Suami Dan Isteri Orang

Kami telah berkahwin selama 18 tahun pada 16/12 ni. Kisahnya aku isteri yang terlalu percaya dan setia pada orang yang salah.

Suami aku memang seorang yang baik dan peramah dengan sape2 pun.

5 tahun perkahwinan aku sangat2 bahagia tapi bila masuk anak ke-2 suami aku dah tak macam dulu lagi. Rupanya masa dia kursus 6 bulan di Alor Setar dia rapat dengan adik angkat.

Aku pun kenal sebab dia pernah bawa dan kenalkan aku dengan adik angkat nya yang mempunyai anak 3 orang ketika itu. 2 kali aku pernah pergi kerumahnya.

So lepas tu aku jenis tak kisah la sebab ingat adik angkat dia pun dah kahwin. So hubungan mereka menjadi rapat selalu berwasap tapi aku tak pernah rasa curiga pada suami aku.

Sebab mereka kerja satu tempat dan husband adik angkat ya juga kerja tempat yang sama.

Sebenarnya aku silap, rupanya sejak 2016 lepas aku melahirkan anak ke-3 mereka ada jumpa di utara makan-makan dengan kawan-kawan main bowling semua, so nampak mereka sangat rapat.

Padan la lepas tu suami aku tak ambil berat sangat pasal anak-anak. Aku ingat lagi masa raya dia boleh suruh aku pergi beli baju raya dengan anak-anak nanti dia pergi beli dengan kawan. Rupanya inilah kawannya.

Paling aku tak boleh terima 2022 bila dia bergaduh dengan suami dia mengadu semua kat suami aku siap tunjuk lebam-lebam satu badan dekat laki aku bini apa ni boleh tunjuk semua.

Aku silap rupanya mereka ni dah lama saling meluah-meluah laki aku amik berat dia dan dia ambil berat suami aku.

Sampai suami aku dengan aku n anak terabai la semua benda aku kena buat sendiri tak ada langsung bantuan dari dia.

Aku sangat sedih. Bila aku tanya sikit anak tanya sikit muka nak marah-marah.

Bila ko tengok handset satu hari muka senyum ja. Handset sentiasa kat tangan kerja rumah ka semua bini yang buat.

Aku tak tau la apa perasaan pompuan tu, ko dah ada anak 5 kot laki pun ada tak cukup ka layanan laki ko dan laki aku juga, anak bini abaikan, si dia ko layan sanggup apa saja pun. Bini sendiri buat la sendiri semua.

Tuhan maha kaya sekarang pompuan tu dah bercerai dengan suami dia. Dan sekarang dia sentiasa mengganggu rumah tangga aku setiap masa nak pergi mana ke semua nak berwassap.

Bila aku bagi peluang suruh kawin tak mau cakap tak nak runtuh kan rumah tangga orang.

Tapi ko setiap hari layan juga kenapa? Ko muka ada tapi kesian murahnya diri. Patut kalau laki aku wassap ko patut ko sendiri sedarkan laki aku.

Ko tak tahu apa akan anak-anak kita akan kena disebabkan korang berdua tak habis-habis masih berhubung, anak ko dah 18 tahun nak masuk 19 tahun kot. Kalau tahu mak dia ada hubungan dengan ayah orang lain tak ke malu?

Aku pun tak salahkan ko. Laki aku pun sama, apa perasaan anak dia sendiri yang akan masuk 17 tahun kena macam mana korang buat kat isteri atau suami.

Fikir sebelum nak buat sesuatu masing-masing umur 42 dah bukan muda lagi.

Aku selepas kantoi message dari tahun 2009 sehingga 2022 aku baca. Kecewa aku memang tak boleh nak cakap la. Ruginya setia pada orang yang tak pernah nak menghargai kita yang setia dan sayang kat ko.

Padanla bila aku cakap sakit tak pernah ko amik tahu rupanya tak heran pun macam kawin ni hanya nak tutup kecurangan ko bersama dia kalau kantoi nanti nama baik ko tercemar.

Nasib pompuan tu dah pencen so dia sekarang tak heran dah.

Aku pernah bagi peluang dekat ko nak kahwin pergilah. Bila aku tanya ko cakap ko tak dak apa2 hubungan dengan dia kawan ja. Gila kau kawan ke kalau berayang ayang.

Aku harap apa aku tulis ni perempuan tu baca. Kifarah is real bila-bila masa ko akan kena balik, cepat dan lambat ja.

Aku nak ko kalau baca kalau betul-betul ada nak kat laki aku memang akan bagi peluang dekat ko supaya aku tak berdosa bila selalu syak wasangka.

Tolong la jujur dalam setiap hubungan.

– Edrina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *