Suami & Isteri Yang Kian Menjauh

Hi, saya baru 3 tahun berkahwin & dikurniakan seorang anak.

Suami saya seorang yang baik, bab nafkah zahir baik & tanggungjawab sebagai ayah pun baik.

Suami saya ada kelompok kawan yang brotherhood nya sangat rapat & seorang merupakan seorang rider.

Saya now tengah fasa career break & fully housewife jaga anak at the same time slow2 job hunting.

Sejujurnya saya tak tahu apa perasaan suami saya pada saya. Saya seorang housewife now & of course pada suami saya je tempat saya bercerita, kiranya lepas kawin, just suami je kawan saya.

So ada masa, saya rasa nak bercerita dengan suami pasal certain things tapi suami sibuk dengan phone & tak dengar pun cerita saya.

Saya ni bersemangat bercerita pada dia but bila tengok dia dengan phone, saya tanya “dengar tak?” & suami simply jawab “apa? cerita semula”.

Bila saya tegur cakap, “jangan lah main phone, dengar lah saya cerita ni”

Suami jawab, “haa, cerita lah. saya dengar” sambil gelak2 main phone.

Faham tak perasaan saya bila reaction suami macam tu. Saya end up tak habiskan cerita & biar je suami dengan phone.

Bila saya diam without teruskan cerita, suami pun diam. Tak ada pun notice yang cerita saya tak habis. Memang communication kami lack.

Anak saya belum sampai setahun & kami control intake no salt sugar untuk anak. So bila nak keluar rumah, saya akan bawak bekal makan minum untuk anak. Tapi kalau keluar tempoh sekejap, saya tak bawak bekal anak.

Suami ada perangai, bila saya tak bawak bekal anak keluar, suami akan marah & salahkan saya. Contoh, kami keluar & tak bawak botol air anak. Benda macam tu pun suami akan marah. Simple je kan, pergi lah kedai beli mineral water & bagi anak minum.

Tapi perangai suami suka benda kecil pun nak jadikan issue. Padahal dia as ayah pun boleh kalau setakat botol air tu, dia tolong bawakkan tapi prefer nak marah2 saya. Saya bila suami dah start marah2 macam tu, memang saya terus off.

Dalam marriage kami, tak ada istilah nak sweet2 macam spouse yang lain. Kami tak ada nak pegang2 tangan, nak peluk2, tak ada. Pada suami benda tu macam taboo & memalukan bila buat even just kami berdua je.

Awal2 kawin dulu, ada jugak saya mengada – ngada nak peluk2 suami but reaction suami “awak ni dah kenapa”. Saya pulak rasa macam saya perempuan gatal & terhegeh – hegeh dengan suami.

Before suami pergi kerja, saya akan salam suami & mintak suami cium dahi saya tapi suami macam nak tak nak je cium dahi saya. Dalam marriage, saya & suami totally macam housemate je.

Tak tahu lah tapi baru 3 tahun kawin, perasaan saya pada suami dah berkurang & maybe perasaan suami pada saya pun sama.

Just sebab ada anak je kami still stay satu rumah even kami buat hal masing2.

Saya just buat tanggungjawab saya, masak, kemas rumah & jaga anak while suami pulak akan sediakan rumah, barang2 untuk memasak & tolong jaga anak. Tapi untuk kami berdua as suami isteri, tak ada apa2.

Saya ada jugak check phone suami saya as kami share same password phone.

Saya pernah doubt yang suami ada orang lain ke, tapi tak ada pulak jumpa apa2 bukti. Suami pun lepas kerja, terus balik rumah jumpa anak, tak ada nak pergi mana2.

Maybe pada readers hal yang kami face ni, benda kecil. Tapi benda kecil ni yang boleh hilangkan spark dalam marriage kami. Sebab benda ni, dah effect nafkah batin.

Saya pun dah tak ingat dah bila last dapat nafkah batin, maybe almost 2 to 3 months dah tak bersama.

Pada saya, saya dah tak ada rasa nak bersama as saya pun dah kurang ada perasaan pada suami. Same goes to suami, dia pun tak ada minta apa2 & macam okay je.

Ada lagi few things yang buat marriage kami hilang spark, tapi part ni je lah saya cerita, nanti panjang pulak confession.

Tak sure lah sampai bila kami macam ni… Doakan kami ya.

– Lailer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. hi puan, saya sangat sangat faham perasaan puan. saya juga sedang mengalami. sekarang saya memang banyak kan berdoa. suami nafkah memang 100% tapi tu lah, sama apa yang puan cerita tu sedang saya alami. semoga kita sama-sama kuat, berdoa banyak-banyak supaya suami lembut hati. inshaAllah.

  2. Saya dulu camni lah. Saya jumpa kawan perempuan yang feed semua benda yang saya perlukan (sy perempuan), terus saya x boleh dah nak syg suami saya.

    Padan muka!

  3. Awak goda je suami awak tu walaupun dia taknak atau nampak awak macam terhegeh²..masa dah halal jadi suami isteri ni la kita nak bercinta, nak buat semua benda yang tak boleh dibuat masa couple sebab dah halal bahkan dapat pahala. Banyakkan tengok/dengar ceramah agama perihal hubungan suami isteri dan share la kat suami. Lepas tu imply dlm kehidupan seharian. Hubungan suami isteri ni bukan takat pada hubungan kelamin je tapi dari semua aspek dan bila² masa pun boleh buat. Body language dan pertuturan tu penting. Kalau skrg panggilan suami isteri awak/saya, tukar la yg lebih manja dan close. Kalau x pernah mkn bersuap, cuba la sekali sekala, mandi bersama juga digalakkan, time menonton tv atau tgk hp, boleh raba² each other, time wife masak kat dapur, suami boleh tlg sekali (kalau anak takde) lepas tu buat la ringan² ke..sebulan sekali pergi dating tgk movie/pergi ride, pergi holiday cum honeymoon (sebab anak kecik lagi kan), jgn lupa pakai lingerie yg seksi² tp kalau kat rumah pun boleh jugak..eh byk benda la boleh buat bila dah kawen ni..haha..yg penting korg berdua on..kalau husband xnk, buat je byk kali, kau pun kak xkn xtau nak tackle husband sendiri mcm mana..kalau dah boring hubungan korg asyik posisi/tempat yg sama, tukar la yg lain..bincang dgn dia, bg dia berimaginasi nak mcm mana..solat jemaah jgn lupa, lps tu bg la reward tiap mlm jumaat ke, pakai cantik² kat rumah hari², make up & sentiasa bersih dan wangi..byk tips sbnrnya, k la, good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *