Suami Dan Brandingnya

Aku kenal dia ni tak lama sebelum dia jadi suami aku. So taaruf kami tak lama. Banyak yang aku tak tahu pasal dia. 

Lepas kahwin baru tahu macam2 pasal dia. Apa yang aku boleh cakap, gaya hidup dan cara kami tak sama. 

Aku sebagai perempuan rasa segan dengan dia ni sebenarnya. Aku rasa kalau dari awal aku tahu, aku takkan kahwin dengan dia. 

Ibarat macam ada jurang besar. Macam aku ni orang kampung B20, dia T20. 

Aku tak kata dia hina atau kondem. Dia just cakap pendapat dia ja. Cuma aku rasa macam susah nak go dengan gap tu. Rasa macam tak layak pun ada. 

Padahal dia pun orang biasa ja. Even dia kerja biasa ja. Gaji dia tak sampai 3k pun. And ada sijil STPM ja. 

Mak ayah dia pun orang kampung biasa ja. Dan dia pun sama ok. 

Cuma knowledge dia pasal branding sangat tinggi. Dan semua benda kena yang berjenama ja. Termasuk kedai2 makan. Dia tak guna benda biasa yang kita guna tu. 

Aku ni kerja pegawai kerajaan. Ada degree. Gaji aku memang sangat tinggi dari dia. Tapi aku sendiri pun tak macam dia. Tak pernah ada gaya hidup macam dia. Dan tak pernah terfikir pun. 

Awal2 kahwin tu kan, kami pergi pasar malam. Kan ada jugak orang jual2 baju. Masa aku tengok2 tu, dia tanya macam ni. “Awak memang suka beli baju kat pasar malam ke”. 

Aku tanya kenapa. Dia kata takde la. Baju2 macam ni tak tahan. Sebab murahkan. Better beli yang berjenama. Ada kualiti. Puas hati walaupun mahal. 

Aku kata tak jugak. Aku pakai barang biasa2 tahan ja. Pastu dia diam. 

Aku tanya “Kenapa, awak beli kat mana”. Dia kata Tommy la Gio la. Ada la dia sebut2 lagi. Aku macam tercengang la. Aku tanya brand bagus ke tu. Kedai apa tu. 

Seriously aku memang tak tahu pasal benda2 tu. Aku tak pernah perasan pun kewujudan kedai2 tu. 

Sebab honestly, aku memang beli baju dekat kedai2 biasa ja. Macam Zon Ria , Aeon. Benda2 macam tu. Dekat uptown. Kat mana2 aku berkenan aku beli ja. Aku tak paid attention pada brand. 

Sebab itulah gaya hidup aku kan walaupun aku pegawai kerajaan. Aku selesa macam ni. Hidup sederhana. 

Dia kata bagus brand2 tu. Selesa baju2 dia. Aku tanya kat mana kedai tu. Dia cakap dalam mall ada ja. Pastu dia sebut la mall2 yang ada. 

Aku kata ada eh. Tak perasan pulak. Sebab aku memang pergi ja mall2 tu. Tapi macam untuk tujuan makan ke, tengk wayang ke. Pergi watson guardian tu pernah la. 

Lepas tu ada sekali aku pergi lunch kat mall dengan kawan. Terperasan pulak kedai2 yang mamat ni beli baju. 

Saja2 la masuk. Aku macam terkejut la tengok satu t shirt tu. Sama macam dia ada. Harga dia 300. T shirt macam bodo2 ja. 

Tapi aku ada la belikan satu t shirt untuk dia. Memang niat nak beli untuk dia. First time aku beli benda mahal. Tapi fikir untuk suami sendiri kan. Tu pun lepas less dapat 270. Still mahal untuk aku. 

Sebab baju2 aku murah ja. Aku tak pernah beli apa2 pun sampai 200 300. Kalau ada pun mungkin handbag. 

Balik tu masa aku bagi. Dia senyum ja ambik t shirt tu. Macam tak excited pun. Aku tanya tak suka ke. Dia kata suka ja. 

Aku bagitau la dia. Ada jumpa t shirt macam dia ada. Harga dia 300. “Memang baju2 awak harga macam tu ke”. Dia kata oh dah murah sikit ye. Masa saya beli mahal lagi. Mesti sebab dah out to date”. 

Aku macam termalu sendiri pulak. Maksudnya design tu akan jatuh harga kalau new design dah keluar. 

So sebab tu ke dia senyum ja. Sbab dia tahu kalau awal2 tu harga lagi mahal. Entah la rasa menyesal pulak beli. Takut dia fikir aku beli benda murah kat dia. Padahal tu cukup mahal untuk aku. 

Oh ye, kalau tengok dia punya produk mandian dia, syampoo dia. Tak de kat pasaran biasa2. Aku nak tulis pun terbelit nak sebut nama. Tapi nama2 mat salleh la. 

Kalau yang boleh jumpa pun BBW ja. Tu pun dia kata sangat jarang la beli. Sebab brand dia lagi mahal. Marie Claire la, Laura la. Entah la aku tak pernah dengar nama2 macam tu. 

Aku tahu sabun2 biasa ja. Paling2 pun aku guna body shop ja la. Dia ada ja suruh aku try. Memang rasa beza la. Wangi dia lekat seharian pun dekat badan. 

Kalau pagi mandi pakai, sampai ke malam pun masih bau wangi dia. Dan rasa lembut dan segar. 

Tapi aku sendiri kekok nak pakai benda2 tu. Sebab tahu mahal. Nanti habis ke apa ke aku takut rasa bersalah. 

Dia mungkin tahu bajet timing. Tapi aku tak tahu. Sebenarnya takut dia marah aku guna barang dia kerap2. 

Walaupun rasa macam best barang2 dia. Aku nak bagi duit dia tak nak. Dia kata aku boleh ja guna barang dia. Cuma aku segan. Sebab tahu benda tu mahal. 

Aku tanya mana awak tahu semua ni. 

Dia kata dia dari dulu akan pergi satu spa orang chinese. So barang2 dia semua beli dari chinese tu. Dia pergi dari umur dia awal 20an. Gila betul. 

Dia cakap, brand2 yang standard tinggi ni tak de kat pasaran biasa. Macam kedai2 Watson ni semua tak akan ada. 

Macam artis2, raja2 pakai ni. Benda ni exclusive. Exclusive ni sangat terjaga. Company2 ni sasaran dia hanya orang yang tertentu ja. Dia tak focus kuantiti, tapi dia focus kualiti dan siapa customer dia. 

Sebab tu kalau nak barang tu, kena import dari negara tu direct. Melainkan kita pergi negara dia sendiri, mungkin boleh jumpa dekat mall dia. Tu pun sangat rare jugak. Sebab dia jual kat tempat tertentu ja. 

Aku tanya dia. Awak ni tak de pun environment orang kaya2. Tapi hidup awak macam orang kaya2. 

Aku persoal la mana dia tahu semua2 ni. Dan macam mana dia mampu maintain dengan gaji dia. 

Dia kata dulu lepas spm, dia kerja satu kedai buku ni. Macam jual magazine. So dia hari2 akan baca buku. Macam2 jenis buku dia baca. 

So dari situ dia kenal segala brand2 ni. Dari situ dia kenal pasal jenis2 kereta, produk2 mandian, produk muka, handbag baju2. 

Dia dapat ilmu banyak. So lepas tu dia rasa la nak try apa rasa benda2 ni. Tapi dia kan tak tahu mana ada jual semua tu. Dan dia tak tahu harga jugak masa tu. 

Cuma brand baju2 kan dekat mall besar2 ada. So dia cakap first dia masuk kedai2 tu, dia pergi tengok dulu harga baju yang dia berkenan tu. 

Dia cakap contoh t-shirt ni 300. Dia kerja la untuk dapat 300 tu. Bila dah ada, dia pergi beli. Dia cakap dia akan beli jugak apa dia nak, cuma bezanya cepat dan lambat ja. 

So dia cakap, lepas dia pakai. Dia rasa beza. Baju tu tahan. Lambat lusuh. Ada la dia sebut2 lagi. 

Suami aku punya konsep, dream for it, work for it. Lepas tu satu persatu dia mula kenal brand. 

Dan mana yang dia jatuh hati, dia stick pada brand tu ja la. 

Bila dia dah selalu beli, dah macam loyalty customer, company2 ni selalu bagi member price kat dia. Selalu bagi gift dan macam2 benefits lain. 

So pasal produk2 muka dia mandian ni semua. Dia macam nak cari benda yang susah dapat. Suami aku jenis suka benda yang jarang orang pakai. 

Masa tu dia kata dia cerita dekat mak dia.. Mak dia yang bawak dia jumpa chinese yang ada spa ni. Sebab chinese tu dulu kawan lama mak dia masa kerja kilang dulu. 

Mak dia kira supportive jugak la apa dia nak. So dia ni sebenarnya nak tanya ja produk2 ni ada jual kat mana. 

So chinese tu yang explains kat dia. Dan uruskan proses tu. Sebab diaorang kan ada orang2 yang boleh beli terus dari negara tu. 

Dan dari chinese tu jugak dia kenal banyak lagi brand2 lain dan info2 lain. Dia kata awal2 dengar harga memang nak pengsan. 700 800. 

Tapi sebab kegilaan dia, dia memang kerja keras untuk capai apa dia nak. Buat part time. Semua kerja dia buat untuk kumpul duit. 

Dia kata dia akan dapat ja apa dia nak. Cuma macam dia cakap, benda tu beza cepat atau lambat ja. 

Last2 dia dah terbiasa dengan benda mahal, dia dah tak selesa benda murah. Lagipun dia cakap baju produk2 ni bukan beli setiap bulan. 

Bila rasa nak beli baru dia beli. Dia cakap benda murah2 ni tak tahan. Pakai kejap rosak la koyak la. Nak beli lagi tak tahu dah berapa kali tukar. 

Ada sekali kami pergi mall, dia ajak aku masuk kedai pakaian dalam berjenama. Aku mati2 tak nak. Aku kata segan. 

Aku kata kadang2 kan pekerja ni pandang kita lain macam. Macam kita tak de duit. Sebab tu aku tak selesa masuk kedai mahal2. 

Lagi pun nanti tengok harga, aku memang tak akan beli. So better tak payah masuk. 

Dia kata dia dulu takde pun malu. Tak terfikir pun macam aku. Sebab dia memang nak beli. Mungkin kali pertama orang rasa dia tak mampu. 

Tapi lepas dia ada duit, dia tetap pergi beli. So orang dah tahu dia memang akan beli. 

Entah la tu fikiran dia. Aku memang tak biasa benda2 mahal. Tapi dia belikan aku set pakaian dalam tu tak sampai 200. 

Ok. Aku akui beza dia sangat ketara dengan yang biasa2 aku pakai ni. Rasa selesa dan comfort. 

Awal2 dulu nak basuh baju dia, dia tegur jangan semua baju masuk mesin. Lepas tu dia beli bakul asing. Dia cakap baju2 dia yang dalam bakul merah ni biar dia basuh sendiri la. 

Aku tanya kenapa. Dia cakap baju2 ni kena basuh tangan. Tak boleh campur la apa la. Baru dia sentiasa nampak macam baru. 

Eh macam tu pulak. Dia kata masa beli dekat label ada explain cara basuh dia. Dan dia kan selalu baca bab2 ni, so dia tahu macam mana nak jaga pakaian supaya tahan lama. 

Kain pun ada jenis2 dia cakap. Ada yang boleh rendam air panas, ada yang tak boleh. 

Sebab tu aku kata aku segan dengan dia. Sebab aku ni jenis bantai ja semua dalam mesin. Ye la, baju kita kan murah.. 

Lagi satu, dia ni macam tak berapa suka makan warung2. Dia pernah cakap macam ni. 

“Bukan nak belagak. Macam tak selesa dengan mentally orang2 makan warung. ” sebab dia ada banyak bad experience dekat warung. 

Contoh macam hari tu, ada parents ni biarkan ja anak diaorang. So anak dia main kejar2 kat belakang suami.

Suami aku macam tak selesa. Langgar kepala dia la apa la. Tapi parents budak tu buat bodo ja. So suami macam bengang la. Dia kata tak pandai jaga anak. 

Hari tu budak lari2 langgar orang bawak air. Lepas tu baru mak bapak nak terhegeh2 panggil anak. 

Dia kata kadang orang2 kedai suka perhati orang la. Kadang duduk berjam tak ambik order la. Order kadang silap la. Pastu kadang2 meja tak cukup. Nak makan pun hilang mood dia kata. 

Suami kata sebab tu dia suka pergi restaurant2 mahal. Sebab dia cakap sangat beza. Sebab kedai mahal2 ni orang2 biasa tak datang. 

Layanan first class sebab kita bayar servis perkhidmatan. Orang akan mintak reviews. Apa2 tak puas hati boleh complain. 

Dan orang2 dalam tu sangat behave. Dia cakap kalau makan warung2 biasa ni dia suka bungkus ja. 

Entah la. Aku macam kurang selesa dengan statement tu. Sebab aku kategori orang warung kot. Bagi aku biasa la budak lari2. 

Aku kata nanti ada anak, mungkin anak macam tu juga. Dia cakap tak. Sebab tu kita kena corak. Bukan biar anak susahkan orang lain. 

Sejak tu aku macam takut nak ajak dia pergi mana2 walaupun dia ikut ja. Tak de pun dia complain apa2. 

Cuma rasa eh mesti ko tak selesa kan. Dan ko komen apa2, aku pulak rasa bersalah. Dan restaurant2 dia suka pergi memang mahal. Yang sekali masuk sorang ja dah 70 80 harga dish dia. Padahal kat kedai biasa dalam 20 rgt ja. 

Aku kata kalau aku tahu dia macam ni, aku mungkin tak terima dia. Dia tanya kenapa. 

Aku kata ye la, air mineral pun nak yang evian tu. Macam benda2 biasa ni dia dah tak boleh terima. 

Macam satu penyakit. Semua mesti nak yang mahal. 

Dia kata tapi semua tu kan setiap orang mampu ja beli. Cuma orang tu nak dengan tak ja. 

Dia kata macam ni. Cuba tengok saya pakai kereta apa. Kereta saya tempatan ja. 

Sebab saya suka effort yang mahal tu pada pakaian saya, makanan saya produk2 badan saya. Bukan pada percutian ke, kereta mahal ke, rumah banglo ke. 

Lain orang lain cara dia kata. Orang kerja biasa pun boleh ja beli semua tu. Cuma ikut selera masing2 la. 

Dia kata air mineral ni 10 ringgit. Semua orang ada ja 10 ringgit. Cuma nak dengan tak ja. Bukan nak berlagak, tapi dah itu pilihan dia. Dia ada duit so dia beli. 

Lepas tu dia soal aku pulak. Dia kata awak ni gaji besar. Tapi apa ja awak buat dengan gaji awak. 

Aku kata entah. Aku mana pernah peduli benda2 macam tu. 

Dia kata nak kata pergi travel pun tak. Beli barang2 mahal tak. Beli emas pun tak. Nak kata komitmen banyak pun tak. Macam tak nampak ke mana pergi gaji aku. 

Aku pun tak tahu gaji aku buat apa. Yang aku tahu, aku beli makan, beli apa2 aku suka. Bayar hutang2 aku. Lepas tu enjoy apa aku nak la. 

Pastu aku ada ja beli barang mahal. Barang mahal aku perfume. Pastu aku suka makan mewah jugak. 

Walaupun warung biasa, tapi 2 3 kali ulang. Duit habis situ jugak. Memang la tak mewah macam dia. Tapi ada benda la aku buat kan. 

Dia cakap sesekali cuba la upgrade diri awak. Sebab awak kan pegawai. Bos2. Biar awak ada imej yang class tinggi. 

Dia kata dia yang gaji kecik pun mampu ja maintain diri dia. Dia cakap aku yang gaji berganda2 dari dia lebih mampu untuk jadi mahal. 

Eh tiba2 aku sentap pulak. Dia nak cakap aku apa sebenarnya. Aku ni tak de class ke, orang kampung ke. Tak layak untuk dia ke apa ni.. Aku selekeh ke?

Dia dia la. Aku aku la. Kenapa aku nak kena jadi macam dia pulak. 

Mentang2 aku ni tak berapa cantik, badan sedap2, kulit kasar2. Nak compare dia dengan aku ke apa ni. 

Stress pulak aku tiba2. Tak kan sebelum kahwin dia tak nampak aku macam mana. Ke dia fikir semua level pegawai2 gaya hidup macam dia. 

Mungkin orang lain, tapi bukan aku. Aku happy jadi diri sendiri walaupun mungkin dia tak suka. 

Aku ni sebenarnya baru tahu aku pregnant. 

Tapi tiba2 hari ni terfikir, setakat ni kami tak pernah gaduh apa2. Dia memang buat aku sangat selesa dan sangat baik. 

Walaupun style dia macam tu. Tapi aku sangat happy hidup dengan dia. 

Cuma terfikir, sekarang aku urus diri aku maybe dia tak kisah apa brand aku pakai. Nanti ada anak, adakah dia akan corak anak ikut style dia?

Which is aku tak selesa. Sekarang pun dia dah cakap pasal brand kereta tolak baby la, kasut baby la. Botol susu baby la. 

Baru dapat berita,dia dah sibuk nak beli itu ini. Dah pergi survey2 dah. Aku faham dia excited. 

Aku cakap beli kedai biasa dah la. Buat apa nak bazir. Dia cakap nanti baby tak selesa. Entah la. Anak orang lain elok ja pakai. 

Aku petik isu boikot jugak. Dia cakap tapi ustaz cakap boikot tu pilihan masing2. Siap share link yang ustaz cakap tu. 

Entah la. Runsing kadang fikir benda2 macam ni. 

– Wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. personally i think both parties punya opinion and how you guys view things are valid. to live a happy life, sis jangan la compare mentality dia dgn mentality you, sebab based on what i read ni, nampak mcm you yang insecure, while in fact patutnya husband you yg insecure sbb you earn more, but things flipped? bagi saya, suami sis jenis tahu apa yg dia nak dalam hidup dia, and maintaining his appearances seems like one of it, mungkin itu cara dia love himself buy buying luxury goods yg dia pakai kat badan mcm clothes, shampoo etc etc, as long as dia tak mintak duit you and masih menjalankan tanggungjawab dia as suami dgn baik then i think it’s not such a big issue pon. mungkin ego sis sedikit tercalar bila dia kata you banyak duit tapi taktahu ke mana perginya? maybe suami you tu jenis orang yg appreciate diri dia by buying something tangible yg dia boleh nampak, pegang dan rasa.
    & betul je apa husband you ckp, everyone has 10 ringgit but what they wanted to do with that notes is up to them.
    ada yg jenis spend lavishly on foods, ada yg on clothes and ada yg pergi travel here and there.
    and lifestyle sis pon takde salah pon, sebab itu memang comfort zone sis and sis jenis org yg simple but your husband pulak jenis yg presentable.
    part mcm mana dia nak corakkan anak dia nanti, you guys can always discuss, as long as dia keluar duit, you biar je la, untuk keselesaan anak you jugak. better you tengok mana dia pergi habiskan duit dia rather than dia pergi habiskan entah dgn siapa2.
    so utk sis ni, jgn overthinking. kalau dia rasa you tak layak dgn dia takdenya dia nak kahwin dgn you. thats why opposite attracts.

    • setuju! sis boleh buka mata, cuba terima lifestyle suami sis. bab anak tu nanti, sis jangan pening pening, dia yang corakkan macam tu, nanti sis tinggal minta je duit dia untuk ikut lifetyle yang dia ajar hehehe.
      saya rasa takde masalah pun dekat sini sebab suami sis tak abaikan tanggungjawab dia. dari apa yang saya faham, dia reti managed ikut apa dia nak, so, no problem.
      dia pun tak komen lifestyle sis, its just whether sis nak follow or keep going with what yours as usual. entahla, rasa seronok baca your sharing ni. “ada juga orang yang suka lifestyle macam and they work for it but they didnt look down on sesiapa yang taksama gaya” gitu la lebih kurang apa sy fikir.
      all the best for sis, i hope you live a happy marriage forever.

  2. Sayangnya, taste mcm orang kaya, tapi mindset tak macam orang kaya. Still stuck kat gaji 3k sbb bnyk habiskan duit kt brg kehendak.

    Mindset org kaya, diorang spend kt brg keperluan. Aku ramai je berkawan dgn orang kaya. Diorang ni selekeh, pakai selipar, makan kat mamak, tapi duit dlm bank berkepuk2.

    Bab baju tu, sorry aku x setuju. Selalu je masuk butik2 harga baju RM 300, kualiti kain lebih kurang sama je mcm kt kedai biasa2. It’s just your mindset, bila pakai benda2 mahal, kita automatik rasa mcm berkualiti. Banyak dah kajian pasal psikologi manusia ni. Lagipun baju2 brand mahal ni still made in china, vietnam, bangladesh, india hahahaha.
    Lagi satu, kalau ko x hensem, pakaila baju RM 1 juta sekalipun, tetap x hensem.

    Sorry aku mmg xleh go dengan org mcm ni. Kalau kita jumpa dia, dia akan pandang kita atas bawah. Layanan dia kat kau bergantung kepada jenama beg apa yg ko pakai, kasut apa, baju fashion zaman bila. Orang jenis mcm ni sangat superficial dan judgemental.

  3. akak 😂 sy rasa suami akak takda niat tu. selagi dia tak ckp direct merendahkan, bg sy okay dah. tp tula kan kdg lemas jugak camtu kan. as long as dia tak paksa akak should be oky kot. klau anak dia nak pkaikan yg branded2, akak biar je asalkan guna duit dia 🤣 akak smbg je enjoy dgn duit akak. sama mcm sy bab2 mknn memang tak kedekut hahaha. mungkin lps ada anak dia tahu kos sara hidup dah bertambah, mungkin dia akan slow2 turunkan selera dia 😅

  4. Kalau setakat gaji B40 RM3k tak payah la nak branding sangat. Ukur baju di badan sendiri. Lebih baik fokus simpanan dan pelaburan untuk masa depan.

    Baju RM300 – Kualiti tak banyak beza pun dengan baju murah. Sebab apa? Sebab kilang diorang pun di China takpun Bangladesh. Dia jadi mahal sebab brand oversea (currency luar) bawak masuk Malaysia, so auto jd mahal. Padahal kalau di luar negara setakat baju RM300 tu dikira low class.

    Makan di luar – Sekali sekala mungkin okay. Tapi kalau setial hari tak cukup sebenarnya gaji 3k.

    Baju anak – Anak akan membesar tak lama lagi jadi pakai preloved pun okay. Kalau beli baju branding, lepas berapa bulan dan tak boleh pakai.

    Ukur la baju di badan sendiri.

  5. Satu jer nak pesan, kalau dia nak terus maintain lifesyle dia dengan barang2 branded tu, termasuk utk anak uall nanti, pastikan dia pakai duit dia, ok. Dah dia yg mengajar anak cara hidup mcm tu kan. Saya pun mcm tt, gaji 5 angka, tp saya hidup sederhana, tak kenal pun barang2 branded ni semua. Lantak la org nak ckp apa, kita yg hidup, kita yg rasa. Tak kisah mkn kat warung tepi jalan pun. Yang sebenarnya org yg terlalu pandang brand ni dia yg insecure dan tak yakin diri. Dia nak tunjuk yg dia mampu, wp bergaji kecil. Kerja mati2 utk lunaskan keinginan dan nafsu. Belum ada anak boleh la. Tunggu ada anak nanti, tengok cukup ke tidak duit dia nak bayar semua. So again, please tt jgn kluarkan duit kalau dia nak barang mahal utk anak nanti. Biar jer keluarkan semua.

  6. Laki sis mula2 kawen mcm ni la… Tp klu dia ckp xde duit mmg sis sóund stempek… Byk kali la kene sound… Skrg dia nak beli ape2 pk 2 3 kali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *