Hi semua. Aku Ayu. Berumur 30. Baru berkahwin, belum ada anak. Hidup berdua dengan suami.
Aku kenal dengan suami pada umur 18 tahun ketika asasi. Selepas itu, kami bawa haluan masing-masing, tapi masih berkawan.
Tapi, aku tidak terlalu kenal dengan suami ketika itu sebabnya, kami masing-masing hanya berkawan. Tidak berminat untuk melebih-lebih.
Kami jumpa semula ketika umur 29 tahun. Berkawan sebulan dua dan terus decide untuk kahwin. Proses terlalu cepat. Jumpa 2 kali, suami berjumpa keluarga, tunang, dan kahwin.
Aku tidak sempat mengenali suami secara lebih. Yang aku tahu, suami aku jenis pendiam, selalu utamakan kerja dan emaknya, yang mana aku okay sahaja pada awalnya.
Tapi selepas berkahwin, aku rasa, aku dan suami berkahwin kerana faktor umur. Aku tahu dia sayangkan aku, cuma aku tahu juga sayangnya tidak terlalu sayang. Biasa sahaja.
Kami tidak pernah bergaduh isu yang berat seperti hal mak mertua, ipar biras, atau perempuan lain (setakat ini lah). Cuma aku selalu terasa hati kerana suami aku pendiam.
Aku sampai terfikir, suami aku ni pendiam dan tak banyak cakap sebab dia tak suka aku ke sebenarnya.
Suami keluar kerja pukul 9 pagi. Dalam pukul 11 pagi aku WhatsApp, tapi takkan direply. Tiba-tiba pukul 3 atau 4 petang dah balik. Aku tanya kenapa tak reply, dia kata busy.
Begitu juga kalau suami balik rumah mak dia, aku akan balik rumah mak aku.
Bila aku WhatsApp pukul 10 atau 11 malam, esok paginya belum tentu direply. Katanya penat, tertidur, atau jumpa client.
Kadang-kadang bila aku sangsi, aku diam. Mesti suami akan upload gambar dia dan client (yang semuanya lelaki). Mula lah lepas tu aku rasa berdosa sebab syak wasangka. Akhirnya, aku yang nampak jahat.
Begitulah…
Aku kerap kata ke suami, komunikasi tu penting. Cakaplah. Ceritalah. Hari ini jumpa siapa, client mana, di mana, makan apa.
Tapi suami aku kata, “Okay.” Tapi lepas tu dia diam je.
Kalau aku bercerita 10 minit, suami akan respond, “Ooo. Pastu?”
Aku jawab sahaja, “Lepas tu apa? Cerita dah habis.”
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Serius bosan. Angah yg dh nk masuk 10 tahun kawin ni pun bosan bila cuba fikir klau Angah dpt suami yg mbosankn begitu. Klau Angah, bknnnk kata 10 thn, mgkin 20 bln pun x sampai. Angah nk bgtau apa yg awak rasa tu normal. Mmg seorg isteri dambakn perhatian dr seorg suami. Isteri ni suka klau suami dia cakna apa yg dia kata, apa yg dia cerita, apa yg dia buat setiap hari. Isteri ni lg suka klau apa pun yg dia buat, suami turut lakukn brsama2. Baru la tercipta keserasian, kemesraan & saling memerlukan antara satu sama lain. Berkahwin ni penyatuan dua jiwa, dua rasa & sayang yg x dpt nk diluahkn dgn kata2. Baru ada feel, terserlah pd wajah. Rasa seronok kawin, rasa xboleh berenggang, rasa selamat & disayangi. Tp klau x ada rasa mcm tu, xada jiwa, x ada komunikasi, x ada perasaan, jadi la mcm robot. Atas katil pun main prranan. Ada sentuhan yg dpt dr suami yg isteri akan rasa dihargai, disayangi & lebih intim. Rasa bahagia bila suami ada reaksi yg dia tu org bkn patung. Bila isteri brcerita, tumpukan la prhatian & beri respon yg sesuai dgn cerita. Klau terus terusan mcm yg awak luahkn, xmgkin awak akan terus rasa bosan. Bkn apa, bimbang jg klau awak ter .. . jumpa llaki yg dpt berika. Perhatian pd awak, awak akan ter…. curang tanpa niat. Itu je yg patut awak bimbang. Apa pun cuba brtanya pf suami. Apa tujuan dia nk kawin ni. Sb sayang awak ke atau sb fikir umur dh byk, & dh ada ppuan yg nak, kahwin je la. Bgtau dia yg awak inginkn perhatian penuh dr dia sbg suami. Bgtau awak masih rasa sunyi & bosan jalani hidup seharian walau dh brkahwin, dh ada suami. Mgkin suami awak x tahu. Kena la bgtau. Jgn diam je, simpan dlm. Awak boleh tunjuk video2 kemesraan suami isteri dlm drama2 yg mn boleh dicontohi. Balik kerja sama2, mandi sama2, makan sama2 solat sama2, tgok TV sama2 & masuk tido pun sama2. Cuba praktikkn. Kan awak brdua masih blm ada zuriat lg. Enjoy la puas2….
Benda mcm ni pn masalah, awk tu yg masalah. Dah kalau mmg dah tau dia jenis pendiam, mmg mcm tu. Sy pn jarang nak berkata2 kalau tak perlu. Diam tu dapat mengelak drpd tersalahnya kata. Kalau btl tak setuju, tak boleh nak go on, ikut awk la, sy tak nak cakap suruh buat benda tu, tp klu dah siap mentioned tak de anak, rasa macam2, siap dah syak wasangka, awk tepuk dada tanya hati la.. Yg angah atas tu pun, jgn nak jadi batu api la, nonsense.
laki ko da bosan dgn ko la kak tu pun nk berteka-teki lagi. cuba bagi dia kawin satu lagi mesti senyum sampai ketelinga tu.
Ajak husben tu buat test MBTI, dia ni extreme introvert ke? Minta dia tulis apa yg dia suka dan tidak suka, begitu juga puan. Share list berkenaan. Rancang aktiviti yg berdasarkan minat bersama.
Semoga berhasil