Suami Atau Housemate Ni?

Salam sejahtera semua. Tak tahu nak mula macam mana, tapi nak luah jugak sebab sakit sangat bila tak ada sesiapa yang menjadi telinga kita bila kita memerlukan.

Aku berusia late 20 an, perempuan. Dah berkahwin 2 tahun. Tapi 2 tahun ni bukan momen yang indah buat aku. Orang kata setahun dua kahwin semua nya manis belaka indah bahagia semua.

Tapi aku beberapa bulan kahwin pun dah menangis. Menangis yang bukan biasa, lain perasaannya. Semua atas sebab perangai suami & family mertua.

Kisah 1

Dia jenis friendly dengan semua orang tak kisah jantina. Senang kata act of service. Suka mengfunctionkan diri walau dimana berada. Baik dengan family sendiri, family aku, tempat kerja, jiran, orang awam.

Termasuklah kat perempuan yang entah sapa2 entah, means stranger lah kan. Suka reply kat story perempuan lain contohnya minah tu ada buat story sedih2 kecewa ke, so suami aku tekan lah emoji itu ini, like itu ini, chat dengan itu dengan ini.

Bila aku buat story sedih atau memang tak bercakap takde pulak dia respond. Hati isteri mana je tak terasa? Bila dipersoalkan dia akan jawab tak ada sesiapa pun tak berhubungan pun.

Yerr memang sekarang tak, akan datang macam mana? Kamu yakin? Sekarang pun dah ada bau2 nak curang of course lah kena tegur kena tegah.

Dah kahwin buat cara dah kahwin jagalah batas takyah poyo nak jadi hero gadis2. Masalah isteri sendiri, hati isteri sendiri tak nak jaga. Emosi & mental isteri tak nak jaga sedangkan nafkah batin bukan sahaja di atas katil semata2

Kisah 2

Cakap pasal nafkah batin, aku ni bukan jenis perempuan gatal asyik nak fikir ke situ. Tapi nak cakap yang suami aku jenis tak sentuh aku, dalam 3 bulan sekali baru ada. Topik ni pernah masuk dalam pergaduhan walhal tu tengah gaduh pasal lain.

Dia jawab sebab tak beli c*****, aku sering sakit, taknak korban tidur sebab nak kerja nanti kena mandi wajib. Sebab tu dia chat perempuan lain sebab ada layanan katanya.

At first aku terasa juga, macam ada something wrong ke kat aku sampai suami taknak. Lama2 aku dah tak heran. Kau tahu ini dosa jadi kau tanggunglah sendiri. Kalau dia nak kata aku isteri yang tak mampu jaga dia bab tu, terus terang je tak perlu salahkan aku balik.

Dan jangan pernah mana2 pihak menyalahkan aku terutama family mertua tentang takda anak sebab kami pernah berbincang at first kahwin dulu.

Aku pernah tanya dia nak anak cepat ke macam mana & dia jawab 2 hingga 3 tahun lagi baru nak.

Lagipun aku ada masalah kesihatan & doc sendiri tak galakkan untuk mengandung buat masa sekarang kasi aku settle dulu penyakit ni. Jangan suami aku bring up point ni dalam diam & jadi kan tiket untuk berlaku curang dah la.

Kisah 3

Tiada komunikasi. Macam aku mention kat no 1 yang hati isteri pun dia tak jaga disebabkan dia tak berkomunikasi dengan aku. Kami pasangan yang tak ada pillow talk sebelum tidur. Malah di masa2 lain pun tiada. Tak wujud okeh.

Dia nak tidur dia tidur je takde tangguh2 memang tak lah nak dengar luahan aku. Bila bergaduh masing2 tak bercakap, buat hal sendiri.

Paling best is dia boleh jalankan rutin harian seperti biasa malah lebih like nothing happen contohnya main game, tengok netflix sambil tergelak lagi padahal yang aku ni sakit hati, taknak makan, muka moody. Memang terasa tak dihargai lah cerita dia. Dia tak pandai tawan hati aku.

Maka menangislah aku sorang2, tertidur sorang2, update status kalau nasib baik ada lah kawan rapat atau family yang reply tanya kenapa ni. Kalau takde, menung jelah aku.

Aib memang aib aku tahu itu, kita tak patut cerita kat luar tentang hal rumahtangga tapi aku sampai perit sangat otak & hati bila tiada sesiapa yang care. At least bila aku buat macam tu lega lah sikit rasa, walau bukan 100% pun ceritanya.

Aku bukan jenis cengeng, manja punya person. Kadang tu terkeluar air mata tapi tahan je sampai boleh sedut balik sebab taknak orang nampak. Aku tak macam perempuan lain nangis2 meluah sambil peluk2 bagai.

Sangat perit terasa sebab dia dengan orang luar dia boleh rancak bercakap & bergelak sebab dia sejenis extrovert. Aku pula jenis introvert, tak pandai nak blend dengan semua orang hanya yang rapat2 boleh nampak perangai aku gelak2.

Jadi korang boleh rasa tak betapa membaranya hati aku menjadi seorang introvert yang terlalu banyak memendam rasa. Sakit kepala jangan cakaplah, telan macam2 ubat, menjerit kuat gila sebab tak tahan sangat stress lantaklah jiran nak dengar sekalipun.

Aku rasa macam aku tinggal dengan housemate bukan dengan suami. End up topik tu berlalu begitu sahaja tanpa perbincangan, apatah lagi penyelesaian. Bertambah lagi list untuk point gaduh yang seterusnya.

Kisah 4

Family mertua. Sebelum kahwin lagi dah control macam2. Bab hantaran, bab bertunang, bab tempat tinggal. Demi Allah aku & family bukan jenis have2 apatah lagi selera tinggi jadi bab hantaran tu patutnya tiada issue.

Suami menjanjikan RM1*k so aku & family setuju tapi bila family dia datang rumah terus reduce amount tersebut sambil perli parents aku kesian gila parents aku time tu.

Kat situ aku dah tak sedap hati dah. Dah lah datang terjah macam tu cakap nak merisik tapi diam2 bawa wakil bawa cincin lebih untuk bertunang.

Like boleh bayangkan tak janji nak kenal2 je sesama parents sambil risik tapi tiba2 dia sarung cincin lagi 1 untuk tunang, aku dengan sakainya time tu Allah je tahu perasaan. Pastu tanya parents aku nak buat majlis tunang buat lah.

Apa kejadahnya weh kau dah sarung cincin kat aku nak bermajlis pulak habistu nanti nak kena berlakon ke depan orang sumpah sedih waktu tu. Aku memang taknak majlis besar lagipun tunang tapi janganlah cakap macam penagih dadah dari A ke B.

Lepastu boleh judge pula aku ni minta hantaran tu membebankan anak lakinya Allahu bukan aku yang minta dia yang offer.

Lagipun macam lah aku tak kumpul duit, tak keluar duit untuk kenduri. Wallahi semasa kenduri aku keluarkan banyak duit untuk topup sebab aku nak momen best aku ni anak pertama dalam family mesti diorang nak tengok aku bahagia.

Tapi bila jadi macam ni menangis mak aku mengenangkan. Sumpah aku pun menangis sama.

Actually aku ada cakap kat parents aku nak cancel sebab rasa macam tak best (ada benda lain lagi family in law buat) tapi diorang cakap tak baik lah macam tu, ok fine kalau dah berjodoh kan tak kemana.

Tapi serius hati aku tak sehappy pengantin lain waktu tu. Tengok gambar kahwin pun aku elak. After kahwin 1-1 family dia cari kekurangan aku. Perli aku tak pandai masak, asal jumpa je cakap pasal masak like takada benda lain ke dalam hidup selain itu?

Nak cakap yang aku tak reti jaga ank laki dia sampai berlapar ke? Anak laki dia pun tak reti masak memang 0 knowledge in dapur. Berbulan2 benda ni berlarutan ok sampai aku tak tahu nak rasa apa dah end up aku jadi lebih pendiam & mengelak berjumpa.

Atas sebab itu aku belajar lah memasak, bila dah pandai, suami aku bagitahu family dia. Respon dorang jelas nampak macam dengki, terus berubah reaction muka. Aku pun cover semula lah cakap mana ada biasa2 je. Krik2 weh time tu. Lepastu suruh tinggal serumah dengan diorang.

Aku ni sukakan privacy takkan nak bertudung ngn ipar, berkongsi itu ini, bukan caraku ok. Alasan diorang is tak ada siapa nak jenguk kalau kami tinggal tmpt lain. Aku berkeras waktu tu aku cari sendiri rumah & alhamdulillah dapat pun stay sendiri.

Bermula lah episod perli memerli kami lupa jalan pulang ke rumah dah lupakan mereka. Allahu parents aku pun tak berbunyi gitu ini diorang pulak yang berlebih.

Kami ni laki bini kerja, weekend pula uruskan rumah. Ada masa ada lah, takde tu tunggu jelah jangan lah cakap macam tu lagipun memang kena terima hakikat bahawa anak laki mu dah kahwin of course masa dia akan lebih bersama isteri compare to family.

Aku ni bukan apa, kalau perangai dorang elok takpe jugak nak balik tiap weekend pun aku happy. Ini tiap kali jumpa mesti mulut tu nak perli aku, like nak torturekan mental aku ke apa.

Waktu tu aku ada masalah kerja sampai kena resign so keluarlah mulut mengatakan aku ni tak membantu suami.

Bukankah semua benda suami yang memang kena tanggung? Sakit sangat dengar benda tu depan2 tau tak. Mula la send jawatan kosong itu ini kat whatsapp suruh aku apply, supaya aku ada gaji boleh tolong suami!

After few months, aku pun kerja tapi bukan dri iklan jawatan kosong yang diorang hantar tu. Ha senyap dah takde dah send2 vacancy. Yang ipar tu tak pula disuruhnya kerja? Semua benda pasal ipar, dipuji melambung.

Tapi tang aku dicompare2, selit2 perli sikit. Siapa yang tak terasa? Now aku betul2 dah buat kepalaku sendiri, laki aku nak balik rumah dia pergi jelah aku takyah.

Lagipun memang diorang nak anak laki diorang balik je setakat menantu serba kekurangan macam aku ni takpayah lah menunjuk muka kan.

Sebabnya kadang aku ada ikut juga laki aku balik rumah tu tapi jalan belakang2, mereka sambut anaknya dengan ceria pastu bila menantu muncul berbunyi lah seperti “eh ada jugak, eh ada, eh eh dan segala eh”.

Banyak lagi lah malas aku nak cerita, aku pun tak tahu motif aku cerita kat sini? Sekadar release stress jela, walaupun tahu mesti ada yang akan komen2 negative. Tapi takpe aku kalis kecaman hmm. Aku follow the flow.

Serius talk aku dah tawar hati. Bab cerai memang dah sentiasa dalam kepala aku dah. Bukan jenis lemah sikit2 nak cerai tapi setiap orang ada batasnya. Apa akan jadi kedepan hanya Allah yang tahu.

Ye tahu 5 tahun pertama ujian perkahwinan. Tapi ujian tu sepatunya dihadapi bersama bukan isteri je meratap hati dikoyak rabak macam ni. Aku takleh terima ayat tu untuk apply kat semua marriage sorry to say.

– Hanie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

    • kenapa eh semua orang nak salah kan perempuan kalau jadi masalah rumahtangga dengan kata perempuan salah buat pilihan, tak fikir habis sebelum kawin? padahal korang sendiri pun sebelum kawin tak tunjuk semua perangai buruk, tak cerita semua kerenah busuk family yang bakal jadi ipar dan mertua pasangan?

  1. Awak, masalah kita sama. baru 2 hari lepas saya nangis before tidur sebab dah menyampah sangat dengan perangai suami. dia rajin & pandai buat kerja rumah. cuma nya dia jenis malas bukak mulut. nak cakap i love you tu memang haram la tidak unless masa birthday/anniversary je, tu pun saya rasa mcm sekadar memenuhkan text wish birthday/anniversary je. peluk cium tu memang kedekut. balik kerja, main dgn anak, masak then ktorang makan tanpa apa bunyi. takde pun tanya how was your day ke pebenda jadah. masa bercinta dulu kemain whatsapp non stop. menyampah aku. laki memang semua mcm ni ke?
    Sama jugak, mertua and ipar menyibuk sangat dengan hidup kitorang. judgy dgn saya macam saya ni menumpang tuah anak diorang, hidup goyang kaki sbb anak diorang keje gomen. eh padahal dia nak beli rumah pun tak lepas ye, kena share nama dengan saya. gaji saya lebih dari suami. tapi yang sakit hati suami saya tak penah backup saya depan family dia. dia nak take all the credit. diamkan aje orang cemuh bini dia. padahal gaji dia mana cukup nak tampung semua expenses kami, semua kami share. gaji dia baki tak banyak, dia boleh pegi belanja family dia. mengharap kat saya jugak utk tolong tampung dia sampai next gaji.
    So saya faham perasaan awak. dah la laki macam batu takde perasaan. nak nampak hero dimata orang lain padahal buruk perangai semua kita je tahu. pastu tak appreciate kita. pastu mertua ipar penyibuk dgn life kita. aku tumbuk sekor sekor baru tahu.

  2. Kalau i jadi u, i angkat kaki. Baik sorang dari ada tapi tak guna. I ni nak angkat kaki ada anak. Sabar jela duluuuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *