Suami Curang

Salam perkenalan semua nama ku Rara. Sebelum ini aku seorang yang ada kerjaya tapi ditakdirkan aku mengandung setelah beberapa tahun berkahwin lalu suami arahkan untuk berhenti kerja demi kebaikan aku dan anak yang dikandungkan.

Suami ku bekerja di sektor oil & gas disebuah syarikat agak terkenal juga. Aku dan suami jalani kehidupan seperti pasangan lain sehinggalah anak kami pun sudah besar hampir masuk 1 tahun umurnya.

Ditakdirkan masa musim pkp ini suami diberhentikan kerja (juga akibat perbuatan aniaya di tempat kerja suamiku).

Aku selalu doa agar suamiku sentiasa dimurahkan rezeki dan selang beberapa bulan suamiku dapat kerja di tempat lain (bukan bidang oil & gas) dan gajinya amat sikit berganda ganda berbeza dari sebelum ini.

Aku tau suami pun tertekan dengan keadaan sekarang tetapi dia tak pernah culas tanggungjawab terhadap aku dan anak kami, walaupun sedikit duit belanja untuk aku tetap dia akan beri walaupun aku tidak pernah minta.

Ada satu masalah ialah dengan keluarga sebelah suami aku iaitu adik beradik dia, tetap suka mengambil kesempatan atas kebaikan suami. Mereka ada enam beradik semuanya yang tinggal berhampiran rumah mertua ku di perak.

Bapa mertua ku sudah berumur 75 tahun dan ada beberapa penyakit yang membuatkan beliau terpaksa ulang alik dari Perak ke Kuala Lumpur.

Husband aku terpaksa balik boleh dikatakan setiap minggu untuk bawa bapa mertua check-up di sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana kakak-kakak pada suamiku seringkali beri alasan sibuk, berkerja, tidak mempunyai kenderaan dan tidak tahu selok belok jalan di Kuala Lumpur.

Dengan keadaan suami yang bekerja tidak tentu(ada kerja ada gaji) kalau bawa bapa mertua berulang dari KL-Perak Perak-Kl suami terpaksa ambil cuti. Sudah tentu duit tol dan minyak suami yang keluar.

Bab tu aku tak kisah memang tanggungjawab suamiku sebagaii anak untuk berkorban, tapi yang aku kisah kenapa kakak-kakak dia lepas tangan macam tu saja,

Sedangkan mereka tahu keadaan suamiku sekarang dengan tiada kerja makan gaji yang tetap, duit belanja pun hanya cukup-cukup untuk family kecil kami.

Aku sampai pernah bergaduh besar dengan suami pasal hal ini, aku jadi sakit hati kerana kakak suami semuanya ibarat ambil kesempatan dan lepas tangan berkenaan urusan ayah mereka sendiri langsung tiada sepakat untuk bawa bapa mertuaku ulang alik dari perak ke kl.

Kakak ipar mula hasut suami kata aku macam macam, ye betul aku memang meluat dengan salah seorang kakak iparku kerana mulut sangat puaka dan lantang bila berkata kata.

Dia ingat aku takut cumanya aku malas nak layan perangai kampung dia jenis suka menjaja cerita dan update status di media sosial. Lalu aku block semua kakak-kakak iparku dan baru tenang hidup aku jauh dari mereka.

Hubungan aku dan suami pun mula hambar disebabkan kami pernah bergaduh besar pasal hal berkenaan,

Aku sikit pun tak pernah larang suami buat baik pada keluarga dia lagi lagi bapa dia, aku sendiri pernah cakap macam tu, malah selalu ingatkan suami pasal tanggungjawab suami & tanggungjawab anak terhadap ibubapa

Baru-baru ini aku dapat tahu suami aku kantoi curang berwasap wasap dengan perempuan lain siap bersayang sayang lagi ya. Perasaan aku hancur remuk macam ditikam tikam hati ni. Apa salah dan dosa aku sampai suami tergamak curang di belakang?

Dia tak tau ke aku ni punya setia jaga maruah jaga keluarga jaga anak kami dekat rumah, memasak uruskan rumah suami balik kerja tinggal makan tidur dan melayan anak saja? Dia tak tau ke macam macam dah aku korbankan demi keluarga kecil kami.

Aku taktau lah sejak bila dia curang, dah lama atau sejak kami bergaduh tempoh hari. Yang penting dia betul2 buat aku kecewa yang teramat sangat,

Aku kesiankan dia kesahkan dia penat asyik ulang alik fikirkan kewangan dia lagi sedap sedap dia curang belakang aku? Buruk dan hina sangat ke aku ni? Seronok lah kakak ipar dia kalau tau suamiku ada skandal dengan perempuan lain.

Lillahitaala aku nak berwasap dengan lelaki lain pun rasa berdosa, kalau wasap pun atas urusan kerja kerana aku buat business online sambilan di rumah.

Apa yang perlu aku buat sekarang sebab aku betul betul buntu dan kecewa. Adakah sebab aku pernah suarakan pendapat aku yang buat suami jadi tawar hati dan memilih seseorang untuk hiburkan hati suami aku? Atau dia memang sudah lama curang dibelakang aku?

Aku bukanlah buruk sangat atau isteri yang tak pandai bergaya walaupun di rumah di depan suami. Tapi apa salah aku sampai suami sanggup dan tergamak khianat rumah tangga kami yang dah dibina lebih 6 tahun.

Maaf andai kisah aku ni agak serabut sebab aku terlalu sedih sampai menggigil tangan type confession ni… aku perlukan kekuatan. Suami ajak berbincang semula walaupun dia ada kata dia masih sayangkan aku.

Suami tiada dengan aku sekarang kerana bawa bapa mertua check up macam biasa, aku terkial kial jaga anak seorang diri dekat rumah. Suami selalu akan balik ke kampung beberapa hari uruskan hal bapa mertua aku.

Helppp, aku betul2 sedih dan rasa down sangat…

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *