Suami Aku Tersuka Budak Intern II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-aku-tersuka-budak-intern/).

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confessions.

Tak sangka aku, akhirnya tersiar juga cerita aku ni. Dua hari aku tunggu. Aku ingat tak ada harapan. Rupanya ada juga rezeki aku nak berkongsi pengalaman hidup aku.

Mana yang baik boleh la dijadikan teladan. Mana yang buruk kita tinggalkan.

Sebenarnya, aku tak sabar nak sambung cerita pasal budak intern yang kacau suami aku tu sebab ada plot twist. Korang kena baca sampai habis.

Tapi sebelum tu, aku nak minta maaf pada korang, aku cakap budak tu taraf tapak kaki aku.. Sebab aku betul-betul marah hari tu.

Yelah, orang tengah marah mestilah cakap ikut sedap rasa je. Itu pun aku bukanlah jenis orang yang suka mencarut ni.

Ada beberapa perkara aku nak highlight.

Pertama, satu ofis suami aku tahu suami aku ni beristeri dan anak-anak. Budak intern ni pun tahu suami aku ni suami orang. Bukan dia tak tahu.

Kedua, aku tak tulis pun pasal aku marah suami aku ke.. Yelah, aku dah puas bercakap dengan dia depan-depan buat apa aku buat luahan tentang dia dekat sini.

Aku cakap apa yang dia buat tu salah. Lintasan hati dengan melayan tu tak sama. Tapi dia mengakui la salah dia.

Suami aku siap bagi je aku nak pukul dia ke.

Tapi aku bukan jenis kaki pukul orang. Sekurang-kurangnya puas hati aku tengok dia kena basuh pinggan mangkuk yang tengah bertimbun dekat sinki tu. Satu rumah dia kemas. Aku pula yang duduk rehat ganti tempat dia.

Aku tanya penat ke basuh pinggan banyak-banyak tu? Dia kata tak penat. Aku kata sebab tu la tugas isteri ni layan suami dan anak-anak je. Suami yang kena buat semua tu sebab tenaga lelaki ni banyak.

Ketiga, aku syak budak intern ni ada histrionic personality disorder. Bila aku google, aku nampak tanda-tanda tu pada dia.

Budak ni baru masuk ofis tak sampai sebulan, tapi pelik la sekejap je boleh suka kat suami aku pulak.

Suami aku ni dah berapa kali tukar tempat kerja, tak pernah ada masalah pun sebab semua jenis profesional. Tahu suami aku dah berkahwin. Budak ni je la sebab dia ni ada psychological disorder.

Korang pernah tak, jumpa perempuan yang dia akan tackle beberapa orang lelaki dalam satu masa? Dia seorang yang bermulut manis. Dia suka puji-puji orang padahal orang tu biasa-biasa je.

Lepas suami aku kantoi hari Ahad tu, hari Isnin ada cerita pasal budak ni. Dia cakap dekat sorang ni, hensem la kau ni. Korang tahu tak, orang yang dia cakap hensem tu biasa-biasa je pun. Aku pernah jumpa lelaki tu.

Suami aku ni terkena dengan budak intern tu bukan apa.. Dia dah lama tak dapat pujian, sekali ada orang kata dia comel tu macam di awang-awangan la. Tak lama pun dia duk buat status bagi budak intern tu je tengok.

Hari ni, dia buat modus operandi yang sama dekat sorang lagi lelaki di ofis suami aku.

By the way, yang pasal video call hari tu budak tu yang video call suami aku.

Aku ingat lagi masa tu suami aku video call aku suruh teman dia dalam jem balik dari kerja, then dia kata ada orang call dia. Budak tu la tu. Memang sekali tu jelah dia video call.

Ok berbalik kepada cerita, budak intern ni video call lelaki yang sorang lagi ni dan buat status whatsapp cakap dia comel. Sebiji macam yang dia buat kat suami aku.

Dia ni dah la keluar makan pun dengan lelaki tu. Dia berani la sebab lelaki tu pun masih bujang lagi. Aku ni dulu pun pernah intern jugak, tapi tahulah aku jaga diri aku. Aku nak berkawan pun dengan perempuan jugak.

Hari ni ada orang baru masuk muka hensem, suami aku kata masa tu ada dengar dia tergedik-gedik nak tackle lelaki tu.

Suami aku sekarang ni tunjuk garang depan dia. Hari tu dia kena marah dengan suami aku pasal kerja. Aku puas sebab aku tak dapat marah dia. Langsung aku tak serang dia. Ah malas aku.

By the way, hari Ahad hari tu suami aku call dia cakap jangan kacau dia dah. Takut dah dia dengan suami aku.

Sekarang ni aku dah menerima ujian ni dengan hati yang terbuka. Mudahlah sikit bagi aku sebab budak ni bukan betul-betul target suami aku, tapi perangai dia yang macam tu. Flirt sana sini.

Bagi aku, ni wake up call untuk aku dan suami aku. Yelah, selama ni aku korbankan tenaga aku habis-habisan untuk make sure suami aku balik rumah, semuanya dah tersedia.

Dia balik, aku tension anak-anak aku pun macam-macam hal waktu aku sibuk nak buat kerja.. Jadi aku tak sambut dengan penuh kemanjaan seperti awal aku kahwin dengan dia.

Sekarang ni aku mula balik, dia balik dari kerja aku salam, cium dan peluk dia. Dulu aku buat, tapi dia kata dia tak selesa sebab dia rasa berpeluh-peluh, takut berbau.

Bila mula balik ni, terasa kembali kehangatan cinta. Aaaaa gitu.

Oh ya, phone dia terus bagi aku suruh simpan supaya dia tak leka dengan phone dia.

Dulu semangat nak solat jemaah, tapi bila start dah ada anak selalu solat sendiri-sendiri. Ni dah mulakan semula solat sama-sama.

Bila dah buat perubahan semula macam ni, alhamdulillah terasa kemesraan tu macam mula-mula kahwin balik.

Aku baca komen macam-macamlah korang tulis. Kadang tu macam marah betul dekat aku… Aku tak ambil kisah pun sebab korang bukan tahu segalanya tentang aku dan suami aku.

Cukuplah kisah ini memberi pengajaran bahawa suami dan isteri perlu bekerjasama untuk memberikan kebahagiaan kepada suami isteri masing-masing.

Aku doakan kita semua mendapat kebahagiaan dalam perkahwinan hingga ke jannah.

– Mutiara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *