Suami Bisex

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya dah tak tahu nak luahkan kat siapa. Nak luahkan kat parents, macam bukan orang yang sesuai. Adik beradik apatah lagi.

Aku Annae, umur awal 30-an, berkahwin. Anak 3 orang. Suami L. Bekerja di bidang professional. Aku dengan L kahwin atas dasar suka sama suka. Nothing red flag, kenal tak sampai setahun dan kahwin.

Hidup kitorang biasa, until aku pregnant anak second, kitorang PJJ. Time PJJ L memang balik almost every week. Ada minggu tak balik pun sebab kekangan kerja.

Aku akui, L memang husband yang baik. Semua housechores dia buat. Tak ada satu red flag pun.

Selepas aku bersalin anak kedua, kitorang kembali menetap bersama. Kitorang PJJ pun tak lama, lebih kurang 2 tahun.

Sejujurnya, time kitorang PJJ tak ada satu pun red flag yang aku nampak kat L. Tapi, aku tak tahu sebab aku terlalu letakkan kepercayaan kepada L. Aku tak pernah nak check phone dia.

Selepas kitorang menetap bersama, aku pregnant anak ketiga. Di sini, segalanya berubah.

Time aku pregnant around 6 ke 7 bulan, aku perasan L banyak spent time dengan phone. Takde la selalu tapi aku perasan L banyak bermesej dengan orang. Entah kenapa aku rasa sini something fishy.

Dan pernah beberapa kali aku check following dan followers L di media social, agak fishy. Mostly lelaki-lelaki sado yang tunjuk badan. L keep on interact dengan diorang. So aku rasa suspicious.

Benda ni buat aku rasa nak check phone L. Turn out tekaan aku betul. L bermesej dengan entah la beberapa lelaki dan golongan-golongan ini keep on share gambar-gambar tak patut diorang.

Aku geli. Sumpah. No wonder sepanjang aku mengandung L jarang sentuh aku. Kecewa.

Sejujurnya, aku dah beberapa kali comfront L. Aku nampak L slow down.

Aku juga pernah bagi kata dua yang kalau dia repeat lagi, aku tak teragak-agak untuk cerai.

Tapi, aku rasa L tak sepenuhnya berubah. Sebab kadang-kala aku perasan L contact je lelaki-lelaki yang sama sepesen dengan dia. Aku dah tak tahu nak buat apa.

Boleh ke bagi cadangan , apa yang patut aku buat? Aku dah penat dengan semua ni.

Korang yang ada lelaki, jangan terlalu percaya kat husband korang. Diorang ada satu komuniti yang kebanyakannya golongan professional tapi hmm.

Kebanyakan ada anak tapi diorang membiak dengan cepat, huhu.

Terima kasih..

– Annae (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *