Suami Dari Neraka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-dari-neraka/).

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian.

Untuk makluman, semua komen-komen anda saya ambil maklum. Yang mendoakan saya, anda buat saya terharu sehingga mengalir air mata saya membaca komen-komen tersebut. Buat saudari Winter Haiku, ‘I thank you with all my heart’.

Betul, kepada seorang sahabat yang saya percaya dunia akhirat saya luahkan semuanya. Malahan, sahabat saya lagi menangis menangisi ujian yang menimpa saya. Tidak terfikir dek akal fikirannya bagaimana saya setabah ini menghadapi semuanya.

Pernah satu ketika, ketika dia mendengar lagu di radio nyanyian Nash – Pada Syurga Di Wajahmu, terus dia menelefon saya dengan suara sebaknya (saya kira dia menangis ketika ini) memaklumkan bait-bait lagu nyanyian Nash seolah-olah untuk saya.

Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah, ayat 153: “Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.”

Begitulah sayangnya YANG MAHA KUASA sehinggakan orang yang sabar dijamin tidak akan rugi.

Ada yang persoalkan kenapa saya tunggu lama sehingga usia perkahwinan dah meninjak ke 5 tahun baru sedar untuk berpisah?

Bertahan bukan sebab saya takut untuk memegang status “janda” atau “single mom”, tetapi tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibu bapa dengan secebis harapan suami berubah. (Saya sendiri tidak sangka diduga sehebat ini)

Bagi saya, biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang oleh suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh saya dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.

Cerita ini bukan rekaan,tapi realiti alam rumah tangga yang saya hadapi. Semua ini dah berlalu setahun yang lepas.

Kalau nak buat cerita dongeng, lebih baik saya buat sambungan cerita untuk Avengers : Endgame. Untung -untung batu yang Thanos ada mampu buat saya balik ke masa 5 tahun yang lepas. hahaha !

Maaf jika post sebelum ini terus ke climax cerita. Dari awal PKP sehingga syawal pun akan berakhir tidak lama lagi.

Kerap kali bila mula menaip, emosi saya mula bergolak, empangan air mata ni mulalah nak mencurah-curah, tangan menggeletar menahan amarah yang meluap-luap, sakit hati, 1001 macam perasaan bermain di fikiran.

Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak serasi dengan semua orang.

Cumanya saya boleh katakan pada wanita, bila suami berlaku curang, angkatlah darjat anda sebagaimana Allah mengangkat darjat anda dengan ujian sedemikian.

Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional. Bolehkan para wanita sekalian ?

Kerap kali saya mengisi masa-masa yang ada dengan muhasabah diri, page The Solusi merupakan favourite saya selama ini. Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit.

Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.

Saya belajar erti BERSYUKUR, yakni bersyukur dengan setiap apa yang saya miliki. Bersyukur kerana diberi peluang berkahwin, mengandung dan melahirkan cahaya mata malahan mendapat sepasang cahaya mata.

Malahan marriage life (yang indah-indah di socmed) saya sering dijadikan benchmark oleh rakan-rakan. Tetapi, bahagiakah saya? Hanya saya dan Allah sahaja yang tahu.

Seperti kata Prof Dr Muhaya :

“Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga”

Ya, saya akui orang bercinta memang buta, tu belum 3000x b****h malah diperb****hkan oleh suami durjana. Seperti kata My Dad, “tahu kenapa orang bercinta bila berjalan selalu kena pimpin tangan??, katanya sebab cinta itu buta ”

Buta dalam menilai peribadi seorang lelaki yang bergelar suami dan daddy kepada anak-anak saya. Buta menilai kasih-sayang yang diperolehi hanya sia-sia.

Buta menerima kemaafan setelah kesetiaan dibalas dengan kecurangan.

Buta kerana setia kepada seorang lelaki yang tidak layak dipanggil suami.

Love is blind indeed !

Sedikit pengenalan, saya bekerja dalam sektor kewangan, perbankan melibatkan hartanah. Pengalaman dalam kewangan saya guna sehabis baik untuk menjana pendapatan dan aset sebaik mungkin. Semuanya demi masa depan anak-anak.

Berusia 30 tahun, bermata bulat, beralis tebal, berdagu terbelah, berhidung mancung dan bonda kepada sepasang cahaya mata yang sangat-sangat comel. Trust me, kalau u all tengok pon sure geram!!

Berbalik kepada cerita sebelum ini, saya selamat bersalin dan melahirkan anak kedua. Alhamdulillah, proses kelahiran kali ni sangat-sangat mudah.

Syukur Ya Allah, memang dari awal bila tahu saya ini isteri teraniaya, semuanya saya berserah kepada Allah dan memohon apa saja urusan saya (termasuk isu perceraian) semoga Allah permudahkan.

Dengan mengambil khidmat Confinement Lady (CL), proses berpantang saya jalani dengan mudah dan tenang.

Genap hari ke-40, saya terus memasang implanon. Yes, i have to protect my self first.

Saya mengambil inisiatif untuk membuat aduan ke S3ksyen Pengurusan Aduan dan Pentadbiran, Unit Integriti, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai hubungan terlarang diantara Jururawat terb**it dan suami.

Akan tetapi, sangat dukacita balasan email yang saya terima dari pihak KKM. Email dari KKM adalah seperti berikut :-

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, Unit Integriti telah menjalankan semakan dan penilaian aduan puan melalui Jawatankuasa Aduan Bilangan x Tahun 20xx yang telah telah bersidang pada 24 xxxxxx 20xx.

Hasil keputusan Ahli Jawatankuasa Aduan telah memutuskan tiada tindakan lanjut (No Further Action) ke atas aduan memandangkan aduan melibatkan masalah peribadi dan tiada isu integriti bagi melaksanakan tindakan siasatan.

3. Sehubungan itu, Unit Integriti berpandangan puan perlu merujuk Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah iaitu badan yang bertanggungjawab dan arif dalam bidang ini. Jesteru, aduan puan akan ditutup di peringkat Unit Integriti. Sekian untuk makluman puan sewajarnya

Sekian, terima kasih.

Sangat hampa bukan bila baca balasan email ni!!!

Isu ini juga saya telah panjangkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) dimana saya memohon sekiranya terdapat permohonan kelahiran anak luar nikah terb**it, sila semak dengan teliti berikutan kemungkinan terdapat pemalsuan dokumen daripada pasangan berzina terb**it.

Ada yang bertanya, adakah mereka berdua telah berkahwin ? Tidak, tidak sama sekali. Tiada pernikahan yang SAH berlaku antara mereka berdua. Tiada sijil nikah, kad nikah sekalipun, bagaimana Jururawat tersebut membuat check-up ??? Wallahualam………

Melalui sumber yang sahih, saya dimaklumkan, Jururawat terb**it telah bersalin pada bulan Februari 2020 di tempat dia bekerja dan sehingga kini tiada pendaftaran kelahiran JPN yang dibuat oleh wanita tersebut. Nampak kan sebab apa ??

Suami?? Well, permata akan cari permata. Bangkai akan cari bangkai. So, i don’t think i wanna keep the bangkai beside me right.

Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.

Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa jua alasan

Berbekalkan semangat dan jiwa yang kental, saya melangkah ke Mahkamah Syariah mengambil borang-borang bagi menguruskan urusan perceraian.

Biar saya menjadi Plaintif sekalipun saya tidak kisah, kami bersetuju untuk berpisah secara baik (pada permulaannya ) tetapi telah bertukar ke perceraian secara fasakh.

Isu ini saya akan cerita pada next posting. In Sha Allah saya akan menulis lagi, janji!

Salam Sayang,

TO BE SOFT IS TO BE POWERFUL.

– Ms Bougainvillea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *