Assalamualaikum semua. Aku sudah berkahwin, menjadi housewife yang bekerja dan mempunyai seorang anak.
Aku kenal suami di media social. Selesai taaruf dan ada matlamat yang sama dengan suami. Maka dalam masa 6 bulan kami bertunang dan berkahwin.
Aku perempuan yang tak pernah bercinta sebelum ni. Jika ada perbalahan sebelum berkahwin mungkin ujian mendirikan masjid.
Silap taaruf bila aku terus tanya adakah dia menjaga solat lima waktu? Dijawap ya tapi masih perbaiki solat subuh yang kadang tertinggal.
Adakah dia panas baran? Bergantung pada situasi dan dia tidak mudah baran menentu. Bagi aku tiada manusia sempurna. Dia bekerja, tidak punya harta dan gaji dia melebihi gaji aku. Aku sudah ada rumah dan kereta..
Dipendekkan, aku mendirikan rumah tangga dengan suami dan dikurniakan 2 orang anak. Nafkah dia tak pernah culas. Rumah kereta dia bayarkan.
Aku tolong bayarkan yang lain dan selebihnya buat simpanan anak dan masa depan. Gaji dia hujung bulan cukup-cukup dan ada yang aku tolong bayarkan.
Selama 3 tahun perkahwinan, aku perasan subuh dan isyak tak terjaga. Sabtu ahad memang kerap terbabas subuh. Isyak kadang-kadang terlupa.
Pernah aku tegur, dijawab itu dosa dia dengan Allah. Aku sebagai isteri kalau tak solat, dia kena tanggung dosa aku.
Komunikasi kami agak dingin selepas 2 tahun perkahwinan. Dan paling aku makan hati ialah sikap mudah marah dia yang selalu buat mood aku spoil. Benda kecik pon cakap kurang ajar dengan aku.
Pernah silap bagi batang mop lantai. Dia nk hempuk kepala aku dengan batang mop tu. Pendek kata, dia banyak marah benda yang remeh.
Benda yang perlu sabar, dia jadi emo dan panas. Lama kelamaaan aku jadi pendiam. Dah muak dan rasa tak dihormati sebagai isteri. Aku bukan jenis pemarah.
Setiap minggu mesti aku akan ada terasa hati dgn dia. Bergaduh besar jarang sebab aku cuba buang sikap tersentuh aku dengan perangai dia
Awai bulan 10 haritu kami bergaduh dan tak bercakap lebih 1 minggu. Aku cuba berbincang dan minta maaf dengan dia dan tanya dimana silap aku sampaikan perang sebegini.
Dia tak menjawap dan dia kata lebih baik tak bercakap. Aku tanya sampai bila nak selesai jika terus diam dan kesiankanlah anak-anak bila tengok kami kurang komunikasi. Dia diam dan terus diam sehingga harini.
Sekarang sudah hampir 3 bulan. Nafkah masih macam biasa, nafkah batin sudah 5 bulan dingin dan aku masak macam biasa. Tapi dah takde komunikasi.
Hampir tawar hati, cuma aku harap dia berkomunikasi seperti biasa dan doa setiap hari agar dia berubah.
Aku? Apa lagi yang aku perlu buat untuk rumahtangga ni?.. Adakah jalan penceraian yang terbaik..
– Nurcinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit