Aku Melati, lingkungan 30an, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Perkahwinan aku masuk tahun ke 8.
Aku inginkan pendapat bernas, membina dan teguran berhemah dari pembaca.
Suami aku baran. Sepanjang 8 tahun perkahwinan, maki, marah, benci, pukul adalah lumrah. Tapi aku pertahankan juga dengan doa agar suami berubah.
Cinta 2 tahun bagaikan lakonan. Kasih sayang suami hilang entah ke mana. Kami lebih kepada housemate tapi berkongsi anak.
Hubungan aku dan suami lebih kepada anak. Hanya berbincang urusan anak. Tiada sentuhan, tiada kasih sayang, semuanya tiada.
Aku pernah terfikir yang suami mungkin g4y. Aku dah usaha bertanya suami mungkinkah dia bernafsu songsang. Soalan aku dibalas dengan tamparan.
Kami sebenarnya berkahwin atas perkenalan rakan sekerja. Aku bekerja di semenanjung dan suami di borneo. Jarak jauh membataskan kami jumpa seperti pasangan lain.
2 tahun bercinta, akhirnya kami berkahwin. Aku tahu suami baran bila kami pindah hidup bersama.
Perkara kecil pun suami mudah naik hantu. Maki hamun mengamuk.
Dan setiap kali bergaduh, suami akan menyatakan hasrat nak bercerai, suruh aku minta fasakh, tak pernah suka, tak pernah sayang pada aku.
Bila aku terasa dan berjauh hati, tak nak ‘bersama’. Dipaksanya dan akan diamuk kita jika tak nak beri kerjasama. Istilah maaf dan aku merajuk memang tiada.
Sebabnya suami akan menyinga jika aku merajuk. Dan egonya yang maha tinggi jatuh jika meminta maaf. Aku minta maaf pun dipandang sepi.
Dari segi nafkah, suami menanggung 1/3 sahaja. Selebihnya aku. Sebab sebelum ni gaji suami kurang, buat loan.
Tak sangka bila loan dah settle suami sembunyikan dan tetap juga aku menanggung. Kantoi bila aku terjumpa slip gaji suami dalam sistem online yang suami lupa log keluar.
Dalam semua masalah, ujian dan sikap suami, aku masih tak pasti wajar atau tak aku tinggalkan suami. Anak-anak rapat dengan suami dan suami sayangkan anak-anak.
Aku tertanya wajarkah aku pertahankan rumah tangga hanya kerana anak.
2 anak aku mempunyai masalah kesihatan kerana lahir prem. Perlukan pembedahan major dan perhatian wajar.
Terasa penat untuk aku seorang diri dengan semua temu janji anak yang berderet. Cuti aku terhad.
Tapi aku manusia biasa. Aku perlu mencari bahagia sendiri. Sekurangnya hidup tenang tanpa makian, marah, kata-kata kesat.
Adakah wajar aku bertahan demi anak atau mencorak jalan hidup sendiri. Dan apakah ada peratusan suami berubah sayangkan aku. Aku buntu. Harapnya ada yang sudi membantu.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit