Ini bukanlah kali pertama aku menulis luahan disini. Terdahulu aku pernah mengadu nasib berkenaan suami yang kedekut walaupun mempunyai gaji yang agak tinggi.
Aku tidak jumpa link kisah terdahulu untuk dikongsi disini. Cuma aku ingin berkongsi perubahan dari segi rumahtangga aku dan suami sekarang.
Dulu aku dengan suami sering bergaduh terutama bila aku kecil hati dengan sikap kedekut dia. Rata2 komen menyalahkan aku kerana beranggapan gaji suami dulu 6k cukup untuk memberi aku nafkah.
Dulu suami mempersoalkan kenapa dia perlu memberi aku nafkah walhal dia sudah menyediakan keperluan semua.
Aku merupakan suri rumah, masak dan mengemas serta urusan rumah semua aku yang uruskan.
Dulu suami kerap mendapat masalah bertimpa2. Sehinggalah sampai tahap aku sentiasa berdoa agar Allah swt lembutkan hati suamiku dan digandakan rezeki yang banyak agak tidak lagi stress dan berkira dengan aku.
Sebelum kahwin memang suami dan bincang awal2 yang kami akan berkongsi segala perbelanjaan rumah dan menyimpan wang untuk membeli rumah dan masa tua. Sebab itula suami sangat berjimat.
Suami dilahirkan dari keluarga yang senang yang mana ibubapa sediakan segala2nya termasuk kereta masing.
Walaupun selepas kahwin, suami dan adik beradik suami tidak mengeluarkan duit untuk sebarang perbelanjaan dirumah mertua (waktu tinggal bersama) sekarang kami menyewa di ibu kota. Semua ditanggung oleh mertua.
Oleh itu aku dulu berasa hati kerana dengan gaji 6k dengan saving yang banyak dia berkira dengan isteri sendiri.
Suami sangat risau dengan hari tua sebab itu dia gigih bekerja dan berjimat cermat. Tapi sebagai isteri aku cuba faham namun terasa bila melibatkan hal makanan.
Lama kelamaan aku rasa asbab dari doa suami tidak lagi risau mengenai simpanan. Dia juga memberi wang nafkah setiap bulan mengikut kehendak aku.
Namun aku jugak masih menjaga wang suami. Aku tidak mintak berlebihan. Dia belikan semua makanan yang aku minyak dan tidak lagi berkira. Dia cakap dia happy dengan aku baik enjoy moment together. Duit boleh dicari.
Dia masih berjimat cuma dia tidak lagi kedekut dengan aku. Aku sangat senang hati dengan perubahan suami dan kami sudah lama tidak bergaduh.
Malah aku perasan kerja suami juga dipermudahkan apabila dia mendapat pertukaran jabatan dan kenaikan gaji sehingga 8k untuk tahun ini.
Suami masih muda dan inshaAllah semoga kami dapat menyimpan wang untuk hari tua kelak.
Betul la orang cakap jangan berkira dengan isteri, inshaAllah suami akan dapat lebih lagi.
– Faten (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit