Suami Baran

Assalamuakaikum, terima kasih kepada admin jika confession saya ni di publish.

Sebenarnya saya tak tahu patot atau tak saya luahkan sebab saya takut benda ni remeh. Tapi saya rasa dah tak tahan lagi. Saya ingin meluahkan dan meminta pendapat kawan kawan disini.

Tiada niat untuk saya membuka aib suami saya tapi sampai bila saya harus pendam kan perasaan ni. Perasan ni buatkan saya selalu rasa nak bunuh diri & lari jauh dari sini.

Entahla mgkin suatu masa saya akan betul2 lari. Saya isteri ada anak sorang berumur 1 tahun. Bekerja sendiri. Saya ada buat bisness online bersama suami.

Masalah disini.. suami saya sentiasa marah setiap kali saya atau ibunya tidak memuaskan hatinya.

Ok saya faham marah tu biasa la bila ada yang tak kena.. tapi bagi saya kenapa benda kecik pun perlu marah sampai memaki hamun saya atau ibunya.

Dan dia juga akan membaling barang atau menyakiti saya atau ibunya. Dan benda tu berikan tekanan mental kepada saya

Sepanjang kawen tidak pernah sekali pun saya memaki hamun, mencarut atau berkata kesat kepadanya tapi kenapa dia begitu mudah melontarkan kata2 kesat kepada kami seolah2 dia tidak sedar yang benda itu keterlaluan

Setiap kali dia marah saya rasa sangat takut dan malu kt jiran2 sebab suaranya yang sangat kuat. Dia menjerit macam orang hilang akal sambil memaki hamun dan mengugut nak menceraikan saya.

Setiap kali gaduh. Setiap kali tu dia ugut akan menceraikan saya seolah2 saya ni buat kesalahan yang terlampau besar dan tak boley di maafkan.

Padahal salah saya hanya lah lambat pakaikan pempers anak, atau saya menasihati nya supaya jangan marah2 ibunya lagi..

Pernah juga satu hari niat saya utk berbincang dgn nya tentang masalah kami. Sedang saya bercakap tetiba dia mengamuk. Dia terjerit2 dan pukul katil sampai runtuh dan lantai bilik pecah. Saya takutt. Sejak haritu saya dah tak tegur dia apa2 dah.

Saya pernah bagitahu dia kalau awak nak marah atau nak tegur saya saya tak kesah. Saya boleh terima. Tapi kalau macam ni gayanya ni bukan marah. Ni baran.

Tapi dia hanya membalas. Awak saja rasa baran. Semua lelaki marah macam ni. Awak saja tak tahu.

Betulke?? tapi saya tak pernah tengok abang saya, adik2 saya layan mak saya macam ni. Ada salah sikit maki hamun , tengking atau tinggi suara. Saya rasa saya hidup dalam ketakutan.

Hidup saya bukan lah perfect. Saya tak tahu apa salah yang saya akan terbuat nanti. Agak2 apa yang suami saya akan buat kat saya? Macam2 saya fikir.

Saya rasa saya nak lari sangat bersama anak saya. tapi saya takut. Saya takut dia bertindak diluar batasan.

Dia suka pandang rendah terhadap saya. Masa saya nak mulakan perniagaan ni balik dia rendahkan saya cakap saya tak boleh nak berniaga. Tak payah perasan. Macam2 dia kata.

Tapi sekarang duit saya jugak dia dok guna bayar kereta and beli macam2. Tapi saya takut nak tegur. Saya tak nak lah gaduh pasal duit.

Saya tak tahu apa akan jadi kalau saya tegur pasal duit tu. Sebabnya account campany atas nama dia. So dia senang2 lah keluarkan duit.

Pernah sebelum ni saya gunakan account saya untuk urusan perniagaan tapi dia ugut saya dia cakap dia tak nak serabut pasal cukai nanti and dia stopkan iklan. So bila dia stopkan iklan saya tak dapat buat sale.

Kami dah berniaga 3 tahun. tapi tak pernah ada duit simpanan. Berniaga pun macam tak jadi. Sebab dia tak pernah dengar apa saya cakap. Bila saya bagi pandangan dia perlekah. Dia kata saya tak tahu berniaga. Last2 lingkup. Saya sterss sangat.

Dia tak pernah sedar yang dia pun mungkin ada buat salah. Dia hanya tahu menyalahkan orang lain dan takdir Tuhan. Kenapa dia tak boleh nak muhasabah diri dia.

Perbuatan dia terhadap saya dan ibunya buatkan rezekinya sempit. Yang dia tahu hanya memaki hamun apa yang jadi dan salahkan takdir Tuhan.

Kadang saya rasa nak bawak dia pergi jumpa doctor. Adakah dia ada masalah depression yang teruk? tapi mana mungkin saya boleh tolong dia sebab nanti saya yang akan kena.

Saya malu dekat jiran2. Saya lebih rela dia memukul saya dr melalak menjerit sampai satu kampung dengar dia dok maki isteri dan ugut2 nak ceraikan saya. Saya malu! tapi saya tekad untuk lari setiap kali saya kena marah tanpa belas kasihan.

Tapi boleh pulak dia buat2 tak ada apa jadi selepas beberapa jam dia marah saya. Saya pun kena berlakon takde apa2 jadi. Padahal diri saya dah mati dia kerjakan.

Saya kena korbankan perasaan dan emosi saya. Demi jaga hati dia. Sampai bila saya perlu macam ni? Saya sedih saya stress saya tak bahagia lansung.

Saya harap sangat dia berubah and sedar yang sebenarnya dia seorang yang terlampau BARAN. Saya nak dia tahu yang dia sering membunuh saya dan ibunya dengan kata2 kesat maki hamunnya..

Moga Allah berikan petunjuk kepadanya dan bukakan pintu hatinya untuk dia nilai segala perbuatannya..

Ketahuilah suamiku, aku tidak pernah takut engkau menceraikan ku. Cuma aku takut bila aku meminta engkau bertindak diluar batasan. Tapi suatu masa pasti aku akan lari jua jika engkau tidak berubah..

– Isteri tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *