Suami Dari Baituljannah

Assalamualaikum wbt… Baca tajuk ni mesti ramai yang tahu kan, baitul jannah tempat orang untuk mencari jodoh, bagi yang sedang berusaha la, yang dah buntu tak tahu mana nak cari calon-calon. Itu yang aku fikir kan lah.

Tapi lepas dengar confession aku dan entry lain yang berkaitan mesti ramai yang sedar dunia sana pun tak lari daripada orang-orang pelik yang akhirnya membawa kesan pada hidup orang lain juga termasuk aku.

Aku masuk laman Web tu memang niat untuk mencari pasangan hidup, orang yang keempat aku kenal adalah suami aku. Dia approach aku senang jer, sebab masing2 memang peringkat umur yang bagi aku dah stabil, ada kerjaya, ada kereta, rumah belum lagi la, tapi dah sampai tahap umur yang tak nak kawan lama-lama lah kiranya.

Lepas 2 bulan kenal dia ajak kahwin, jumpa mak ayah aku dan kami berkahwin la selepas bulan yang ke 4 perkenalan. Masing2 jaga adab tingkahlaku, dalam kepala aku,, bercinta lepas kahwin macam kami ni lebih Indah. Niat aku inilah perkahwinan yang terakhir lepas kami masing-masing pernah kecundang sebelum ini. Dia duda bertemu janda gitu la…

Hari perkahwinan yang ditunggu pun tiba, mula hari pertama berkahwin suami aku dah tak sabar tunjuk true color dia. Tak pernah-pernah kasar dia keluar lah perangai dia menghina, merendahkan diri aku. Tuhan jer tahu perasaan aku sebagai pasangan pengantin baru masa tu.

Daripada hari pertama jugak dia tak pernah sentuh aku untuk berkasih sayang atau bersama. Sehari demi sehari aku tertanya – Tanya kenapa dia layan aku macam tu. Tapi bila Tanya dia akan respond dengan kasar, kurang ajar Dan ibarat mentally toucher bagi aku.

Bila berlanjutan sebulan lebih dia dah mula tunjuk kurang minat dia pada hubungan kami. Aku pulak baru tahu hakikat tentang dia tidak bekerja, bukan sedang mencari kerja ya… Dia memang tidak bekerja. Alasan dia adalah sakit. Bila aku minta dia rawat sakit dia akan bagi tahu sedang rawat Dan bukan lah sakit sangat cuma tak ada feel nak sentuh aku isteri ya yang halal ini…

Masuk 2 bulan lebih Usia perkahwinan aku memang dah tak boleh tahan dengan sikap suami yang langsung tidak mahu Memberi respond dengan baik setiap perkara yang kami ingin bincang kan, sampai dia keluar perangai pelik yang aku tak dapat gambar kan pada pembaca..

Aku pindah keluar daripada rumah suami dengan barang-barang rumah aku.. Lepas pindah 2 minggu memang suami tak berminat untuk ambil tahu pasal hidup aku dan sebelum hubungan aku yang pelik ni tergantung lebih lama aku mula suara kan kepada dia untuk membuat tuntutan cerai Di mahkamah.

Suami hanya respond dia malas nak fikir tentang hubungan kami sekarang dan tiada halangan untuk aku teruskan tuntutan. Jadi penceraian kami telah berlaku pada Usia perkahwinan pelik kami ni 2 bulan lebih..

Aku dah rujuk family suami Dan ex wife dia.. Keadaan memang me rujuk kepada suami aku yang pelik Dan semua orang termasuk aku tidak tahu punca apa dia ingin berumah tangga kemudian bersikap sebaliknya…

Sumpah aku tak ada jawapan nya. Bagi aku ini bukan isu terkena buatan orang seperti yang orang kata. Ianya lebih kepada niat dia yang sesungguhnya Allah swt sahaja yang lebih mengetahui..

2 bulan sahaja perkahwinan kami tapi apa yang aku alami sepanjang tempoh tu cukup untuk beri kesan dalam hidup aku. Itu kalau aku, kalau berlaku pada orang lain mungkin ada yang boleh jadi gila!

Aku tidak salah kan laman Web tu untuk orang yang ingin berusaha mencari calon mungkin ada yang benar, tapi ini lah pengalaman aku.. Berkenalan hingga berkahwin dengan suami daripada baitul jannah yang aku fikir niat nya sama… Tapi perbuatan sebaliknya…

Aku cuma mampu kat akan syukur alhamdulillah kepada Allah atas pertemuan Dan perpisahan yang sangat Memberi kesan Dan hikmah dalam hidup aku secara peribadi nya.. Semoga korang Di luar sana yang baca confession aku ni akan mengambil iktibar Dan tolong lah berhati-hati kerana manusia luaran nya nampak sama.. Nampak normal.. Disebaliknya hanya dia Dan tuhan yang tahu…

Jangan Tanya perasaan aku.. Kerana pengalaman ini alhamdulillah teramat berat tetapi aku terima dengan redha Dan mengandungi seribu hikmah sebaliknya…

– Seteguh malayka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *