Suami Dan Aku

Hi semua. Aku Ayu. Berumur 30. Baru berkahwin, belum ada anak.

Aku hidup berdua dengan suami.

Aku kenal dengan suami pada berumur 18 ketika asasi. Selepas tu, kami bawa haluan masing masing, tapi masih berkawan.

Tapi, aku tidak terlalu kenal dengan suami ketika itu sebabnya, kami masing masing hanya berkawan. Tidak berminat untuk melebih lebih.

Jumpa semula ketika umur 29. Berkawan sebulan dua dan terus decide untuk kahwin. Process terlalu cepat. Jumpa 2 kali, suami berjumpa keluarga, tunang dan kahwin.

Aku tidak sempat mengenali suami secara lebih. Yang aku tahu, suami aku jenis pendiam, selalu utamakan kerja dan emaknya which is aku okay sahaja awalnya.

Tapi selepas berkahwin, aku rasa, aku dan suami berkahwin kerana faktor umur.

Aku tahu dia sayangkan aku, cuma aku tahu juga sayang nya tidak terlalu sayang. Biasa sahaja.

Kami tidak pernah bergaduh issue yang berat seperti hal mak mertua ke, ipar biras ke, perempuan lain ke (setakat ini lah). Cuma aku selalu terasa hati kerana suami aku pendiam.

Aku sampai terfikir, suami aku ni pendiam dan takbanyak cakap sebab dia tak suka aku ke sebenarnya.

Suami keluar kerja 9am. Dalam jam 11am aku whatsapp, tapi takkan direply.

Tiba-tiba pukul 3 atau 4 dah balik, aku tanya kenapa tak reply, dia kata busy.

Begitu juga kalau suami balik rumah mak dia, aku akan balik rumah mak aku.

Bila aku whatsapp jam 10 atau 11 malam, esok pagi nya, belum tentu direply, katanya penat/ tertidur/ jumpa client.

Kadang kadang bila aku sangsi, aku diam. Mesti suami akan upload gambar dia dan client (which semuanya lelaki).

Mula la lepas tu aku rasa berdosa sebab syak wasangka. Akhirnya, aku yang nampak jahat.

Begitulah..

Aku kerap kata ke suami, communication tu penting. Cakaplah. Cerita lah. Harini jumpa siapa, client mana, di mana, makan apa.

Tapi suami aku kata okayy. Tapi lepastu dia diam je.

Kalau aku bercerita 10 minit suami akan respond, “0oo. Pastu?”.

Aku jawab sahaja, “lepastu apa, cerita dah habis”.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Baru sangat tu sis, chemistry belum develope lagi, banyak cara nak dapatkan chemistry, macam buat aktiviti bersama like bercuti, hiking, tengok movie, macam-macam lagi lar. Mungkin jugak dia ni jenis tak suka small talk, jangan give up sis, teruskan mencuba okeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *