Suami Cintakan Saya Atau Tak

Saya Bunga, berumur 28 tahun, begitu juga suami saya.

Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat kecil dan sederhana, manakala suami saya, yang saya gelar sebagai Kumbang, bekerja di sebuah kilang antarabangsa.

Masuk tahun 2025 ini, genap 4 tahun perkahwinan kami. Kami kenal sejak kecil, dan tak sangka dialah jodoh saya.

Saya sayangkan dia. Dia ada provider mindset sejak dulu, sentiasa berusaha memberi saya kehidupan yang selesa.

Hari-hari tak lekang dari mulutnya, “I love you, sayang,” “Cinta hati abang.” Berbunga rasa bila dengar suami cakap macam tu.

Saya pendekkan cerita. Suatu hari, saya buka telefon suami, perkara biasa yang kami selalu buat. Memang tiada privacy, kalau nak buka telefon masing-masing pun tiada masalah.

Okay, sambung cerita tadi. Saya buka aplikasi X (yang dulunya Twitter) suami, lalu tekan search bar sebab nak cari akaun kawannya.

Tiba-tiba, saya nampak dalam history, dia ada cari akaun porn actress dan akaun perempuan Melayu yang menawarkan khidmat gambar bogel.

Saya terkejut dan terkedu. Saya fikir, “Kenapa Kumbang cari benda-benda macam ni???”

Dengan pantas, saya teringat nak periksa Telegram dia. Saya buka search bar dan jumpa banyak akaun dari Indonesia yang mengumpulkan gambar dan video bogel.

Saya periksa juga kalau-kalau dia ada bayar untuk video bogel atau apa, tapi mujurlah tiada, dan dia pun tak masuk mana-mana kumpulan tersebut. Mungkin dia memang nak join, tapi masih fikirkan saya?

Saya menggigil selepas dapat tahu semua ini. Terus saya teringat yang setiap malam, dia akan duduk di ruang tamu sendirian ketika saya tidur.

Bila saya terjaga sekitar pukul 12–1 pagi untuk ke tandas sambil mencari dia, saya dapati dia ada di ruang tamu dalam gelap dan terkejut bila dengar saya buka pintu bilik.

Saya tak pernah syak apa-apa sebab saya percayakan dia 100%. Saya cuma tegur, “Kumbang tak tidur ke? Bunga tidur sorang-sorang je, hmm.”

Biasanya dia akan balas, “Bunga tidur dulu ya, Kumbang baru nak main PS5.” Saya pun ke tandas dan selepas itu sambung tidur tanpa ada syak wasangka.

Selepas kejadian terbaca history di search bar X tu, saya selalu perhatikan dia apabila dia dengan telefonnya. Sampai sekarang, saya masih belum confront dia. Saya nak psiko dia dulu.

Kalau dia scroll X, biasanya saya dengar dia buka video menukang, bola, atau pasal kereta/motor.

Tapi ada waktu-waktu tertentu saya perasan dia tekan volume button sampai mute, dan dia akan pastikan belakangnya adalah dinding, maksudnya dia akan duduk di hadapan saya supaya dia tahu yang saya takkan dapat intai telefonnya.

Jauh dalam sudut hati saya, saya terluka, sedih, dan kecewa. Tapi dia suami saya, dan dia pun nampak yang dia sayangkan saya juga. Tapi kenapa berani buat perkara macam tu walaupun depan isteri?

Saya memang tekad. Saya cuba untuk jadi porn dia. Saya cuba beli baju tidur seksi. Saya cuba untuk jadi lebih nakal daripada sebelum ini. Saya nak dalam kepala otaknya hanya ada saya seorang. Tapi dia masih tengok porn tu.

Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya tak tahu nak cerita dekat mana. Jadi, saya kongsi cerita saya di sini dengan harapan ada seseorang yang boleh tolong naikkan semangat saya untuk confront Kumbang kesayangan saya ni.

Cerita daripada saya, Bunga.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Situasi bunga sama mcm saya, saya pun dah lama x check phone suami..1 hari tu sy tergerak hati nk check fon dia..maka disitu lah bermula hatiku hancur, sy tgk dia search porn japan, dia save gambar perempuan mat salleh yg seksi sekeping dua dlm gallery(yang ni sy rasa dia buat modal utk onani)…Sy dah la tengah pregnant, boleh bayang x sedihnya tu mcm mana..lama dah sy pendam, sy sendiri xtau nak berhadapan dgn dia ttg isu ni mcm mana sbb sy x suka gaduh…kdg bila bersama tu sy selalu terfikir mst dia tgh bayangkan perempuan dalam porn tu..emm entahlah sy rasa sy sendiri pun xtau nak selesai mcm mana..kami dah kawen hampir 13 tahun..

    • Bykkn bermunajat bdoa mhn petunjuk & hidayah Allah ye ke jln yg dredhaiNy tnp jemu tnp putus ASA dgn rahmatNy in Shaa Allah Dia Maha Mendengar Maha Melihat Maha Mngetahui Maha Pengampun & Maha Penyayang akn hmba2Ny 🤲💚💖😌

      Bykkn bermunajat bdoa mhn petunjuk & hidayah Allah ye ke jln yg dredhaiNy tnp jemu tnp putus ASA dgn rahmatNy in Shaa Allah Dia Maha Mendengar Maha Melihat Maha Mngetahui Maha Pengampun & Maha Penyayang akn hmba2Ny 🤲💚💖😌

      Bykkn bermunajat bdoa mhn petunjuk & hidayah Allah ye ke jln yg dredhaiNy tnp jemu tnp putus ASA dgn rahmatNy in Shaa Allah Dia Maha Mendengar Maha Melihat Maha Mngetahui Maha Pengampun & Maha Penyayang akn hmba2Ny 🤲💚💖😌

  2. Pakcik nak nasihat, biasa lelaki ni bila dah kahwin tapi masih mencari porn begitu disebabkan dia tak dapat kepuasan dengan isteri.

    Tak dapat kepuasan daripada isteri ni biasanya disebabkan bila dia “nak” isteri tolak dengan alasan tak boleh dia terima. Kau tolak sekali dia akan ingat selalu.

    Tak dapat kepuasan bila bersama. Mungkin korang bersama selalu tapi dah macam sekadar rutin. Tak ada spark. Kadang mungkin isteri terpaksa atau sekadar memenuhi nafsu suami.

    Dan alasan lain mungkin disebabkan ketagihan. Dan ini biasanya sebab dah lama dia buat dan disebabkan tiada tempat untuk dia lepaskan dia cari benda lain yg dia boleh dapat dengan mudah.

    Isteri jangan lah pernah kata dengan suami “asyik nak buat je” asyik nak bersama je”

    Sebab ayat beginilah lelaki akan mula berfikir untuk cari jalan lain yang boleh lepaskan apa dia nak.

    Cik kena ingat dalam islam, bila suami nak, isteri kena layan sebaik mungkin. Sebab tu bila kita bernafsu, agama suruh kahwin atau berpuasa. Jangan terpengaruh dengan ayat perempuan feminist yg liberal konon perempuan nampak jatuh maruah bila asyik melayan suami. Sedangkan itu kunci kebahagiaan.

    Berdoa banyak kepada Allah. Cuba layan suami lebih. Tanya dia apa kekurangn korang berdua. Cuba benda baru yang tidak melanggar syarak. Cipta memory berdua bersama. Bina spark dalam rumahtangga.

    Suami isteri ni bukan setakat sebut i love u setiap hari dah cukup, dah boleh cipta kebahagiaan. No,hubungan di ranjang juga perlu diperbaiki.

    Ramai yang terpengaruh dengan agenda feminist, agenda barat konon hubungan suami isteri bukan sekadar hubungan kelamin tapi tanggungjawab. Salah. Hubungan suami isteri itu ditunjangi dengan hubungan kelamin dan tanggungjawab. Dua2 perlu dan penting! Sebab tu lelaki bila dia bernafsu dengan perempuan lain dia kena cari isteri dia, itu memang da natural. Jangan kita biarkan benda ni dan jadi seperti orang lain yang ada skandal dan juga kekasih gelap sebab kekurangan hubungan sesama suami isteri. Perbaiki hubungan cik dng suami..

    Mungkin suami cik bernafsu lebih daripada yang cik sangka kan. Dan cik kena terima dan cuba selesaikan.

    Saya doakan semoga Allah permudahkan hubungan korang.

  3. confront. Pernah lalui awal perkahwinan dulu, sampai sekarang ye ingat tarikh dia kantoi. Dia mungkin mmg cintakan bunga cuma mungkin ketagihan. Bantu dia untuk hilangkan

  4. Otak laki ko dah rosak tgk benda2 tu sis.

    Sebab tu dia lg gemar menyendiri dlm gelap alasan main game pdhl ghairah tgk betina lain vogel

    Jaga2 ya takut2 dah smpai ke bilik hotel langgan betina.silap2 awk kena hiv jangkitan bawaan

    Benda sex ni mcm dadah tau sekali cuba akan ulang2

    Tu semua hawa nafsu jht dia.Bkn sebab awk x lawa ke apa x seksi ke apa.Stop salahkan diri.

    Dia tu yg jahat hawa nafsu x pnh puas.Cerai je la sis

    Sblm menerima padah kemudian hr.Ckp syg i love u konon…tp mata menikmati tubuh betina sundal lain.Jgn la percaya laki ko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *