Suami Duniawi & Suami Ukhrawi

Assalammualaikum buat admin dan pembaca iium confession. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah ini kerana aku dah tak tahu dekat mana boleh aku luahkan segala rasa yang terpendam dlm sanubari aku ini.

Nama aku Nia(bukan nama sebenar). Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku akui aku punyai seorang suami yang sangat baik. Tapi dalam pada masa yang sama aku tak tahan dengan sikap boros nya pada barang-barang berjenama, mainan trending, dan lain lain lagi.

Kebiasaannya orang akan memandang wanita jauh lebih boros dari lelaki. Tapi yang ini lain. Gaji dia bagi aku sederhana dalam lingkungan 1k. Perangai yang dahsyat ini semakin berlarutan dan menjadi jadi lebih lebih lagi bila aku mula bekerja(sebelum ini aku surirumah sepenuh masa).

Okay. Firstly, dalam sebulan dia boleh beli barang online sangat banyak dan harga setiap barang tak pernah kurang dari rm100. Ada yang rm300 dan keatas. Itu satu hal. Suatu hari, screen iphone dia ada masalah. Petang tu juga dia ganti screen iphone dia dengan jumlah rm500. Kadang kadang sampai terdetik dalam hati, mana dia dapat duit sebanyak itu. Nak kata kerja lebih masa, pergi kitorang bersama balik pun kitorang bersama. Ini yang aku cerita benda berlaku dalam masa sebulan.

Satu hal lagi, minat terhadap barang yang tengah trending waktu ni antaranya mainan hotwheels. Tak silap aku baru beberapa bulan lepas dia mula ada minat tu. Sekarang dia dah ada hampir 1000 model yang dia simpan dalam kotak. Kalau ikut logik akal fikiran yang waras.. korang darab kan sendiri la 1000x rm6.90/ rm5 paling murah. Dah boleh deposit kereta atau kalau buat simpanan dah hampir mencecah rm7k dalam beberapa bulan sahaja.

Sebenarnya aku tak pernah menghalang minat dia. Malah aku sokong dan kalau boleh biar benda tu tersusun rapi tapi masalahnya obses yang teramat tu buat aku risau. Risau akan kehidupan akan datang. Kadang kadang messenger dan whatsapp dia penuh dengan online seller sahaja.

Aku cuma berharap dia masih fikir ibu dia, aku dan anak anak aku sebagai harta yang mungkin akan dia tinggalkan suatu hari nanti. Sama ada harta ini masih bernilai atau lapuk ditinggal usang. Dia terlampau obses dengan barang barang bukan sahaja secara online tapi juga secara zahir tak kisah la di shopping mall atau dimana mana. Bagi aku pula, suatu barang yang aku beli dengan nilai yang mahal aku akan guna sepuas hati aku sampai lah dia buruk. Tapi tidak bagi dia. Sampai aku pernah terfikir untuk jual semua baju dan barang berjenama dia di bazar karat. Masih baru. Pakai hanya sekali dua. Dan sangat banyak. Betapa membazir nya aku rasa hidup dia.

Bukan itu sahaja, malah plastik atau beg kertas yang dia dapat dari membeli barang pun masih dikumpul dan tersimpan rapi. Beg berjenama terlalu banyak disimpan dalam kotak sampaikan aku pening nak letak mana semua barang tu. aku pernah pesan pada dia, kalau taknak pakai barang tu semua baik beri pada orang yang susah. Berdosa beli barang tapi tidak digunakan. Kadang tu aku tengok makcik makcik (selit sikit) yang suka simpan bekas jenama tupperware dalam almari. Kakak, makcik semua, korang kena ingat nanti dekat padang mahsyar semua tu akan ditanya. Setiap barang yang kita beli tapi kita tidak gunakan untuk kebaikan semua akan ditanya. Sedih rasa hati. Buat apa dibeli kalau untuk disimpan dalam almari.

Ada lagi tu dia suka beli barang yang dah ada tapi beli lagi dan beli lagi. Lampu kereta dah ada, nampak dekat facebook wall terus order. Cermin kereta dah ada beli lagi. Kasut dah berlambak sampai tak terpakai beli dan beli. Oii gila ke? Simpan la duit untuk anak bini. Simpan duit beli rumah. Simpan duit mana tahu kalau satu hari nanti ‘kiokkk’ anak bini tak ada tempat berlindung. Sendu sangat aku rasa.

Aku berharap lelaki di luar sana yang sepesen atau se pattern macam ni kesian laa pada bakal isteri, isteri dan ibu kepada anak anak anda ni. Satu je aku nak pesan, isteri tak dahagakan lelaki hensem ke bergaya ke apa, tapi isteri dahagakan kasih sayang dan didikan agama dari suami. Itu aku la. Tak tahu yang lain. Carilah ilmu. Berhenti cari barang. Carilah ilmu, belilah buku beragama, pelajari dan baca. Buat usrah untuk keluarga. Bimbing anak bini kau ke jalan yang benar. Jangan dia terjelepok kau pun tersadung dengan bahagia.

Bukan apa, nanti dekat akhirat kau ( suami) yang akan ditanya. Terima kasih admin.

– Nia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit