Assalammualaikum semua. Saya baru je baca post “Suami Biasa-Biasa” (https://iiumc.com/suami-biasa-biasa/).
Saya tersenyum bila baca post Puan. Alhamdulillah dan tahniah untuk Puan kerana Puan dapat seorang suami yang luar biasa. Ada jugak positive vibes bila saya baca post Puan.
Bila saya baca, saya terasa seperti Puan ni adalah saya. Kepada readers sekalian, walaupon ramai suami yang tidak bertanggjngjawab, tetapi ramai jugak suami yang sangat bertanggungjawab.
Sebab itu sebelum kita nak kahwin, kita kene buat solat istikharah. Kita perlu meminta petunjuk dari Allah dalam setiap perkara termasuk lah bab jodoh. Istikharah tidak cukup sekali, kita kena buat berkali2.
Saya berkenalan dengan suami saya di laman web mencari jodoh. Di sana saya berkenalan dengan beberapa calon.
Selepas saya taaruf dan buat solat istikharah, saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan suami saya. 1st time jumpa face to face just untuk tengok calon secara real dan discuss tentang tanggungawab suami dan kesediaan dia.
Kali kedua berjumpa adalah ketika dia bawa saya berjumpa dengan mak dia. Kali ketiga kami berjumpa semasa dia berjumpa dengan family saya. Selepas tu kami bertunang dan kahwin.
Secara total, saya hanya berjumpa dengan suami saya sebanyak 4kali sahaja walaupon saya dah berkenalan dengan dia selama 2 tahun.
Ramai kawan saya yang tak setuju dengan pilihan saya untuk berkahwin dengan lelaki yang saya tidak kenal langsung.
Tambahan pula, calon tu adalah seorang yang gajinya lebih rendah daripada saya. Mereka risau jika saya akan menanggung biawak hidup ataupon digunakan oleh suami untuk buat loan once dah kahwin nanti.
Tapi saya tak rasa yang suami saya seperti itu. Dan bab gaji, saya tak pernah fikir pasal gaji sebab saya sangat yakin dengan rezeki Allah.
Walaupon gaji suami tu rendah, jika dia jalankan tanggungjawab dia dengan baik, layan isteri dengan baik, In Sha Allah rezeki suami tu akan mencurah2..
rezeki bukan duit sahaja, rezeki tu luas. Alhamdulillah setelah buat istikharah, saya rasa ni satu keputusan yang tepat untuk saya.
Akhirnya kami berkahwin. Saya seorang guru, manakala suami saya adalah seorang technician.. secara logik gaji saya lebih tinggi daripada suami saya.
Pada mulanya saya sangat risau jika suami saya adalah suami yang akan gunakan saya dalam urusan perbelanjaan rumah tangga. Tapi Alhamdulillah, suami saya adalah opposite daripada kerisauan saya.
Walaupon gajinya rendah, tapi semua tanggungjawab dia laksanakan. Sewa rumah dia bayar, makan minum dia sediakan, nafkah tak pernah culas, ubat2an dia beri, toileteries saya pon dia sediakan,
Kerja rumah banyak yang dia bantu, langsung tak berkira dengan saya dan keluarga saya.
Dia tak pernah gunakan duit saya langsung dalam perbelanjaan harian. Dia ada cakap yang duit saya adalah duit saya. Selain tu, dia selalu belikan saya barang2. Selalu nak belikan baju, kasut, handbeg untuk saya.
Tapi saya selalu tolak sebab saya tau berapa je balance dia yang tinggal lepas bayar semua komitmen. Selain tu suami saya sangat pandai ambil hati keluarga saya.
Ibu saya sangat sayangkan dia dan sangat respect dia kerana dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Satu keluarga saya sangat memuji dia. Alhamdulillah.
Sekarang ni saya mengandung, mohon doa daripada semua readers. Masa saya mengandung, dia sangat caring dengan saya. Dia selalu tolong buat kerja rumah, urut saya, penuhi apa yang saya mintak.
Barang2 baby pon semua dia keluarkan duit dia untuk beli. Duit bersalin nanti pun dia cakap dia akan tanggung.
Saya sangat bersyukur kerana dapat suami seperti dia. Sangat bertanggungjawab dan cuba memperbaiki diri terutama dalam agama dari hari ke hari.
Kesimpulannya, lelaki dan suami yang baik itu masih wujud. Kita kene selalu berdoa dan libatkan Allah dalam pencarian jodoh.
Sebelum kahwin, kita kene tegas sedikit dengan calon. Terus bincang tentang tanggungjawab dalam rumahtangga. Jika berpuas hati dengan jawapan, bolehlah buat istikharah. Selebihnya tawakal.
Jangan risau jika gaji bakal suami tu rendah. Kita kene sentiasa yakin dengan rezeki Allah.
Minta maaf jika penulisan saya terabur. Saya tak reti nak susun ayat. Terima kasih admin kerana publish post saya. Assalammualaikum.
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit