Suami Curang Kerana Kurang Perhatian

Saya telah berkahwin pada usia yang agak awal daripada kawan- kawan dan juga berkahwin dengan lelaki pilihan hati saya.

Saya dan juga suami telah berkenalan daripada bangku sekolah sehingga kami berkahwin. Sehingga kini saya telah melahirkan 8 orang anak lelaki.

Pada awal usia perkahwinan Kami, semuanya baik-baik belaka dan dia adalah suami yang amat bertanggungjawab serta menyediakan cukup makan pakai untuk saya dan anak-anak sehingga saya melahirkan anak yang keempat dalam masa 4 tahun perkahwinan.

Pada tahun yang kelima perkahwinan, suami saya telah menunjukkan tanda- tanda yang pelik dimana dia banyak berahsia dan kurang bercakap dengan saya.

Rupa2 nya dia susah ada jantung hati (andartu). Kami adalah sebaya, pada masa itu kami baru berumur 28 tahun dan perempuan you berumur almost 40 tahun.

Mereka selalu ber chatting sesama sendiri dan kami suami isteri kerap bergaduh sehingga dia sendiri yang mengaku yang dia sudah ada seorang perempuan yang amat mengambil berat pasal dirinya bukan seperti saya.

Saya amat sedih mengenangkan nasib saya yang mempunyai anak2 yang masih kecik.

Tapi setelah berapa bulan saling berbalas messages dan berjumpa, saya telah menghantar text message pada perempuan itu dan dia tidak lagi mengganggu Kami sekeluarga. Perempuan itu agak educated so dia paham kepada situasi Kami.

Tak cukup dengan itu selepas 2 tahun semasa saya mengandungkan anaknyang kelima, suami saya telah menjalankan hubungan dengan seorang janda (still isteri orang) yang sedang mengandung dan baru diceraikan oleh suaminya.

Suami saya boleh cakap yang dia kesiankan perempuan itu dengan anak2 nya sedangkan saya anak beranak tidak dipedulikan.

Hubungan itu berpanjangan sehingga perempuan itu melahirkan anaknya. Dia (suami) telah meminjamkan duit dan masa untuk perempuan itu dan anak2nya kerana kesiankan bayi yang tidak berbapa itu sedangkan Kami juga mempunyai anak yang kecik2.

Berapa luluhnya hati saya bila mengenangkan yang selalu menolong saya dan anak2 adalah keluarga saya sendiri sebab keluarga saya tidak tahu yang saya telah diperlakukan sebegitu.

Mereka ingat yang suami saya susah sebb dia hanyalah berniaga menjual makanan digerai yang telah diusahakan sejak ibunya hidup lagi.

Hubungan mereka berlanjutan sehingga lah saya megandungkan anak kembar saya. Pada masa itu saya telah diceraikan pada usia kandungan saya 5 bulan.

Dia menyatakan yang saya bukan perempuan yang baik dah mungkin juga anak kembar dalam kandungan saya itu bukan anaknya. Betapa luluhnya hati saya lagi kerana saya telah diceraikan pada malam harijadi saya.

Actually in between tu, dia memang Ada banyak affair dalam 2-3 orang masa dia buat kegiatan2 NGO dia.

Ye tuan puan, dia adalah seorang yang boleh dikatakan famous dikalangan NGO2 di Malaysia ni ye. Ramai kawan2 dan juga rakan2 NGO yang telah terpedaya dengan janji2 dia tuan puan. Sehinggakan semua orang nampak saya lah yang salah dalam keadaan ini.

Untuk info tuan puan, setelah saya diceraikan masa mengandung keluarga saya telah menghalau dia keluar daripada rumah keluarga kami.

Tetapi kami telah merujuk semula sebab mengenangkan anak2 yang didalam kandungan saya. Memang saya mengaku yang saya memang bodoh….

Beberapa tahun kemudian saya telah mengandung anak yang kelapan (walaupun kami tinggal tak sama rumah tapi saya still menjalankan kewajipan saya sebagai isteri).

Dia meminta until pulang masuk kerumah keluarga saya, dimana saya memohon menangis2 meminta ahli keluarga saya memaafkan dia.

Alhamdulillah, kami bahagia selepas itu. Saya ingatkan panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari.

Lagi sekali dia menyatakan yang dia tidak bahagia dan ingin mencari kebahagiaan diluar sana sehingga meminta jika saya sudi dimadukan…. Dengan seorang anak dara yang macam tomboy.

Saya kata kalau camtu lepaskan saya, dia cakap time will tell. Sampailah je hari ini saya masih terkontang kanting tidak dipedulikan olehnya.

Actually masih banyak lagi cerita in depth tapi saya rumuskan je semua. Sekianlah luahan hati saya, doakan semoga saya tabah menjalani hari2 mendatang dengan 8 orang anak lelaki saya….. Aamiin…..

– Alayna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *