Assalamualaikum semua. Terpanggil nak share jua berkenaan suami contoh selepas membaca confessioan Encik Amer, (https://iiumc.com/aku-suami-contoh/).
Tapi suami aku bukan la nama Amer, cuma boleh dikategorikan jua sebagai suami contoh.
Lepas baca komen, ada yang cakap isteri tulis sebab nak suami macam tu, sebenarnya tak ye. Memang wujud lelaki contoh dalam masyarakat kita tetapi mereka ni spesis rare dan limited edition.
Ok berbalik pada tajuk suami contoh ni versi aku dari kacamata seorang isteri.
Aku berusia 35 tahun dan suami aku 36 tahun. Aku isteri yang tiada rupa, berbadan gempal 100kg dan suami aku kurus dan tampan, cukup dengan senyuman boleh mencairkan wanita diluar. Opsssss.. Hahahahaha.
Tahun ni genap 12 tahun usia perkahwinan kami, kami tidak kenal lama, kenal singkat sangat dalam masa seminggu lebih kurang, bertunang dan terus berkahwin. Dalam fasa bertunang tu la kami saling kenal mengenali.
Aku ramai adik beradik hampir 10 orang, suami ku adik-beradik dia sangat sedikit. Dia pula anak bongsu, semua lelaki adik beradik suamiku.
Selepas hampir 7 tahun usia perkahwinan baru kami dikurniakan anak, alhamdullilah sepanjang kami tiada anak, tak pernah suami mengeluh atau berfikir nak cari lain sebab alasan zuriat.
Masa usia perkahwinan mencecah 3 tahun kami buat ujian kesuburan dan hampa sebab tidak berjaya, tapi kami tetap happy berdua, sampai kami decide ambil anak angkat.
Masa aku tanya suami, nak ke anak angkat? Dia kata terpulang pada sayang. Aku cakap if sayang ambil, abang tak ready nanti akan membebankan abang, dan dia cakap abang okay. Boleh je.
Maka kami ambik dan aku perati suami aku, adakah dia akan abaikan anak tersebut, ternyata tidak. Dia la yang bangun tengah malam buat susu, salin lampin mandikan, rawat bila demam langsung tak tidur, dia jaga lebih pada anak sendiri. Kami sangat bahagia dengan kehadiran anak tersebut.
Alhamdullilah lepas beberapa tahun, kami dikurniakan zuriat secara alami, tiada ubatan dan tiada rawatan, Allah makbulkan, berkat kesungguhan kami menjaga anak angkat mungkin. Aamiin, Aamiin syukur ya Allah.
Sepanjang aku hamil, aku la permaisuri dirumah, kerja rumah bertukar tangan 100 peratus suami uruskan, balik kerja sampai muka pintu dia akan tanya, sayang dah makan? Kalau belum makan dulu, mandi solat lepas tu tidur la abang bereskan kerja rumah
Sampai la anak ketiga begitu la rutin tiap kali aku mengandung, dia tak bagi anak-anak ganggu aku, bagi mami rehat, mami penat, kamu semua jom abah mandikan.
Dalam pantang pun dia yang menjaga aku A-Z, masa anak sulung je aku dihantar ke kampung sebab dia baru nak belajar macamana menguruskan ibu bersalin, dia belajar dari abah aku, sebab abah aku yang paling arif menjaga anak-anak perempuan dia dalam pantang, di sediakan tungku, air herba, air mandi, cari tukang urut semua abah aku yang buat.
Maka bila anak seterusnya suami aku dah hebat dan power. Haha…… seminggu lagi nak bersalin semua resepi masakan dia dah siap print dan tampal di dapur.
Sebelum pergi kerja, dia akan masak nasi untuk aku, dia akan minta kebenaran majikan untuk pulang sekejap jam 10 pagi untuk tengok aku dan anak, dan mandikan anak, masak dan hidangkan aku makanan dan minta aku makan sambil dia uruskan anak dari mandi, tuam, dan pakaikan baju.
Selepas selesai urusan, aku akan susukan dan dia akan pergi semula ke tempat kerja.
Rindu pula nak mengandung lagi. Hahahaha.
So aku ingat suami aku ni akan menjadi tipikal lelaki yang masa ada anak pertama je beria lepas tu tak dah dan lepas tangan. Alhamdullilah dia tidak seperti tu. Dari 12 tahun dulu begitu la dia sehingga kini.
Suami aku bukan kaki lepak mamak, bukan tak ada hobi, ada tapi dia tak obses, suami aku main basikal, tapi dia tak ada group, sekadar berbasikal untuk menjaga kesihatan, akan keluar 7 pagi waktu hari cuti dan balik semula 2jam selepas itu dengan sarapan untuk kami.
Dia juga suka memancing, tapi tak akan keluar dari daerah atau tempat lama-lama.. Sekadar pergi sejam dua dan balik. Dia juga main game, pubg di hp tapi tak lama, main pun dengan kawan2 yang aku kenal juga, hp dia merata-rata. Dia bukan hp berjahit ditangan, aku yang banyak pegang hp dari dia.
Dia kadang keluar ke kedai, surau pun hp tinggal, sampai kadang aku pula stress sebab nak pesan barang apa pun tak boleh dah. Hahaha.
Sabtu ahad banyak aktiviti dirumah, so kadang hari rabu atau khamis dia akan tanya plan aku apa hujung minggu, kalau aku cakap tak tahu nak kemana dan buat apa dia akan ajak aku mengemas rumah,.
Kalau sebulan jadual kami pack di hujung minggu contoh ada kenduri, ada family day, ada aktiviti tempat kerja. Dia dah mula gelisah sebab katanya rumah dah lama kita tak mengemas ye sayang, minggu ni kita kemas rumah, abang nak mop lantai.
Owh ya sepanjang 12 tahun berkahwin aku tak pernah mengemop lantai. Kerja didalam rumah 70% dia buat 30% aku buat, saling membantu, sebelum keluar kerja dia kemas rumah, sampai rumah lepas kerja dia akan sapu dan vacuum rumah dulu.
Petang lepas balik kerja, dia akan layan anak-anak diluar main basikal, aku dalam rumah sediakan makan malam, waktu maghrib dia akan surau dan bawak 2 anak aku, lepas isyak pulang dan ajar anak aku mengaji.
Entah la, kadang aku muskil juga, suami aku tak ada ruang ke nak me time untuk dia, tapi dia begitu sahaja, itulah suami aku yang aku kenal selama ni. Kalau aku merajuk dia takkan tunggu lama, dia pasti pujuk, aku bukan spesis isteri bila suami pujuk jual mahal, tak ada. Lepas dia pujuk baik la. Kadang tak sampai sehari pun merajuk. Saja nak perhatian. Haha.
Bab kewangan pula kami dari golongan B40, suami aku ada juga part time job yang sesekali orang perlukan khidmat dia, kalau jauh dia akan bawa kami semua ikut, kalau dekat dia pergi sendiri sahaja.
Setiap kali dapat upah, aku tahu berapa nilai dia dapat, tiada dia nak sorok dari aku, dia buat kira-kira untung rugi pun depan aku, tapi aku tak pernah minta, cukup la dia menafkahi dan mencukupi aku dan anak-anak. Tetapi dia pasti akan bagi aku separuh dari untung dia.
Kalau hari tu dia dapat cuma RM20, pasti RM10 dia akan bagi jua pada aku. Itu sebab aku rasa, rezeki dia murah dan lapang, tak mewah tapi mencukupi. Alhamdullilah atas rezki suami contoh dan mithali. Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga.
Maaf kalau panjang, nak cerita banyak lagi tapi cukup la sampai setakat ini. Aku harap kalian doakan aku dan suami aku kekal hingga hujung nyawa.
– Ida, isteri bertuah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit