Suami Gamers

Ok, first time aku luahkan kat sini lepas baca banyak confession.

Dan aku tengok, biasanya bila dah luahkan. Netizen akan komen. Aku suka baca pelbagai respon netizen pro & cont.

Ceritanya, aku dengan suami dah kahwin 5 tahun lebih dan nak masuk tahun ke 6 perkahwinan bulan Feb 2023.

Entahlah, aku tak tahu memang macam ni ke bila dah kahwin cukup 5 tahun. Memang akan rasa macam tawar hati. Rasa perasaan kat suami macam dah nak mati.

Dah malas nak beri komitmen. Kadang-kadang rasa nak hidup sendiri.

Adakah aku ni kurang puas hidup sendiri? Atau adakah aku ni sebenarnya tak patut kahwin lagi?

Tapi tulah, aku dah kahwin dah pun. Dapat pulak anak sorang. Sampai aku serik dah nak ada anak lagi. Tapi biasalah, kadang-kadang ada juga perasaan nak anak tu. Hmm..

Melihatkan perangai suami aku, memang aku turn off untuk dapatkan anak dengan dia. Lagi pula kami kurang bersama.

Entahlah, aku macam tak boleh open diri aku dengan dia lepas apa yang dia buat kat aku. Dia selalu cakap aku ni tak usaha.

Aku penatlah. Penat buat kerja rumah, urus rumah. Masa duduk rumah mertua, ada pembantu rumah. Setiap hari aku nak bersama.

Tapi masa tu, dia pulak yang penat. Sebab dia kerja site masa tu. Memang penatlah kan.

Hah, pastu aku rasa dia layan aku macam pelacur. Hina betul rasa. Rasa macam dia tak sayang kat aku pun sebenarnya. Ntah la, perasaan aku je kut.

Tapi yelah, dah dia tak hargai pun tubuh badan aku ni. Terus nak masuk. Takda intro. Last-last, “tertutup sudah pintuku, pintu hatiku..” ok korang sambung lagu tu.

Aku nak jadi suri rumah. Tapi aku kena kerja. Sebab suami aku suka aku bekerja. Mempunyai kerjaya yang profesional.

Aku tahu, aku jadi suri rumah pun, bukannya aku buat semua tugas-tugas seorang suri rumah. Dia pulak, bila aku jadi suri rumah.

Aku rasa macam pembantu rumah sahaja dibuatnya aku. Yang lagi sakit hati, bila aku kerja. Sama juga tuagasan rumah aku macam aku tak kerja. Tetap kena buat.

Tapi aku dah mula cuba slow-slow tak buat kerja-kerja rumah sebab busy fikir pasal kerja. Dan aku nak dia yang urus rumah. Nak sangat aku kerja kan. Aku pun cakap je.

Kadang-kadang aku rajin, aku buat jugak. Biasalah kan, perempuan memang fitrahnya baik. Suka memberi bila ada.

Aku sebenarnya kadang-kadang terfikir, macam manalah kehidupan orang perempuan selepas bercerai ya? Lagi-lagi yang ada anak.

Aku rasa aku tak bolehlah nak teruskan hidup dengan dia. Dahlah hambar, pastu takda pengisian agama. Aku nak hidup dalam suasana Islam.

Didikan Islam.

Buat pengetahuan korang, suami aku perokok (masa aku kenal dia, dia dah berhenti merokok 4 tahun).

Aku tak sangka sangat yang dia akan merokok semula. Aku rasa aku tersilap buat pilihan. Tapi ni memang jodoh yang Allah dah tentukan. Cuma aku tak tahu sampai bila jodoh ni.

Sambung tadi, aku sakit hati betul bila tahu dia merokok. Rasa macam nak minta cerai terus masa tu. Lagi-lagi bila dia kantoi merokok.

Teruslah aku pun mula ada trust issue dengan dia. Entah apa lagi yang dia sembunyikan daripada aku. Akhirnya aku pun dah kurang nak ambil tahu pasal dia.

Yelah, aku pun kerja. Fikir pasal kerja jelah aku. Dah takda masa nak menyibuk hal dia macam masa aku jadi suri rumah dulu.

Ok, dia suka main game Dota tau. Pasal game ni aku memang tak sangka sangat-sangat.

Sebab masa aku kenal dia, tak pernah pula cakap pasal game. Dan dia selalu je balas whatsapp aku. Panjang pulak tu. Tak tahulah mungkin masa tu tak main game kut. Aku pun tak pasti.

Kalau aku tahu, memang awal-awal aku dah reject dia dalam list aku. Dan walaupun aku tahu dia main game di awal perkahwinan kami tinggal bersama, kami tinggal di rumah mertua.

Jadi, aku cuba bersabar & tak ambil tindakan apa-apa. Aku biarkan aje. Aku pun baru kahwin kan. Nak jadi isteri solehah kononnya.

Yang aku sedih, aku tengah tak sihat plus demam denggi masa tu pun dia boleh main game. Sampai aku jatuh tandas berdekatan tempat main game dia sebab aku tak larat sangat nak ke tandas masa tu.

Aku pernah tanya dia, kenapa dia main game masa aku tak sihat.

Rupanya dia kata dia sakit hati dengan aku masa tu. Sebab tu dia pegi main game.

Tapi sekarang aku tak percaya. Sebab masa aku dengan anak sakit pun, dia boleh lagi main game. Apa punya bapa dan suamilah yang aku kahwin ni.

Dia baru main dota semula lepas ada komputer dalam rumah ni. Dia juga pernah maklumkan yang dia nak berhenti main dota.

Aku pun tahu bukan senang nak berhenti. Tapi aku sakit hati sebab dia nak berhenti dengan cara tengok Anime. Sekarang dah bertambah dia punya hobi baru yang bagi aku melalaikan.

Aku tak tahulah aku ni over sangat ke apa, tapi bagi aku dia tak perlu kot nak berhenti dota dengan cara tu. Bukan ke bleh buat cara lain yang lebih sihat. Dah sekarang tambah pulak dengan suka tengok bola.

Dah kahwin kan. Ada anak, ada isteri. Fikirlah aktiviti keluarga untuk dibuat bersama. Lebih baiklah dia hidup sendiri membujang. Barulah bebas nak buat apa-apa.

Dah jadi bapa, buatlah cara jadi bapa. Didik isteri dan anak. Bawa kami pergi majlis ilmu ke, hidupkan suasana Islam dalam rumahtangga ke.

Sok sok bagus je aku kan. Yelah, dah kata kahwin ni kita bina baitul muslim. Macam mana nak dapatkan khalifah islam dah kalau macam bukan islam pula kehidupan rumah tangga.

Sebab itulah aku mula rasa apa yang aku dah cerita kat atas tu. Korang rasa macam mana? Aku ni over sangat ke?

Korang komenlah apa yang korang nak komen. Aku nak tahu juga pendapat korang. Aku call Pejabat Agama Islam Daerah banyak kali setiap hari, bukannya nak angkat.

Last-last aku dapatkan kaunseling dari komen korang jelah. Tapi aku harap korang boleh komen yang membina. Nak suruh aku muhasabah pun boleh.

Yelah, mungkin aku tak sedar diri. Berapa ramai nak kahwin ada anak, tapi aku ni macam tak bersyukur kan.

Pastu berapa ramai lelaki luar sana yang bosan dengan isteri, pergi cari perempuan lain. Tapi aku, suami kat rumah je. Tu pun aku tak puas hati.

Ok korang, terima kasih tau sudi baca & komen.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *