Suami Curang

Assalamualaikum semua,

Saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi saya cuba mula dari awal kami kahwin.

Kami kahwin disebabkan dia beria ajak kahwin, lebih 8 kali ajak kahwin. So, saya terima sebab saya yakin dia sayangkan saya.

Kami kahwin & dikurniakan seorang anak yang comel.. Alhamdullilah.

Selepas setahun, saya dapat tangkap yang suami saya berskandal dengan perempuan lain. Siap keluar ambil gambar sekali, Allahu..

Tapi dia tak jumpa berdua, perempuan tu ada 2 orang lagi kawan lelaki & perempuan. Masa ini tahun 2021.

Saya marah & rasa ingin dilepaskan tapi suami saya merayu tak kan ulang lagi.

Suami saya jenis pendiam, jadi saya tak sangka dia boleh buat hal macam ni.

Lama dia tak buat hal, akhir tahun saya mula perasan dia berubah, cara bercakap lain.

Satu-satu Allah tunjuk dia curang, dari perempuan kirimkan hadiah kat anak. Dia transfer duit konon perempuan tu dah nak kahwin. Dia ambil gambar kasut berdua.

Saya marah lagi, dia kata benda tu semua tak ada benda. Tapi saya terima lagi.

Macam mana ya? Adakah saya terlalu baik. Saya minta dilepaskan tapi dia tak nak. Tolong bantu saya.

Ini saya ringkaskan, ikutkan banyak lagi hal. Hurm..

Itu saja, terima kasih ya.

– ARIANA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *