Suami Aku Skizofrenia

Bismillahhirahmannirahim. Hampir 5 tahun suami aku sembuh dari penyakit skizofrenia. Dari makan ubat dos yang tinggi sampai ke pada dos rendah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni segala susah payah kami lalui bersama. Dari rumah kosong sampai penuh barang. Dari tidak mampu beli rumah sampai lah kami menunggu masa jer rumah kami siap. Hidup kami semua lengkap tapi Tuhan lebih mengetahui.

Hari ni genap sebulan lebih suami aku diserang penyakit mental skizofrenia buat kali kedua. Penyakit yang kian membiak. Nampak luaran seperti normal sekali datang penyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya dengan dua orang anak yang masih kecil. Yang sulung berusia 4 tahun sangat manja dengan papanya dan si adik baru 1 tahun 8 bulan belum mengerti apa-apa lagi.

Ini bukan kali pertama dia diserang penyakit ni tapi adalah kali kedua aku merasanya. Kali pertama 4 hari selepas aku kahwin. Dia bangun pagi dalam pukul 5 mengamuk macam orang gila. Aku terkejut dengan situasi demikian dengan makan roti mencangkung makan sampah mencangkung lompat tangga macam beruk. Aku tengok jer aku tak tahu nak buat apa. Sedangkan masa itu kami baru sahaja menyewa rumah. Baru satu malam kami tido.

Petang tu kami datang rumah sewa kemas bersih sama-sama tup-tup bangun pagi buta dia jadi orang gila. Aku terkejut tergamam tak tahu nak buat apa. Hanya aku call adik dia suh datang tengok. Jiran-jiran semua datang marah aku cakap kenapa bawak orang gila datang kawasan ni. Aku diam seperti orang bodoh. Itulah kisah mula-mula aku mengenali penyakit skizofrenia.

Bermula dari saat itu lah aku rasa aku ni dah tersalah pilih, nasib aku malang aku ditipu. Bodohkan dari awal-awal lagi aku tidak bercerai. Mula-mula memang aku hendak bercerai tapi tiba-tiba aku tahu aku hamil 1 bulan lebih. Aku ada terpikir nak gugur jer sebab tak nak ada zuriat dengan orang penyakit sedemikian. 5 bulan selepas itu suami aku sembuh. Itu pun selepas dia kelar tangan buat kali kedua dan dimasukkan ke wad mental selama seminggu.

Macam-macam rintangan aku tempuh. Aku pernah dipukul sampai lebam mata hidung berdarah, dia pernah kencing atas muka aku. Untuk serangan kali ke dua ni tepat pada hari lahirnya yang ke 32. Sakit dengan tiba-tiba. Tapi seminggu sebelum tu 2@3 hari dia tidak tidur malam siapkan drawing. Dia bekerja sebagai draughtsman.

Bermula dari hari sakit aku terus hantar dia ke rumah keluarganya. Rumah keluarganya didiami adik – beradiknya yang belum kahwin. Maknya telah meninggal 4 tahun lepas. Si ayah tinggal dirumah satu lag ibersama mak tiri barunya. Rumah ayah mertua aku tidak jauh dari rumah aku. Sepanjang suami aku sakit tidak sekali dia datang bertanya khabar. Adik – beradiknya pulak main tolak ketepi hantar suami aku ke rumah. Alasannya suami aku akan sembuh sekiranya berada disisi isteri dan anak.

Aku pulak fobia trauma peristiwa dahulu dia pernah pukul aku. Aku takut tidur pon tidur ayam takut dia pukul aku dan anak-anak. Yelah penyakit skizofrenia penyakit bahaya. Suka pukul baling barang pecahkan barang sepak orang. Aku tahu nak explain macam mana. Aku pernah terdetik dalam hati kalau sekali lagi dia sakit aku nekad untuk bercerai kerana penyakit memang tidak akan sembuh dan ianya perlu bergantung pada ubat dan tidak boleh hidup dalam keadaan strees.

Sekarang aku dan anak-anak sedang berehat di kampung aku. Si adik seronok riang gembira dan si abang nampak masih rindukan pelukan papanya. Aku pulak masih lagi bersedih entah laa aku rasa seperti mimpi tiada ribut tapi semua hancur sekelip mata. Sekarang aku tengah cekalkan hati untuk proses perceraian.

Aku risau selepas ni aku nak kerja apa nak bagi anak aku makan apa dengan tiada kereta tiada rumah. Si anak pulak masih terkejut tiba-tiba papanya tiada. Tiada yang suapkan dia orang mkn tiada orang yang hantarkn si abang mengaji yang dodoikan pada waktu malam. Aku pon dalam proses untuk menerima kehilangannya. Orang selalu tolong aku pergi beli lauk basah, tolong pergi mesin kelapa, tolong sidai baju, tolong mandikan anak.

Sekarang suami aku berada dirumah keluarganya. Aku suruh dia berehat disana sampai betul-betul sembuh. Selepas dia sembuh baru aku jalankan proses perceraian. Doakan aku kuat nk tempuh dugaan besar ni. Aku tulis sekadar luahan hati yang terbuku yang mampu aku nak simpan. Mama dan abah aku pon baru tahu cerita ni. Selama ini aku simpan sorang tak mahu mama, abah dan abg aku risau. Tak mahu mereka malu ada menantu gila.

Untuk pengetahuan korang aku kenal suami sewaktu kami sama-sama belajar di politeknik. Aku tengok dia waktu belajar elok normal tak macam orang gila pon. Lepas kenal kahwin baru tahu yang dia dari kecil dibesarkan oleh opah dan atok. Manakala ayah dan ibunya dua-dua kerja di KL. Dia ada 8 orang adik beradik. 4 dibesarkan di kampung. 4 lagi dibesar oleh mak dan ayah.

Dengar cerita pon mcm pelik pening jugak aku pikir kenapa mengapa ada mak ayah sebegitu. Pandai buat tapi malas nak jaga. Alasan tiada duit tiada pengasuh. Aku pernah tanya arwah maknya kenapa tinggal dia dari kecil macam tu. Hanya diam tanpa sebarang jawapan. Aku fikir dari jalan cerita awal mungkin suami aku ni berpenyakit skizofrenia dari kecil kerana strees dari kecil.

Ok la aku malas dan nak tulis panjang – panjang. Aku pon dah pening apa yang aku tulis ni. Maaf la kalau yang aku tulis korang tidak faham. Kalau tak faham tak payah baca. Doakan aku dipermudahkan segala urusan. Assalamualaikum.

– Mama sayang abang dan adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *