu.. klaw penipuan (scammer) dlm talian tu boleh dibenteras dgn cara pengawalan dan tindakan, kini tiba masanya apps judi atau yg sewaktu dgnnya juga mampu disekat spt laman2 p*rn atau ‘money game’ dsb., buat satu saluran utk melaporkan ‘pemain2’ industri haram mrk ni.., klau nk dikira, dah brp ramai yg jd jutawan dgn cara haram ni, dan brp ramai pulak manusia yg rosak akibat dari berjudi ni.. klaw mreka shj yg ‘rosak’ xpe lg, tp ini akn melibatkn ank-bini n kluarga mrk yg terpaksa ‘mngalah’ dgn perangai mrk ini dan kehilangan bnyak duit & harta-benda.. kpd akk ‘confessor’ juga sya nasihatkn supaya menjauhi org2 yg dah ‘mabuk judi’ spt ini, spt jugak ‘taik dadah’, bila mrk xdpt apa yg mrk nk (duit) dari kluarga, bkn shj mencuri & mnyamun, malah sampai peringkat ‘membunuh’ pon mrk akn sanggup buat.. (na’uzubillah), so sbelom jd yg lbh buruk, cepat2la ‘berundur’.. bnyak lg yg kita boleh buat dgn dt gaji yg dpt, at least klaw rm50 pon dpt beli mkanan utk sehari, dpd lesap sekelip mata dgn bertikam judi sekali shj, dan ianya akn berlaku bnyak kali dlm sehari.. jd berfikir la dgn ‘waras’ dan bertindaklah sebelom terlambat.. wallahu a’lam.

  3. Judi onlne judi haram bukan under kerajaan (x kutip tax), benda haram ni kerajaan buat camna pon hilang wujud balik sama ngan along, scam, pelacuran bisness tertua sejak wujudnya dunia neh. Ubatnya kita kena selesai masalah kita sdn. Gud bai je laki mung itew

  4. akak cuba try ajak suami tgok cerita dari netflix tajuk “no more bets ( chinese )” . Cerita pasal judi2 online ni la . Sampai nak bunuh diri sebab banyak hutang asbab nak berjudi . kot2 la lepas tengok ade kesedaran sikit lepas ni . Btw cerita tu best pasal scammer judi online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *