Assalamualaikum para pembaca. Disini aku ingin berkongsi tips2 yg boleh dipraktikan kedalam hubungan suami isteri korang.
Seperti yang kita semua tahu, orang perempuan ni kaya dengan emosi, mudah menonjolkan perasaan tentang apa yg difikirkan, boleh buat 2,3 kerja Dalam satu masa. Perempuan ni mahluk yang unik.
Orang lelaki pula jenis ego, kurang menonjolkan emosi, dan mungkin kurang pamerkan perasaan sebenar mereka terhadap sesuatu peristiwa. Jenis fikir dan fokus satu perkara.
Sebab tu lah perempuan dan lelaki kena saling melengkapi untuk sama2 perbaiki kekurangan masing2.
Aku nak kongsi tips relationship suami isteri. Mana yg baik dari Allah. Yg buruk dari aku sendiri.
1) Komunikasi.
You need to talk when something uneasy keep on disturb both of you. Ok. Disini bermaksud, korang kena bercakap dan berterus terang. Jangan asyik pendam. Jangan anggap partner faham bebal, sikap diam tiba2.
Orang lelaki ni dia tak faham perkara remeh2. contoh kita kias, sindir, perli. Cakap ja straight forward. Orang perempuan pula ada yg jenis tak faham dan tak boleh terima bila si suami cakap straight forward.
Contoh suami tanya ” you, langit dah gelap macam nak hujan nih, tak payah keluar la. ”
Nanti si isteri balas ” ala i nak makan kat luar juga, takpalah hujan pun you drive kan “. Padahal nya si suami tengah fikir jalan jem lagi, nanti isteri demam kena hujan.
Next, ada rules jugak dalam bercakap.
A) Bila one of you tengah bercakap, meluah. Sorang lagi jadi pendengar setia, diam, tunjukkan minat, bagi tindak balas (mimik muka sedih ka kesal ka simpati ka).
Sebagai suami kalau isteri tengah meluah perasaannya, tengah bercerita.
1) pandang muka dia, mata dia.
2) Tunjukkan minat walaupun kau tak Faham.
3) Kalau melibatkan pergaduhan sesama sendiri, jangan naik tangan, jangan maki, mencarut. Talk like gentle bro and don’t run away without conclusion.
3b) Bagi pujian, kata2 menghargai, kata2 menyayangi, kata2 semangat kat isteri kalau isteri tengah down.
4) Bagi pelukan, ciuman, genggam tangan dia.
5) Buat dia happy semula.
Sebagai isteri bila suami meluah, bercakap, bercerita.
1) Diam, jangan celah, jangan bukak cerita kau. Bagi peluang suami cakap.
2) Kalau suami cerita benda memalukan dia, jangan gelak, jangan bahan. Jangan perlekeh.
3) Pandang Mata suami bila suami tengah bercakap. ( Eye contact)
4) Tundukkan muka, tunjukkan kekesalan kalau suami sedang tegur.
5) Bagi kata2 positif, kata semangat kalau suami down.
Dalam komunikasi ada “time” juga.
Contoh : suami @ isteri baru balik kerja, penat letih lagi. So partner jangan terus Bebel ” A sampai Z “.
Nanti lagi angin, lagi rimas, lagi tertekan partner.
So, if baru balik kerja. Biar dia rehat, mandi, makan apa semua dulu. Dalam sejam lepas tu atau bila tengok partner dah tenang baru cerita slow2.
Sama juga kalau nampak partner stress2, cuba cakap elok2. Cuba ajak berbual so nanti selitkan dalam perbualan apa yg kau nak dia tahu, dengar.
Lepas tu bab2 kerja rumah, balik raya, me time, bab jaga anak, duit belanja. Kena CAKAP.
Contoh bab kerja rumah. Dari awal kahwin tolong biasakan suami tolong urus. Bukan isteri yg buat semua semata2 nak tunjuk isteri Mithali. Bukan!
Isteri kalau nak suami angkat baju tolong cakap terus tanpa kiasan. Contoh: abang angkat baju di ampaian. Jangan cakap :”abang hari nak hujan ni.”
Isteri kalau nak suami tolong beli Nasi Tomato tolong cakap terus ” abang tolong beli Nasi Tomato “. Jangan cakap ” nasi tomato kedai mak jah sedap kan bang.”
Isteri kalau nak ” Me time ” tolong cakap terus ” abang saya nak me time esok “. Insha Allah suami Fafham.
Si suami pun kalau isteri cakap janganlah naikkan ego setinggi menara KLCC, cuba rendahkan ego, cuba fahami apa yg isteri bebelkan.
Si suami pun kalau mampu tunaikan permintaan isteri tunaikan lah. Apa Salah nya kalau si isteri Minta nak Beli make up baru jika suami mampu.
Si suami pun kalau dah nampak pakaian isteri, barang2 make up isteri, kasut2 isteri dah lusuh, buruk apa salahnya tolong belikan.
Isteri nak didengari, difahami. Suami nak dihormati, dihargai.
Jadi bila ada masalah yang masih boleh dikawal ton suara, cakaplah elok2. Tapi jika dah hilang ton suara, dah hilang tahap sabar. Untuk seketika duduk dan muhasabah diri masing2. Go from that situation for a minute but then come back and face to face. Jangan keluarga rumah drive jauh2, lari lepak kedai mamak biar partner sorang2 kat rumah, jangan cerita kat orang luar.
Kecuali kalau partner kau kaki pukul, kaki perempuan, kaki judi, buat jenayah tu lain lah. Tu wajib lapor.
Komunikasi ni penting. Bayangkan kalau si suami terasa hati, si isteri pendam. Rumahtangga suram ja. sebab masing2 tak effort untuk bercakap dan selesaikan masalah. Banyak masalah boleh selesai cara baik kalau bercakap.
2) Jadilah pasangan yg saling melengkapi.
Baik si suami atau si isteri, masing2 ada kekurangan. Jangan asyik nampak kekurangan, kesalahan pasangan kamu. Tapi sama2 lah lengkapi.
Contoh bab kerja rumah. Kalau suami tak reti jemur baju. Si isteri ajarlah dan sama2 buat atau si suami buat kerja lain Biar si isteri jemur baju.
Kalau tak reti masak, sorang masak sorang kemas dapur.
Kalau tak reti kemas bilik, sorang kemas dapur sorang kemas bilik.
Kalau tak pandai mengaji, sorang mengajarkan. Begitulah sebaliknya.
3) Bila anak2 dah besar nih wujudkan semula suasana2 romantis.
Makan bersuap, bagi hadiah, makan diluar, jalan2 di taman, pergi bercuti, saling mengorat dan mengoda macam sebelum2 nih. Buat hobi sama2, berkebun, pergi kelas agama sama2.
4) Pillow talk, noon talk, midnight talk, dawn talk.
4a) Eye to eye talk. Cerita semula tentang bagaimana boleh suka.
Always talk with your partner.
Cakaplah tentang aktiviti seharian masing2 dari pagi sampai malam, funny story, cerita zaman kanak2, cerita pasal anak2 ” si abang suap si adik “, cerita pasal fav food masing2.
5) Solat berjemaah.
Kunci kebahagian rumahtangga.
6) Share same hobby or support partner hobby.
“Mood rumahtangga bergantung pada mood isteri “, jika suram mood isteri maka suram lah mood rumahtangga. Dan itu saja. Maybe pembaca boleh tambah.
– Mawar merah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit