Suami Berkahwin Kerana Bisnes Lalu Menceraikan Isteri Kerana Tak Berjaya Buat Bisnes

Saya Bunga. Bekas suami saya namakan sebagai “NB”, penyondol saya namakan sebagai “Ayu”.

NB adalah pekerja part time di tempat saya bekerja. Saya bekerja di kedai kakak saya. Selama ni saya dan NB tak pernah pon rapat tiba-tiba kebelakangan ni NB cuba rapat dengan saya. Saya jenis tak berkawan dengan lelaki jadi bila NB cuba rapat saya cuba elakkan.

Setelah banyak kali berkerjasama akhirnya saya makin selesa dengannya. Saya minta NB kalau nak kenal dengan lebih rapat jumpa mak ayah saya dan NB setuju.

Bila nampak kesungguhan dia, mak ayah saya pon sukakan caranya kami amik keputusan untuk pergi ke peringkat yang lebih lanjut.

Oh ya, NB ni seorang duda dan mempunyai anak 2 orang perempuan. Saya perlu mengambil hati anaknya kerana keluarga saya selalu berkata “nak kahwin mesti kena ada restu anak-anaknya”. Alhamdulillah anaknya suka dan setuju.

Dipendekkan cerita, kami pon bertunang. Dalam fasa pertunangan, NB bercerita bahawa sebenarnya tahap pendidikan dia hanyalah sekadar master sahaja.

Saya mulanya terkejut kerana selama 5 tahun berkawan, semua orang sekeliling tahu yang dia mempunyai tahap pendidikan PhD dan bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti. Tapi saya tak kisah kerana saya kahwin dengan dia bukan kerana tahap pendidikan dia tetapi kerana diri dia sendiri.

Di fasa ini juga dia kantoi ada perempuan lain. Tapi malangnya dia menafikan dan berkata hanya kawan dan perempuan itu memang jenis perempuan yang mudah disentuh lelaki. Jadi saya terima alasannya.

Kami berkahwin pada bulan feb 2024. Pada mac dia kantoi dengan perempuan yang sama selepas saya terbuka mesej perempuan tu memanggilnya “sayang” dan menghantar gambar dia free hair. Dan akhirnya NB mengaku.

Ayu call NB dan nak cakap dengan saya. Ayu mengaku yang dia kekasih NB. Luluh hati saya sebagai seorang isteri dan NB janji akan putuskan hubungan dengan ayu. Kami hidup bahagia selepas kejadian itu.

Lupa pula, rupanya NB menipu saya. NB sudah ditamatkan perkhidmatan dia di universiti dan sekarang dia hanyalah bekerja sambilan sebagai photographer.

Setiap bulan saya terpaksa bagi NB duit sebab dia mempunyai hutang keliling pinggang. NB memaksa saya membuat bisnes. Tapi apabila saya cari kedai yang kecik. Dia tak nak. Dia nak kedai yang besar tapi modal tak de dan hanya harapkan duit saya semata-mata.

Selepas 6 bulan hidup tidak menentu akhirnya NB mendapat pekerjaan sebagai pensyarah di sebuah akademi. Saya sangat bersyukur kerana NB sudah ada income sendiri. Tapi itulah permulaan perselingkuhan bermula. NB mula mencari kekasih lamanya semula.

Dan hubungan mereka bukan hanya sekadar rapat tetapi sudah tinggal bersama. Apabila kantoi dengan saya, NB tidak lagi memujuk malah minta saya failkan cerai. Sehinggalah dia berkata yang dia berkahwin kerana bisnes sahaja.

Kecewanya hati saya apabila mendengar kata2nya dan berfikiran ianya hanya kata-kata semata. Rupanya beberapa kawan kami sudah mengetahuinya kerana NB pernah bercerita yang dia hanya berkahwin kerana bisnes.

Sejak dia berkawan dengan ayu semula, NB kerap tidak pulang ke rumah. Bila saya check dash cam, NB berbual mesra dengan ayu. Ada perbualan ayu mengajak NB tidur dirumahnya semasa ayah NB masuk hospital. Hati isteri mana yang boleb terima bila suami sendiri tidur dengan wanita lain.

Sejak dari itu, NB senyap-senyap menfailkan penceraian tanpa berbincang.

Bila naik mahkamah, saya tidak bersetuju dan mahkamah arahkan untuk bawa ke jawatankuasa pendamai iaitu perbincangan antara 2 keluarga. NB taknak keluarganya tahu lalu dia mentaklikkan saya beberapa hari sebelum raya dan jatuh pada talak pada hari raya pertama.

Saya menuntut NB untuk menjelaskan segala hutang yang dia pernah pinjam saya dahulu berjumlah RM30k. Tetapi NB tak nak bayar satu sen pon lalu dia menfailkan nusyuz dan injunksi untuk tidak menceritakan kecurangan dia.

Walaupon saya tahu, kedua-dua kes ini saya boleh menang. Saya minta NB pulangkan saya baik2. Jumpa mak ayah saya tapi malangnya dia ceraikan saya tanpa diketahui mak ayah saya mahupon mentua. Malah ayu juga pernah menghantar mesej kepada NB ayat untuk penceraian dengan saya.

Saya pernah mesej ayu bahawa jangan ganggu suami saya lagi, malah ayu dengan egonya menjawab yang dia taknak layan drama saya dan minta saya selesaikan sendiri dengan NB.

Akhirnya hubungan saya dengan NB berakhir selepas 13 bulan bersama.

Terima kasih ayu. Terima kasih NB. Ini adalah pengajaran yang paling bermakna buat saya. Dibuang begitu saja sedangkan saya isteri yang sah. Hanya kerana gagal memberikan bisnes seperti yang diminta, saya diceraikan.

Setelah NB mendapat pekerjaan, saya dikatakan membebankannya. Tidak percaya pada rezeki dan hanya harapkan ayu untuk memberinya job sahaja.

Now ayu pon dah kene turun pangkat kerana salah lakunya. NB juga bakal ditamatkan kontrak kerana menipu majikan.

Kifarah itu real. NB buang isterinya yang halal dan memilih yang haram. Mendapat pekerjaan semasa tempoh perkahwinan dan apabila bercerai, hilang segala kerjaya.

Saya pula terpaksa menjalani sesi kaunseling kerana perbuatan NB. Perkahwinan yang mengubah segalanya dengan begitu cepat. Doakan saya pulih dan hidup seperti dulu semula.

Untuk NB, semoga Allah membalas segala kezaliman yang kau dah lakukan. Perkahwinan yang suci, perjanjian dengan Allah kau cemarkan hanya kerana terlalu mahukan bisnes.

Untuk ayu, kau tau NB dah kahwin dan dia pernah buang kau dulu tapi kau tetap nak jadi penyondol dan sanggup kutip dia semula. Harap kamu berdua bahagia dengan pilihan kamu. Allah Maha Besar.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *