Hi semua, nama aku Zee. Nervous sebenarnya nak tulis confession kat sini, dah lama aku fikir dan aku cuba cerita kat sinilah kot-kot pendapat korang semua dapat membantu aku.
Ni kali kedua aku type sebabnya handphone aku habis bateri, padahal aku dah siap type dah huhu, itu lah malas nak pergi cas.
Baca tajuk pun dah boleh agak kan macam mana dilemanya aku nih. So, aku kenal suami tak lama mana, berapa bulan kenal pastu kiteorang kawin masa PKP 2020.
Alhamdulilah, suami aku seorang yang bertanggungjawab, bagi nafkah zahir batin, tolong aku buat kerja rumah dan jaga anak sama-sama.
Apa yang aku sebagai seorang isteri perlukan dari seorang suami, dia ada semua itu. Jadi, aku harap jangan ada yang bagi idea untuk cerai, lagipun usia perkahwinan masih lagi baru dan cerai bukan cara yang tepat untuk sekarang.
Sebelum Covid, suami aku seorang yang ‘normal’ (bukan anti kepada apa-apa kecuali anti pondan, hahaha)
Masa awal-awal Covid, memang suami aku ikut segala SOP bagai tuh then selepas beberapa bulan, dia dah start question pasal virus covid nih dan mula terpengaruh dengan post-post berkaitan teori konspirasi dan seangakatan dengannya.
Rasanya semua orang dah tahu kan pasal ni so aku tak nak kupas lebih lanjut lah.
Fast forward, aku ignore semua itu dan kami pun kawin. Lepas 6 bulan kawin, Allah bagi rezeki zuriat dekat kami syukur sangat.
Masa usia kandungan 11 minggu macam tuh, aku demam dan kena covid, jadinya kami berdua kena kuarantin.
Time nih jugak kerajaan dah start bagi semua orang vaksin kan, tapi suami aku dah cakap awal-awal dia tak bagi izin aku ambik vaksin takut efek baby dan kesihatan aku.
Company aku jugak dah start suruh semua orang ambik vaksin kalau tak ambik tak boleh kerja. Sebab aku kena covid dan still in early pregnancy, so boss aku risau nak bagi aku naik kerja dan bagi aku cuti kuarantin selama 2 bulan lebih.
Lepas lama dicutikan bergaji penuh, boss pun bagi aku naik kerja tapi tuh lah kena ambik vaksin lah kan kalau tak, tak boleh kerja. Sebab sayangkan kerja so aku diam-diam pergi ambik vaksin.
Kalau ikut suami, dia suruh aku resign, tapi aku cakap lah aku banyak komitmen dan dia tak akan mampu nak cover komitmen aku. Suami cakap, percayalah dengan rezeki Allah. Aku faham apa yang dia cuba sampaikan, tapi aku tak ready lagi.
Settle 2 dos vaksin baru aku inform suami. Dia memang kecewa betulah dengan aku masa tuh, tapi dia tak adalah marah aku gila-gila. Dia merajuk kejap pastu dia okay, so kira okay lah tuh kan.
Fast forward lagi, masa usia kandungan 8 bulan aku lahirkan anak kami secara ceaser. Everything went smoothly, tapi sebelum tuh suami ada bagitahu dia taknak anak kena vaksin.
Tapi masa lepas bersalin, nurse kan ambik baby & masa bagi dekat kami doktor inform yang anak dah cucuk vaksin so suami diam dan redha jelah kan.
Masa anak umur 2 bulan kena start checkup dan sekali cucuk vaksin. Jadi suami dah bagitahu aku jangan bagi nurse cucuk, tapi aku tetap degil dan bagi anak cucuk vaksin. Suami aku marah betul, kami bergaduh kat Whatsapp sebab masa tuh suami tak dapat ikut, dia kerja.
Masa gaduh-gaduh kat Whatsapp aku tengah emosi dan aku cakap kalau macam nih baik kita buat haluan masing -masing, aku cakap nak balik rumah mak aku. Tapi aku tak buat macam tuh lah, tak nak family dia dan aku masuk campur masalah kami, so aku balik rumah.
So, masa suami dah balik rumah dia ignore aku, die pergi mandi dan solat dulu then baru kiteorang sambung gaduh hahaha.
Suami aku cakap, saya tak redha awak buat macam nih dekat anak dan dekat diri awak sendiri (sebab amik vaksin, huhu) banyak lagi lah ayat-ayat padu dan sedih menusuk kalbu dia bagi kat aku.
Aku pun dengan nangis acah-acah pack barang konon nak balik rumah mak aku lah, tapi dia halang.
Dia cakap masalah kita jangan sampai orang tua tahu, nanti apa ibu ayah dia cakap pulak kalau aku balik rumah mak aku macam nih (dalam hati aku cakap, tahu pun takut ibu ayah dia tahu haha)
So dia mintak kami dua cool down dulu, tapi tuh lah suami aku tetap dengan pendirian dia.
Aku cakap dengan suami, kalau macam ni nanti checkup anak awak lah yang pergi dan bagitahu sendiri dekat doktor & nurse apa alasan taknak cucuk. Dia cakap okay, dan dia buat tapi masa nih pergi checkup kat klinik swasta.
Dia cakap kat doktor saya nak checkup berat, tinggi & tahap pembesaran anak saja, tak berminat nak ambik vaksin. Doktor pun cakap, doktor hormat keputusan parent tapi kena fikir panjang lah nanti anak nak sekolah pun susah nanti.
Bila doktor cakap macam ni, so aku pun risau lah dengan masa depan anak aku. Macam nak sekolah kan, sebab masa nak daftar kena isi details imunisasi anak kan and of course aku risau kalau anak aku terkena penyakit berjangkit macam mana.
Aku pun ada cakap dengan suami, kalau anak kena penyakit bahaya dan berjangkit macam mana? Siapa nak tanggungjawab?
Dia diam.. Dia tanya aku balik, kalau jadi apa-apa dekat anak sebab vaksin, macam mana pulak? Haa sudah.. dua-dua diam huhuhu
Ada tak parents yang ada masalah sama macam aku? Apa perlu aku buat? Tak vaksin tak boleh sekolah ke?
Aku punya fikiran, aku nak anak aku sekolah rendah biasa dulu sampai darjah 6, nanti aku nak dia decide sendiri nak sekolah tahfiz atau sekolah aliran biasa.
Aku nak dia buat pilihan sendiri dan buat apa yang dia suka, aku tak nak paksa. Aku nak jadi parent yang macam tuh, dan sebagai ibu aku akan cuba bagi didikan agama yang terbaik untuk anak aku.
Sebab utama suami aku taknak anak cucuk vaksin sebab dia cakap vaksin dibuat dari janin baby. Jadi dia persoal, janin siapa2 jela diorang buat ubat dan taknak benda asing masuk badan anak dia, lepas tuh dia cakap KKM pun dah sahkan pasal ni.
Aku pun ada buat research pasal hukum ambik vaksin ni dan share dekat dia dan aku ada cakap, kalau islam benarkan derma organ untuk selamatkan nyawa so vaksin pun sama lah untuk selamatkan nyawa tapi itu lah dia tetap degil jugak.
So far, anak aku sihat saja cuma demam-demam biasa sajalah. Tolong doakan semoga anak aku sihat dan membesar dengan baik.
Jadi, aku harap komen-komen korang dapat membantu aku di hari mendatang, tapi jangan kecam, sis tak kuat haha.
Maaf andai cerita aku berterabur, meleweh untuk anda semua faham dan dapat point yang aku nak sampaikan. Terima kasih.
– Zee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya dalam situasi sama dengan awak sis. Saya pun terjumpa cerita ni sebab saya tengah cari jawapan. Sedih sangat.