Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-curang-2/).
Hi, salam semua.. Aku Rara yang hantar confession pasal suami curang sebelum ni.
Ketawa seorang seorang aku baca komen netizen semua.. Yang aku nak gelak tu komen yang kondem kondem tu.. Pada komen bagi kata kata semangat komen yang positif aku ucapkan terima kasih banyak banyak..
Komen yang tak positif pun aku nak ucapkan terima kasih sekurang kurangnya aku boleh ambil input juga walaupun sikit.
First of all aku nak cerita lebih sikit maybe sebelum ni aku agak emosi sikit so tak dapat nak cerita bagi jelas.
1. Siapa kata aku tak pernah ambil hati suami? Ambil hati keluarga mertua? Kamonnn gaisss.. Dulu masa aku kerja aku bagi tau duit kat mak mentua aku senyap senyap siap cakap jangan cerita kat husband aku.
Kalau aku belikan arwah mak aku handbag mil aku pun akan dapat juga barang yang sama. Kalau belikan arwah ayah, fil pun dapat juga, tu belum lagi aku belikan anak anak buah husband baju lagi..
Aku sikit pun tak ada nak berkira or mengungkit cuma nak cerita saja dalam confession ni.
2. Aku always berbaik baik dengan kakak ipar, biras semua lah. Memang aku jenis tak banyak bunyi ikut saja apa kata suami.
Sebelum ni kalau husband aku balik kampung ke apa memang aku ikut, dia pergi lepak pun kadang ajak aku cuma aku yang tak nak sebab bosan.
Cuma masa PKP saja aku tak follow dah nama pun tak boleh rentas negeri kan. Husband memang ada surat doctor sah sah laa lepas isi permit polis tu.. cuma kuota kenderaan tak bagi lebih dari 2 orang kan sebelum ni.
3. Fil aku sakit dah 21 tahun, kanser prostat. Check up dekat sebuah hospital yang top juga dekat KL sebab situ saja ada pakar yang boleh handle sakit dia.
Dari 3 bulan sekali, bawak ke 1 bulan sekali, sampai laa ke 2 minggu sekali dan sekarang seminggu sekali. Mana taknya urusan simple macam kena bawa fil pergi scan pun,
Anak yang duduk berhampiran tak dapat bawa so terpaksa laa husband aku yang duduk jauh bi bawak. Sepanjang aku dengan husband kahwin memang aku tak pernah nampak kakak kakak dia datang stay rumah kami demi nak bawak fil check up.
Aku pun sikit tak pernah bersuara, fil datang aku layan baik baik masak apa semua laa asalkan dia selesa duduk rumah aku.
Tapi fil aku memang baik dia jenis tak banyak songeh. Memang aku pun rajin layan dia menyembang sebab fil aku kuat sembang. Tang mana tak reti ambil hati tu yaa?
Aku cuma pelik dan aneh kenapa kakak2 husband aku sekali pun taknak bawak.. Tak salah kot kalau diorang hantar datang KL nanti balik semula ke kampung kami boleh hantar.
Tu pun aku diamkan saja aku start bersuara dengan husband start PKP tahun lepas.. Tu ok laa dia tengah ada gaji tetap..
Aku tanya husband pun elok elok punca gaduh aku taktau laa mana kakak ipar aku yang seorang tu dia dapat tau dan dia marah sangat aku tanya macam tu kat husband..
Sampai dia buruk burukkan aku kat socmed tau.. Aku sabar lagi sikit pun tak ada nak melawan sebab aku tau kalau aku lawan aku pun perangai keji macam tu juga.. So nak senang aku block saja semua.. Even kat wasap pun.
3. Bab husband curang pulak.. Aku pun tak ada laa lurus sangat even suami aku buat password kat hand phone dia, aku mesti dapat hack..
Kadang aku check phone dia juga tapi tengok tak ada pulak unsur unsur curang tu.. Aku husnuzon lagi.. Kadang sampai terlupa nak check..
Sampai baru baru ni aku buat dualwhatsapp.. Means aku boleh baca wasap husband aku dari phone aku je.. Sebelum ni buat tak ada nama perempuan tu.. Tak wujud pun scandal ni..
Tetiba satu malam tu tergerak hati nak check muncul nama V*Vi tu.. Aku baca wasap sambil gigil2 tangan tapi cool juga sebenarnya suami aku tengah tak ada kan bukan boleh buat apa.
Husband tau aku tau pasal wasap tu, dia memang ajak aku bincang tapi aku tak tau laa apa yang dia nak bincangkan.
Aku buat macam biasa bila dia dah balik macam tak ada apa masalah, dalam hati tak sabar nak tau sejak bila dia curang tu tapi ah lantak laaa apa2 hal dia balik juga dekat aku & anak kami.
4. Ada juga aku terfikir macam nak lepaskan dia.. Tak guna gaduh sebab laki seorang, kalau pempuan tu nak dia ambillah. Aku siap cakap kat husband takpe Allah ada & aku senyum je..
Sampai laki aku pun jadi malu malu kucing bila aku cool & chill tak ada nak maki maki.. Aku rasa kalau korang kena? Ada tak yang maki maki?
Belum kena belum tau adik kakak apa perasaan.. So jangan laa rasa seronok sangat nak kondem-kondem keadaan orang lain.
5. Aku tak kerja pun aku takda susahkan laki aku, rasa duit nafkah tu memang tanggungjawab dia kena bagi. Aku tak penah mintak sampai beribu pun sebulan.. Dia bagi aku ambil.
Insuran hibah semua dia dah buat untuk aku & anak. Aku sikit pun tak penah iri hati husband buat baik dekat parents dia tau. Sebab sebelum ni aku pun ada makpak..
Aku pun ada anak nanti anak aku pun membesar.. Siap aku cakap dekat anak aku yang umur setahun tu nanti dah besar jadi macam daddy, bertanggungjawab..
Kita doakan daddy selalu murah rezeki okay. Walaupun anak aku tak paham lagi.. So jangan senang senang nak kondem confession aku yang sebelum ni.
6. Aku selalau wasap suami, mintak maaf siap cakap kalau ada apa yang kurang ada apa yang tak okay sila bagi tau, tegur. Dah dia jawab dont worry semua okay aku nak buat macam mana lagi.
7. Last.. Aku ada terbaca wasap suami juga dengan kakak dia yang lagi seorang.. Yang ni baik sikit laa dia tak banyak bunyi. Husband aku mengadu kenapa yang lain lepas tangan, pentingkan diri & tak ada tanggungjawab.
Tapi husband tak cerita kat aku malu laa agaknya sebab sebelum ni aku penah tanya kat dia sampai kakak dia yang celupar tu punya naik angin hahaha.
Aku jenis tak banyak bunyi laa aku ok saja husband nak buat apa dengan family dia cuma family dia yang lain terlalu bergantung kat dia sampai aku cakap kalau you kena kerja jauh offshore ke apa takkan kena balik juga even bawak pegi hospital sebelah rumah pun?
Camtulah contohnya tapi pernah saja jadi fil aku demam kakak dia cerita apa tah kami pun balik.. Padahal dia yang dekat boleh saja setelkan sementara. Sampai saja aku tengok fil aku elok saja dia just kata dia pening..
Biasa laa orang dah berumur macam macam penyakit boleh tiba tiba datang.
Oklah thanks baca luahan aku.. Nanti aku sambung lagi kalau ada yang sudi nak baca. Cuma aku sokong orang kata kalau nak curang depan mata pun boleh curang.
Doakan aku dan suami masih bahagia lagi walau hati aku terluka juga.. If Allah izinkan kekal laa hubungan ni.
– Rara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit