Suami Berhenti Merokok

Semalam suami datang cakap kat saya macam ni,

“Saya fedup la dengan awak ni. Saya buat keputusan berhenti merokok. Sebab saya dah tak tahan dengan perangai awak. 

Duduk dengan awak dah macam duduk dalam asrama sekolah budak2 pandai. Penuh dengan peraturan. Saya sampai terus membenci rokok kerana perangai awak ni.”

Aku cuma balas, “Bagus la kalau betul2 nekad nak berhenti. Jangan indah khabar dari rupa ja”

Dia kata betul2 benci pada rokok gara2 aku punya complain memanjang. Sampai dia pulak dah allergic dengan rokok. 

Aku ni memang tak suka bau rokok. Aku rasa semua perempuan mengimpikan suami yang tak merokok. 

Tapi tak semua dapat apa yang kita nak. Aku syukur dikurniakan suami walaupun dia merokok. Tapi benda tu bukan dalam kawalan aku. 

Cuma aku keep remind dia, aku tak nak bau rokok tu. So aku buat rules, kalau nak tido sekali dengan aku, pastikan badan awak tak de bau rokok. Kalau ada sikit bau pun, aku keluar tido kat bilik lain. Aku tak akan cakap apa pun, tapi dia akan faham kenapa. 

Aku tak akan pegang tangan dia kalau kami keluar. Sebab tangan dia bau rokok. Nanti lekat kat tangan aku. Kalau melepak sama2 pun, aku tak selesa duduk sebelah dia kalau ada bau tu. Dari action aku, dia akan faham apa yang tak kena. 

Aku tak akan naik kereta dia kalau nak kemana2. Sebab kereta dia bau rokok. Selalu la dia cakap, beli kereta mahal2 nak bawak anak bini. Last2 sorang2 jugak bawak kereta ni. 

Dalam rumah lagi la. Memang merata tempat aku lekat tanda no smoking tu. Tapi dia memang tak merokok dalam rumah. Syukur la yang ni dia discipline. 

Kalau kami nak bersama, selagi ada bau rokok selagi tu aku tak nak. Aku selalu tak nak kissing dengan dia, sebab aku masih rasa bau rokok tu. 

Aku cakap pergi gosok gigi pergi mandi. Lepas dia bersihkan badan dia, kadang macam bau masih ada. Aku memang tak nak. 

Kadang2 nak foreplay pun tak de mood. Aku memang sensitive bab2 bau. Last2 dah aku asyik elak sana sini. Dia pun macam tak de mood. Aku selalu rasa nanti bau tu lekat kat badan aku pulak. 

Dia tanya kenapa dia busuk sangat ke. Aku kata ye.. Bau tu kan. Walaupun dah 2 jam dia tak hisap rokok. Dah gosok gigi tapi nafas dia masih bau rokok. Maybe asap tu ada dalam badan.. Or macam mana aku tak tau la. 

Selalu lepas bersama, aku cepat2 pergi mandi. Tak de dah nak peluk2 ke apa ke. Sebab rasa tau badan aku bau rokok. Setiap tempat dia kiss tu aku rasa lekat bau rokok.

Dia selalu macam pandang ja la aku tinggal dia terkontang kanting macam tu. Dia rasa aku jijik dengan dia. Tapi aku tak selesa bau tu. 

Lepas tu masa aku pregnant, aku tak boleh bau apa2 pun. Dia memang tak datang dekat aku langsung.. Sebab dia lalu ja pun aku akan muntah. Aku alahan teruk gila. 

Lepas tu aku sangat2 strict dengan dia. Kalau pergi makan, kan kadang kita share2 makan. Dia rasa makanan aku, aku rasa makanan dia. 

Awal2 dulu aku masih boleh tolerate. Lepas tu aku buat list kat dia. Aku cakap jangan pegang2 aku lagi, jangan kongsi makanan aku lagi. Aku pun tak akan ambik makanan dia or minuman dia. Aku geli nak guna straw yang sama. Aku pun tak bagi dia buat macam tu kat aku. 

Aku tak tahu la rokok apa dia hisap. Bau dia busuk gila. Bila dia balik kerja, ya allah bau baju dia. Tak reti nak explain.. Dia masuk rumah ja aku cakap pergi mandi terus. Jangan nak duduk2 dulu, lepak2 dulu. 

Pergi terus ke tandas. Mandi aku cakap. Tambah aku ada baby. Aku kena tegas untuk protect anak. 

2nd smoker lagi risiko. Kadang bila dia kiss anak, lepas tu aku pulak kiss anak. Dah bau tu ada pada anak. Sejak aku bising2, dia sangat hati2 la.. 

Mungkin lepas2 tu dia dah semakin kurang rokok agaknya. Macam dekat rumah susah dah tengok dia keluar untuk smoke. Sebab dia main dengan anak, aku kan garang. So tak nampak la dia hisap bila kat rumah. Kat tempat kerja maybe hisap. 

Mula2 aku rasa jugak aku ni over sangat ke.. Tapi dah memang aku tak selesa. Tak sangka tindakan aku macam tu buatkan dia nak berhenti rokok. 

Korang yang ada suami merokok cuba buat macam aku. Hahaha. Mana tau kot2 berkesan. 

Tapi kena siap sedia jugak kalau jadi sebaliknya. Aku lega dia cakap fedup dengan perangai aku so dia quit smoking dari dia cakap fedup dengan aku so dia tingalkan aku pulak.. Kalau tak dah huhu hujung katil. 

Suami aku jenis soft. So maybe ketegasan aku berkesan. Suami orang lain tak pasti macam mana la kan.. Hati manusia tak sama kan. Anyway good luck untuk wife2 yang struggle nak bantu suami berhenti merokok. 

– Belimbing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *