Hi, nama saya Miya. Saya baru 5 tahun kawen, anak nak masuk 2. Tiada apa2 complain. Cuma ada beberapa pertanyaan dan adakah suami atau anda sebagai lelaki lakukan benda yang sama.
1st.. Suami selalu mandi pagi, pukul 5am. Kadang2 4.30am. Dia cakap dah biasa sebab dulu duduk asrama..
Kau tak kisah, masalahnya toilet dekat bilik utama, dia kalau buka air pancut, dia akan hari2 bising pagi, sejuknya rrrr.. Sambil menggigil (ada ja wakter heater) lepas tu kalau gosok gigi, macam kena dera. Ya Allah, aku dah lah tidur lewat urus rumah.
Dulu2 awal2 kawen aku terperanjat and jerit je ‘sayang kau mandi la senyap2 jiran pon dengar kau punya tercekik.’ Dia jawab, ala diorang pon sama.
Kadang2 anak bangun tau, pakej melalak, macam ada orang jerit kat dia. Laki aku punya effort dia kedap bunyi tu. Tapi haih, pagi2 anak tidur, dok meriah2. Hari2 kot. I sebab sejak pregnant susah nak tidur malam, badan masuk angin
Jadi isu ni jadi makin besar. Tapi dia kalau orang tegur, dia gelak2 dia kadang2 cakap, konon2 rimau la tu, padahal kucing. Aku kelmarin baru menangis beriya2 sebab tak boleh tidur.
2nd.. Aku tak boleh bau perfume dia. Dedorant pon tak boleh. Aku dah cakap jangan pakai depan aku, dia bersiap dekat dalam bilik.
Kau sanggup subuh dekat ruang tamu sebab nak elak bau. Dia pergi angkut deodorant and perfume dia. Bila aku solat je, dia akan pakai perfume dekat pintu keluar.
1st trimester aku morning sickness teruk, tengah rukuk, terjeluak segala muntah hijau. Laki aku macam biasa. Lari cepat2. Ya aLlah terduduk aku. Kenapa perangai dia macam tu. Ingat aku main2 ke. Tak lawak ye bergurau macam tu.
Lepas tu balik kerja malam tu, dia bawak asam, untuk kurangkan mual. And dia tak buat dah perangai macam tu. Dia pakai segala pewangi dalam kereta. Boleh je kan.
3rd.. Lepas makan memang basuh pinggan, tapi segala bawang, cili, sayur dia letak luar pinggan (atas meja) lepas basuh2 pinggan (dia rajin siap basuh kuali semua). Pastu masuk bilik. Abis meja?
Aku dah pesan, paling2 letak atas tisu, aku makan kat bawah dengan anak sambil suap anak.
So setiap kali nampak sepah gitu geram. Kadang2 serai. Dah tau tak kunyah, kenapa gi amek. Daun kesum, kadang2 dia tak makan bunga kantan apa semua, gi cedok kenapa.
Paling last.. Haih, apa la perangai jadi bapak, asyik menyakat anak. Anak dah kuat melalak.
Dia balik je kerja, aku tengah proses nak tunggu masak, sambil urus2 baju, sambil kemas dapur, sambil kutip mainan anak, sambil lap2 meja, sambil rasa masakan. Dia angkut anak masuk bilik.
Mula2 gelak, tiba2 nangis. Pastu bukan pujuk, lagi menyakat. Sekali tu aku dengar anak nangis tak berenti2. Sebab husband pura2 jadi hantu tutup lampu gelap duduk kat pintu.
Aku masuk je bilik, aku rotan dia pakai hanger. Pastu sekarang aku masuk trimester ketiga dah dokter sah kan aku ada darah tinggi.
Cuba para ibu2 atau para suami2 yang sama jenis macam suami aku, bagi pendapat korang, macam mana nak aku tegur supaya dia faham situasi aku.
Aku tak pregnant, boleh terima. Masalah, aku ni pregnant and kalau dia normal sikit dah okey dah..
– Miya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak dah pilih dia sbg suami kan.. so, by right awk kna ‘terima’ apa je kelemahan & kekurangan dia, di samping tu, kna cari jln utk atasi masalah, klau nk kekalkan r/tangga awak.. cth: klaw dia suka ‘sepah2’ remah ats meja, mse nk mkn tu, awk sediakn lah ‘piring’ or bekas utk buang sisa2 mkanan tu, then bla nk basuh sruh dia bwak ke singki n cuci skali.. tentang ‘buat bising’ waktu subuh n mnyakat ank tu, awk tentu lbh tahu, masa mne n mcmane nk ‘tegur’ dia, sbb org lain xtahu.. cth: dia bole ‘dengar’ ckp awk mse dia tgh “good mood”, so mse tu awk ‘slow-talk’ la tentang perkara2 yg awk x suka tu.. tp xperlu marah2, tp ckp elok2, tp secara ‘serius’, dan bkn dlm gurau2, nt dia x anggap serius.. begitu lah seterusnya, yg penting, ada ‘give n take’, klaw awk nk dia dengar ckp awk, then awk pon kna jadi ‘pendengar yg baik’, bila dia nk sampaikan sesuatu, bkn hanya d sebelah pihak je yg dpat ‘benefit’ dari apa yg diperkatakan, begitulah seterusnya.., unless ada ‘isu lain’ yg mmg xlpas dari dlm hati, then communication akn jadi lg teruk..dan apa yg betul pon akn jd x betul.. wallahu a’lam
Suami tahu psl darah tggi & kesan pd ibu mngndung & bakal baby tak?
Ada perancangan jumpa kaunselor agama tak? ..bukan tujuan bercerai tapi minta nasihat profesional & cara komunikasi berkesan antara pasangan. Mana lah tahu dgn cara ni suami akan pandang serius apa² yg puan prnh ckp
5 tahun masih fasa terawal dlm rmhtgga.
Bising brsiap di pagi hr, bau perfume/ deodoran, sisa makanan yg tdk dikemaskan & perbuatan menyakat anak shgga menangis adlh perkara normal bila kita brpasangan. Tdk ada yg smpurna bila kita dh sebantal di bawah bumbung yg sma. Tapi puan ada keutamaan yg besar utk JAGA KESIHATAN FIZIKAL, MENTAL semasa kehamilan apatah lagi disahkn darah tggi. Puan kena belajar utk chill sbb tekanan akan terasa lebih berat bila kita ‘menyerah’ kpd emosi sndri, ia utk dikawal bukannya mengawal kita
Klu rmh puan ada bilik lain yg berkunci, boleh la brpindah tidur/ solat & buat xtvt sndri di bilik itu setiapkali trganggu. Mcm tu jgk klu anak menangis trutama di pagi hr, brthu pd suami itu adlh tggjwbnya utk uruskan/ diamkan/ pujuk anak akibat prbuatannya. Jgn ambil alih & jgn buat apa² sebaliknya dduk diam² dlm bilik berkunci dgn earbuds di telinga. Perkara² lain rasanya dh disebut dlm byk komen di fb utk puan buat..sediakn bekas sisa mknn siap², alihkan perfume suami ke tmpat lain/ ke dlm kereta shgga dia give up. Buatlah cara ni dgn diam, tanpa kata apa², tanpa tunjuk protes..moga² cara puan ni akan buat suami sedar & ambil tindakan utk berubah.
Jika semua cara tdk berkesan, mgkin puan perlu pertimbgkan ‘minta cuti’ balik kg & healing treatment utk tenangkan emosi serta turunkn darah tggi (ambil masa yg lebih lama dr biasa supaya boleh beri masa kpd suami utk brfikir). Tggalkan sekali ‘surat wasiat/ surat cinta’ ttg perasaan puan kpd suami tanpa emosi berlebihan. Berterus terang dgn matang apa² yg puan harapkn ttg pemahaman & sokongan suami peri pentingnya supaya puan dpt bersabar & lebih bertenang spjg proses kehamilan
Suami awak kebudakkan sikit maybe anak emak.
Tapi ok lah asalkan tak pukul awak dan curang dengan betina lain.
Bab kecil kecil tu Jangan di layan sangat.Ada jalan penyelesaian terbaik.
Good luck 👍👍
akak join jer dia sekali dgn perangai gila2 dia tu. Biar dia rasa balik