Suami Atau Teman Sekamar

Baru-baru ni kita dengar tentang pembunuhan teman lelaki isteri yang curang kan? Aku bukanlah menyokong mahupun menidakkan perasaan si isteri. Tapi aku rasa aku faham apa erti sunyi didalam rumah sendiri.

Aku Adelina. Sudah berkahwin bersama suami tercinta selama 4 tahun. Mempunyai seorang cahaya mata lelaki dan bakal menimang anak kedua pula akhir tahun ni.

Suami aku baik. Sangat baik. Pemurah. Suka tolong orang sekeliling dengan bantuan duit mahupun tenaga. Layan aku dengan baik. Jarang meninggikan suara.

Cuma kadang-kadang masa bergaduh teruk tu pernah juga kena tengking dan kena penampar. Tapi asam garam rumah tangga. Biasa lah aku rasa.

Macam aku cakap. Suami aku baik. Cuma banyak kekurangan yang selama ni aku pendam. Bukan taknak berbincang dengan suami. Aku pernah ajak berbincang. Tapi perbincangan tu end up dengan pergaduhan sebab dia tak boleh terima luahan hati aku. Jadi sekarang aku banyak pendam.

Kalau korang tertanya tanya apa yang kurang dengan suami aku ni, suami aku ada bisnes sendiri. Kecil kecilan jela. Buat masa sekarang dia ada masalah dengan bisnes dia. Jatuh merudum teruk. Orang semua cakap dia penipu. Hutang keliling pinggang. Jadi dia selalu stress dengan kerja dia.

Aku cuba faham situasi dia dan taknak menjadi punca stress untuk dia. Aku cuba tolong dia mana yang mampu. Aku pun mula bekerja sejak anak aku berusia 2 tahun.

Cincin kahwin semua aku jual untuk bantu suami aku. Simpanan dalam bank semua habis untuk bantu dia. Tapi aku rasa bantuan aku belum cukup.

Kami menyewa rumah. Dan sekarang sewa rumah tertunggak. Bekalan air kena potong. Kami makan bercatu. Dengan aku tengah mengandung. Tapi aku cuba untuk redha. Gaji aku taklah besar mana. Tapi commission based. Ada sale ada gaji.

Semua ujian ni aku masih boleh terima dan masih boleh bertahan. Tapi ada satu ujian ni aku memang rasa sedih. Suami aku jarang peluk aku, jarang bermesra dengan aku. Dah tak pegang tangan aku kecuali salam untuk keluar bekerja dan ciuman didahi.

Masa bersama pun dah takde manja manja. On pun tak sampai 2 minit. Seminggu sekali je aku dapat. Dah puas terus tidur. Itu cerita dalam kain.

Kalau waktu siang, dia busy dengan kerja. Balik rumah, dia akan berdiam diri terlebuh dahulu. Kadang aku akan mula kalam dulu. Dia jawab tapi setakat itu sahaja. Dia lebih banyak main game berbanding borak dengan aku bila ada waktu lapang.

Setiap kali aku mengeluh pasal game, dia akan jawab otak dia serabut. Nak bagi hilang serabut jadi dia main game.

Tapi waktu berborak dengan aku jadi terhad. Waktu cuti dah tak pergi mana mana. Terperuk kat rumah. Jarang la dia nak bawa aku dengan anak jalan jalan. Tapi aku cuba faham yang dia ada masalah kewangan. Aku terima.

Aku bekerja. Dan tempat kerja aku ramai lelaki. Dia pun tahu dan dia pun berkawan dengan kawan satu tempat kerja aku sebab dia ni peramah. Senang berkawan. Jadi dia percayakan aku dan kawan tempat kerja aku.

Pernah jugak aku hampir hanyut dengan kebaikan kawan tempat kerja aku. Sebab dorang care dengan aku. Banyak bagi support kat aku. Tapi bila aku sedar dari lamunan, aku tahu benda ni semua salah.

Dan sekarang aku menjauh dengan kawan kerja aku. Sebelum perkara bertambah teruk, baik aku ambil langkah untuk menjauh.

Suami aku ni, kalau ada waktu lapang. Selain main game, dia akan lepak dengan kawan. Dia kerap jugak join konvoi tinggal aku dengan anak kat rumah. Kadang 3 hari 2 malam pun sanggup.

Sampai aku cakap kat dia, you ni kalau tak kerja, main game. Tak main game you tidur. Kalau tak main game dan tak tidur, you takde kat rumah. Itu sahaja kitaran hidup dia bersama aku.

Kalau korang kat tempat aku, apa perasaan korang? Time dia bawak aku berjalan, dia banyak main phone. Kalau tak main phone, dia call orang. Sampai waktu drive pun masih scroll tiktok fb dan whatsapp.

Kadang kadang waktu malam sebelum tidur. Aku ada cuba peluk raba dia. Sebab aku rindu nak peluk dia. Tapi dia mengelak. Terus mengiring membelakangkan aku.

Aku tak tahu punca silapnya kat mana. Aku cuba faham dan hadam perangai dia. Tapi aku sunyi. Dan benda ni aku dah hadap semenjak anak pertama aku lahir lagi. Dah 3 tahun dah anak pertama aku.

Tak tahu sampai bila aku kena hadap dan faham keadaan dia. Aku perlukan belaian. Takkan nak minta belaian dari orang lain?

– Adelina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. apa masalahnya puan? da laki jenis cmtu. hadap jela. bukan dia g curang pun. dia diam, ko diam, dia main game ko main game.dia g konvoi ko pun g konvoi. setel masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *