Suami Dengan Ayah Bergaduh

Aku rasa stress gila weh. Cerita dia macam ni. Kan ada open house raya rumah ayah aku. Adik beradik aku semua balik la. Termasuk family aku. 

Antara adik bradik aku, aku sorang ja ada anak kira baby lagi la. Anak aku baru nak masuk 10 bulan. Jadi ramai macam nak la bagi perhatian kat dia. Anak2 sedara yang lain dah besar2 jugak. 

Lepas tu bapak aku memang sayang gila kat anak aku. Ye la macam cucu kecik lagi kan.. Setiap minggu ayah akan datang ambik anak.. Anak aku pulak bambam. Semua pakat gomol la. 

Suami aku memang suka jaga anak. Sentiasa ikut anak.. Sebab anak aku dah meniti.. So suami rajin layan. Tapi dia jenis main kasar. Mai geram tu dia akan gigit2 paha anak, tangan anak. Lepas tu peluk kuat2.. 

Bapak aku pulak tak suka suami main macam tu. Lepas tu macam tak suka suami jaga anak. Orang tua tau ja la. Overprotective. Semua cara suami aku tak kena kat mata dia. 

Lepas tu anak ambik apa2 ka, suami macam aipp, tapi macam suara keras. Saja nak acah dia.. Kadang anak macam nak nangis. Ye la anak aku ni manja. Pantang tegur sikit dia mencebik. 

Terus ayah aku marah. Dia kata budak terkejut. Banyak kali ayah tegur. Tapi suami diam ja. Suami tak pernah cakap apa.. Ayah tak tegur dengan suami.. Ayah dan suami memang tak bercakap. 

Tapi dia tegur depan suami gunakan orang lain.. Contoh dia pangil aku atau mak aku. Dia akan cakap bagitau dia jangan buat macam tu macam ni.. 

Tapi aku la risau. Sebab tak tahu suami rasa apa

Dia tak pernah cakap apa2. Suami aku jenis diam dan buat hal dia. 

Aku ada la suruh mak tegur.. Tapi ayah aku jenis ikut kepala dia ja. Dia tak peduli apa dah. Bagi dia cucu yang penting. 

Masa open house tu, suami main dukung2 anak. Macam nak lambung2. Tapi dia tak lambung. Dia angkat tingi, pstu gosok2 muka dia kat perut anak. Lepas tu masa turun tu laju. 

Mungkin ayah aku perasan anak aku macam gayat kot. Sebab masa suami gosok2 kat perut,anak aku gelak. Tapi masa turun dia macam gayat. 

Ayah aku ni terus macam jerit pangil nama aku.. Dia kata suami kau tak de otak. Main dengan ank macam tu.. Segala bodoh kata2 kesat keluar. 

Aku memang tercengang. Aku pun scara spontan, ayah apa ni. Cakap bukan2. Tu kan anak dia. Biar la dia. 

Ayah aku makin naik gila.. Ayah aku memang jenis baran dan cepat panas.. Tapi suami aku pun jenis panas jugak. 

Tapi suami tak cakap apa. Dia letak anak kat bawah.. Dia masuk bilik. Time tu memang kecoh la. Mak aku, adik beradik aku semua marah la ayah aku. Sebab tak jaga harga diri dia. 

Semua orang macam terkejut dan terpinga2 dengan keadaan tu. Sebab tiba2 ja ayah aku mengamuk.. 

Tapi ayah aku tak rasa apa dia buat tu salah. Dia tak rasa dia malukan suami aku pun. Tapi aku rasa sangat malu dan bersalah.. 

Mak aku suruh pergi tengok suami. Aku masuk bilik. Suami tengah kemas barang dia.. Aku macam takut nak tegur apa pun. 

Tapi aku cakap jugak la.. Tak tahu kenapa ayah tu. Aku mintak maaf dari pihak ayah.. Tapi suami diam ja.. Lepas pack baju2 dia.. 

Dia cuma cakap, sekarang ni awak nak duduk kalau duduk la. Tapi saya tak kan jejak kaki sini lagi dah.. Aku macam tercengang2. Aku kata aku memang la nak ikut dia. 

Tapi barang aku mana pack lagi. Bagi masa nak pack barang.. Tapi dia terus keluar.

Tapi masa keluar tu, suami cakap kat ayah.. Kalau tak fikir orang tua, dah lama jadi cerita lain. Jangan tunjuk muka dekat saya lagi kalau nak selamat. 

Ayah pun terus berdiri nak bergaduh. Dia cuma cakap mai la kalau jantan.. Lari kenapa. Tapi mujur la suami terus masuk kereta tak peduli kata2 ayah.. 

Ayah macam tu la.. Masih provoke. Kata tak reti jaga anak la. Macam2 la.. Orang lain pun tak mampu nak buat apa dah.. Ayah aku kan bekas komando. Gaya bengis dia menantu2 lain pun takut jugak. So diaorg diam ja la. 

Lepas tu siap ungkit sebab tu la dia tak bagi aku kahwin dengan suami. Katanya orang tak de mak bapak bukan reti hidup berkeluarga. 

Memang dulu ayah tak setuju aku nak kahwin dengan suami. Tapi dah aku tergila2 kat suami.. . Aku berkeras nak dia jugak. 

Tapi tak sangka ayah masih tak boleh terima dia.. Sejak kejadian tu aku sedih gila. Petang tu aku dok call dia suruh ambik aku.. Tapi dia off hp. 

Terpaksa suruh adik laki aku hantar. Masa tu bapak aku cakap, tingalkan cucu kat sini la.. Aku kata mana boleh. 

Aku rasa marah dekat ayah sebenarnya. Walaupun memang teguran dia ada betul. Tapi cara dia salah.. Aku balik tak salam dia.. Pandang pun tak. Ada la dia bising2, tapi aku tak focus dah. 

Smpai kat rumah suami ada ja kat rumah tengok tv. Aku diam ja.. Aku sebenarnya tak berani nak cakap dengan dia time dia marah. 

Aku takut kalau dia jadi aggressive. Lagipun suami jarang marah.. Dan marah untuk situasi ni adalah first time. So aku buntu nak handle mcam mana. 

Aku tingalkan anak. Tapi dia tak tengok pun. Kira tak melayan sangat la.. Sekadar tengok2 macam tu ja.. Anak pergi kat dia pun, dia tak layan sangat. 

Aku sekarang ni buntu la.. Macam mana nak pujuk suami.. Aku ada la cakap2 biasa. Tanya nak makan ke apa ke.. Dia hanya diam ja.. 

So aku tak berani nak tegur or cakap lebih2.. Aku risau dia naik angin. Lagipun aku tak tahu la nak pujuk macam mana. 

Lagisatu, suami memang membesar sebagai anak yatim. Maksu dia yang jaga dari kecik.. So aku risau suami sedih dengan kata2 ayah aku tu. 

Ni dah dekat seminggu dah dia masih macam tu. Tak de tido kat bilik, tak de bercakap dengan aku. Cuma mungkin dia dah gaji. Dia ada tinggal duit atas meja solek aku.. 

Cuma aku masih takut nak petik hal tu. Nak cakap pun aku takut. Cuma kalau aku nak apa2 aku text dia balik nanti belikan barang ni ke apa. Walaupun dia tak reply, tapi dia belikan ja benda tu. 

Aku cuba bersikap biasa. Tapi dari cara dia, aku tahu dia masih belum move on dari kejadian tu.. Sebab dia masih dingin. 

Tapi benda ni bukan salah aku.. Di luar kawalan aku. Aku mana tahu akan jadi macam ni. Kalau tak, dari awal tak payah balik dah..

Dulu teguran ayah aku tak de la biadap sangat. Tapi sekarang aku dah tak tahu nak handle situasi ni macam mana.. 

Suami tak pernah bantah kalau aku nak balik rumah mak. Dia memang ikut ja.. Aku dulu fikir nak bagi family kat dia.. Tapi tak sangka kerana aku dia dapat malu. 

Adik bradik aku semua ok ja.. Kecuali ayah aku ja.. Aku kesian kat suami, sedih. Macam2 la perasaan aku ni.. Tapi aku masih tak mampu nak berhadapan dengan dia.. 

Hari ni aku call ayah aku mengamuk gila2. Aku persoal banyak benda.. Tapi ayah aku masih macam tu.. Bagi dia, dia tak salah. Tetap dengan pendirian dia ja. 

Siap cakap hujung minggu ni dia nak datang ambik anak.. Aku kata jangan datang. Jangan keruhkan keadaan aku kata.. Tapi dia kata tu cucu dia darah daging dia. Mak dia bagi ke tak bagi ke, dia tetap akan datang dia kata. 

Entah la.. Serabutnya rasa. Kenapalah berat betul ujian aku ni.. . 

Orang tua makin tua sepatutnya makin menunduk. Tapi perangai ayah aku ni tah apa2 ja la. 

– Zaty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. tkpe sis usaha je pujuk suami biar dia tk layan sngat ke ape teruskan layan and pujuk suami inshaallah dia akan jadi mcm biasa lg2 dgn anak tu tk smpai hati dia nk merajuk lama mungkin dia terasa tu. and ayah sis pon mungkin deep down dia pon rasa bersalah jugak ckap mcm tu tp mungkin segan utk meminta maaf pada suami sis. Inshaallah sis saya doakan semuanya akan kembali baik semula hanya tggu masa je inshaallah akan lembut dua2 hati tu nnt demi anak dan cucu.

  2. Salam sis,

    Suami sis dah ditegur berkali kali, tapi suami tetap pilih untuk abai. Gurau kasar dengan anak + dekat rumah bapa + depan mata bapa sis = deadly combo. Ikut akal orang sehat, segala provokasi harus dielakkan, tengah open house kan, tapi tulah suami sis tetap nak test the deep of water. Dia dapat apa yang dia minta.

    First things first, kenapa suami sis berani buat benda sama walaupun dah dipesan banyak kali, bukan orang lain pesan, nih bapa mertua dia pesan tau, kalau menantu lain, bapa mertua pesan sekali tak buat lagi tau, sebab hormat bapa mertua. Kenapa suami sis masih buat, mudah sebab suami tahu sis akan bekap dia, persis budak kecik yang berani sepahkan rumah tetamu, tak takut buat sebab mak dia bekap dia. Boleh gurau kasar di rumah sendiri, kenapa masih pilih buat kat rumah mertua juga.

    Suami sis tak ada bapa, dia yatim. Jadi jangan lah buat sampai sis jadi anak yatim juga. Sis pilih untuk call and marah marah kat bapa sis tuh 1st step untuk jadi anak yatim, warming up orang kata, buatnya bapa sis hilang sabar and buang sis dari family, maka jadilah sis yatim 2.0, sorang biadap dengan bapa mertua, sorang lagi biadap dengan bapa sendiri. Rumahtangga apa nih.

    Sis, suami sis memang ada impian nak full control sis, tapi gagal sebab sis masih ada bapa, maka berlaku lah perebutan kuasa. Ingat yer sis, kalau tak sebab bapa sis sayang sis, mengalah dengan sis, sis tak akan merasa kahwin dengan suami sis yang sekarang nih tau. Sis dah marah bapa sis, bapa sis dah dapat bahagian dia, yang belah suami sis dah marah tak, tak marah kan, sebab sayang. Makan sayang sis tuh.

    Tutup salam.

  3. Tak payah nak sis sis sgt. Serabut aku. Yg mertua tu pun kne jgk beradap. Ni kurang ajar namanya. Ckp leklok xboleh ke? Mcm org x wujud depan dia. Cucu dia tu ada mak bapak & dia tak de hak nk ambk. Teguran tu bagus la tp depan org kot. Yg kt atas dk ckp mcm bekap sgt bapa mertua tu dh knp?

  4. Mak saya pon sama macam ayah sis apa yang suami saya buat kat ank dia macam tak suka .. dari segi gurauan kat ank ank… dia akn cakp kak cakp kat suami ko jangn buat kat ank macam tu .. dia ade je tegor suami saya depan depan tapi suami saya buat bodo je.:

  5. Slm. I rasa mmg men, esp komando, makin tua, makin ego. Cranky n n nk tunjuk dia lebih hebat. Suami sy komando jugak n dh nk pencen but lately…bila berckp kasar n mcm x hormat org.
    Ur dad x mungkin akan apologoze so biarkn dia. U kena pujuk suami…maybe get ur mom or elder sibling to call suami u n just talk to him. Semoga dipermudahkn. Wallahualam.

  6. panjang cerita ni, susah nk reda sebab masing2 ada ego, selalunya bertahun2 pun belum tentu settle, awak dgn anak yg paling terkesan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *