Suami dan Tangannya

Kisah ini tak pernah saya ceritakan dengan sesiapa. Belum pernah rujuk dengan pegawai kaunseling atau medical expertice.

Cerita ini hanya sesuai untuk dibaca yang sudah berkahwin. Jangan kata saya tak bagitau.

Saya dan suami sekarang sudah 9 tahun berumahtangga. Suami seorang yang baik, penyayang, penyabar, tak pernah tinggi suara, tak pernah angkat tangan, cubit pipi tu biasalah kan.

Untuk 6 tahun pertama, kami belum direzekikan cahaya mata, belum rezeki kan. Tapi suami tak pernah tunjuk rasa kecewa dan putus asa tu. Sentiasa sweet dimata dan hati saya.

Walaupun ada sedara-mara yang menakut-nakutkan saya kononnya suami saya boleh kahwin lain jika saya tak dapat beri zuriat, suami tetap setia, sanggup bersumpah depan mak ayah saya, suami takkan kahwin lain, saya seorang saja dalam hati dia.

Kami pun sangat2 lah jarang ‘bersama’, alasan suami ialah sibuk kerja, balik kerja pun penat, kadang saya faham kerja suami memang banyak guna tenaga,

Kadang saya rasa macam suami dah tak berminat untuk bersama dengan saya, tapi suami nafi.

Dia kata, dia yang bermasalah, bukan saya. Jarang2 disini bermaksud boleh membawa ke sebulan dua macam tu.

Satu hari, dengan kekok dan segan, saya cuba tanya rakan sekerja (wanita), normal ke kalau lelaki langsung tak ada keinginan bersama lebih pada seminggu. Riak muka dia macam terkejut yang “haihhh mana mungkin!”.

Saya gelak je la, saja tanya, mana tahu ada. Jadi pada pandangan saya, memang suami ada masalah, yang dia tak dapat nak kongsi.

Dalam awal tahun ni, tergerak nak tengok fon suami, saja nak tengok galeri. Jantung saya luruh, suami simpan gambar adik2 perempuan saya tak bertudung ditambah dengan koleksi porno yang lain. Gambar adik2 tu ialah gambar yang ada dalam galeri fon saya.

Masa tu, memang tak pernah saya terbayang senario ni dalam kepala saya, langsung! Suami seorang yang menjaga batas gaul bila bersama dengan keluarga saya, tak pernah saya nampak mata gatal menjeling ke adik2 atau mana-mana lah wanita seksi.

Suami menangis minta maaf, dan sumpah yang dia tak ada buat apa2 (yang tak senonoh) dengan gambar yang dia simpan. Sayang saya dah separuh hilang. Saya tak percaya dan dah nekad nak balik kampung masa tu.

Suami yang saya sangka suci, tak curang mata dan tangan dibelakang saya, rupanya tak begitu. Jadi selama berbulan2 masa yang dia tak ‘bersama’ saya, masa dia ialah bersama koleksi porno dan tangan. (#*?'(£-£!;”!!).

Hmm.. tapi sebab saya ni perempuan kebiasaan, jadi saya pilih untuk beri peluang kedua. Kata dia memang dia yang bermasalah, dia yang ketagihan, memang dia yang selalu tak larat untuk ‘bersama’ secara fizikal, jadi sebab itu dia pilih porno untuk melepaskan nafsu.

Rupanya, pernah dia cuba untuk buka video luc*h semasa tengah bersama sebab dia hilang ‘rasa’ dan dia rasa perlu bantuan sampingan. (?!##!(‘(£!!”??!!)

Lepas tu dia janji yang dia akan bagitahu saya bila dia perlu ‘bantuan’ saya, janji yang dia takkan guna tangan sendiri.

Tapi.. mesti lah ada tapi kan. Sebab tu saya cerita kat sini. Dia tak kotakan janji, baru kantoi, browsing p*rno lagi, tengok video perempuan lain.

Walhal, saya sendiri ada hantar gambar seksi pada suami, dengan harapan dia tak tengok dah lah video perempuan entah siapa-siapa tu.

Dah cuba bercantik-cantik, berwangi-wangi, cuba goda dia diawal pagi (masa anak tengah lena), dia tetap sambung tidur sebab penat katanya.

Sekarang hati saya rasa tawar, tapi saya tengah mengandung. Saya rasa nak teruskan misi awal tu, nak berkemas, balik kampung halaman, tinggalkan semua rasa ini walaupun masih ada sayang. Dia ayah yang sangat baik kepada anak kami.

Sebab itu saya masih sayangkan rumahtangga ni. Tapi, batin saya tersiksa. Hati saya betul2 terhiris. Mungkin sebab saya gemuk, jadi dia tak kuasa nak melayan saya. Dia pun tidaklah kurus, tapi saya lebih berisi, mengandung pula tu.

Adakah saya yang berlebih-lebihan emosi dalam hal ni? Ada lagi ke wanita lain yang mengalami situasi macam saya?

Ada ke lelaki yang bermasalah macam ni juga, isteri depan mata tak didatangi, walaupun dah digoda isteri sendiri, lebih sedap menonton dan guna tangan sendiri?

Ada ke? Apa sebabnya? Apa yang saya perlu buat?

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *