Assalamualaikum semua. Harap pembaca di dalam pages ni sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu. Aamiin inshaallah.
Saya nak minta pendapat dari abang abang dan kakak kakak senior tentang luahan isi hati saya.
First of all, saya sudah berkahwin berusia awal 30an, dan mempunyai baby boy kembar. Alhamdulilah.
Saya dan wife both of us kerja dalam bidang professional. Macam biasa masuk pukul 8 balik pukul 5, depends on traffic kadang ada sampai awal kadang ada sampai lewat, paling lewat pun sampai sebelum maghrib.
Since saya as lelaki/suami, saya straight to the point.
Nak share satu relationship issues and based on feedback from IIUM Confession comunity nampak banyak yang positive itu yang tergerak hati nak tanya something dari akak akak dan abang abang yang dah kahwin up to 10-20 years.
Rutin hidup kami normal mcm happy family yang lain, weekdays kerja 8-5, malam uruskan anak anak and tidur. Weekends pulak ada masa jalan jalan di mall ada masa pergi picnic.
Di rumah pula normally kami dah tahu task masing masing, wife memasak, siapkan baby. Saya pula tolong basuh pinggan dan mandi kan baby. Semua benda dalam rumah both of us share the task together. Takde issues pun tentang ni.
Yang jadi masalah di sini, saya sebenarnya segan nak cakap tapi benda ni masih tak boleh settle between both of us. Itu yang saya decide untuk menulis di sini minta pendapat akak akak dan abang abang.
Wife selalu tolak ajakan saya untuk bersama, dengan alasan penat. Bila kami deeptalk wife selalu elak untuk bincang pasal topik ni. Sebab bagi saya, saya kerja dia kerja, balik kerja sama sama penat dengan nak settle twins lagi waktu malam.
Lepas setahun beranak, saya nampak yang wife macam dah tak bernafsu nak bersama. Macam macam saya dah buat, even sebelum nak masuk tidur pun saya akan gosok gigi and bersihkan semua apa yang patut.
Persoalannya, normal ke wife macam tu selepas bersalin? Is it trauma issues during delivery babies. Atau pun effect perancang implant?
Bagi wife, hubungan bersama tak penting, dan bagi saya pulak penting, sebab itu love languages saya terhadap dia. Wife lepas settle tidurkan baby, dengan dia sekali tidur tinggal lah saya terkontang kanting.
Jangan cakap nak bersama, even ada free time saya nak peluk dan cium pun dia rimas. Hmmm. Saya tahu lelaki ada 1 nafsu je, dan perempuan ada banyak nafsu. Kadang kadang saya sampai susah nak tidur sebab stress fikir.
Wife tak bagi kerjasama untuk solve masalah ni. Ada jugak bagi cadangan untuk dia berurut and makan vitamin untuk stabilkan balik hormon hormon dalam badan tapi dia tak nak buat.
Ada kadang kadang weekend dia nak me time sorang sorang saya bagi je and saya jaga baby. End results still sama. Disclaimers: saya dan wife tak pernah ada masalah dengan curang and etc.
Akhir kata dari saya, saya minta kepada akak akak dan abang abang yang terbaca confession saya ni boleh tolong saya bagi cadang what should I do to fix this issues.
Maaf terpanjang pulak curhat kali ni sebab jam sekarang sudah menghampiri pukul 1 pagi dan saya stress sampai susah nak tidur memikirkan masalah ni.
Thanks,
Suami Orang,
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nafkah batin penting. Semua orang tahu dan faham. Dah deeptalk pun takda perubahan.isteri awak sellfish.Cakap kat dia kalau dia tak mampu bagi, awak nak kahwin lagi satu. Tengok ada perubahan tak.
Malas, tu je nk ckp, lepas makelove nk kena mandi bagai, malas. Tu aku la masa muda dulu. Sekarang dah tua dah tak sehangat make love masa muda, tits pon dah lari allignment, rasa rugi tolak ajakan suami masa muda dulu haihh
Cuba ambik masa perati bini tu. Rupa dgn pakai dia terurus tak? Selalu lepas dah jd mak2 ni mmg rupa asal boleh je lah. Tak sempat dah nak urus diri betul2 mcm bujang dulu. Emosi dia turun naik tak? Cepat melenting? marah?
Korg first time jd parent. Terus dapat twin pulak tu. Bini tu first time mengandung, first time bersalin, first time breastfeeding. It’s a non stop journey yg penat ya.. start dari mengandung lg. Ni tambah lagi dah masuk kerja.
Bila isteri ckp dia penat..tu mmg dia penat gila weii. Confessor ckp lepas tidur kan baby wife pun join tidur jgk kan. Haha that was me too during with my first born. Penat badan dgn penat emosi. Baby sekarang bangun mlm lg tak? Kalau bangun, gilir2 tak dgn wife tu? Isteri pam susu ke dkt ofis? Ni pun consume energy ya. Balik rumah siapa yg tolong cuci brg pam susu tu? Isteri pun balik kena masak kan? Pendek kata bnyk la faktor yg menyumbang ‘bila bini ckp dia penat’. Bukan sesaja.
So you as the partner kena pandai la involve or take over mana yg patut. Bagus dah effort confessor suggest wife ambik supplement bg me time. Me time yg dia mintak tu untuk emosi dia. Isteri ada support sistem tak? Kawan/parent/siblings?
Apa kata lps ni sambil2 tu tanya keadaan dia. Hari ni penat tak? Ada apa2 yg boleh kau tolong. Rasanya kalau dpt tackle yg ni tak de masalah dah nak ajak wife tu berhubungan balik. Tapi knowing perempuan ni sgt la complicated.. confirm isteri tu akan cakap tak ada apa2.. Okay je. Padahal.. 😅
Tukar jadual ke awal pagi atau sblm zuhur. Jika wife tidak bangun malam. Pergi bercuti/minta tolong org lain jagakan anak. Banyak sabar dan usaha, tu yang sampai 20 tahun