Suami Gaslight dan Terpaling Teraniaya

Aku tak tau nak meluah kepada siapa jadi memilih medium ini untuk mendapatkan pandangan and nasihat daripada abang & kakak berpengalaman dan bijaksana.

Aku ada submit confession sebelum ni tapi decide untuk admin cancel sebab aku menaip dalam keadaan tak betul dan akan buat pembaca confius. Hopefully kali ni lebih baik.

Aku akan cerita seringkas mungkin. Nama aku Lily dan telah berkahwin 4 tahun dan mempunyai baby comel. Kami berdua berkerja disektor swasta.

Masalah aku mungkin tak berat tapi aku perlukan pandangan/cadangan dari pembaca yang bijaksana untuk aku handle masalah ini.

Alhamdulillah kami suami isteri tiada masalah kecuali masalah komunikasi. Aku akui aku dahulunya jika tidak puas hati, akan simpan and meletup bila dah betul2 tak tahan.

Tetapi setiap hari aku cuba berubah untuk menyampaikan perasaan aku dengan intonasi yang betul dan pemilihan ayat yang bersesuaian.

Akan tetapi berlainan dengan suami aku, dia seorang yang taknak mengaku salah walaupun terang² dia salah dan dia boleh putar cerita dari gajah tak boleh terbang, tiba² gajah boleh terbang untuk memenangkan diri sendiri.

Aku percaya dia gaslight aku untuk doubt dengan judgement sendiri.

Dengan riak muka, body languange, bahasa yang digunakan membuatkan aku hilang akal bagaimana mahu menyampaikan niat aku kenapa aku terasa, sedih etc dengan kata² / perbuatan dia.

Dia akan putar cerita sana sini sampai aku doubt dengan diri sendiri.

Dan aku macam sedang menyampaikan perasaan aku kepada budak tak cukup akal bila dia berkata ‘’ that is not my problem’’ ‘’ that is your problem’’ dengan mimik muka, body language dan intonasi yang sangat menyakitkan hati.

Contoh, aku demam. Aku dah bagitahu dia pagi tersebut aku demam. Dan dia datang kepada aku, pegang dahi dan mengatakn alah demam sikit je.

Aku tak tahu pada orang lain or pada mata seorang lelaki, bila isteri demam sedikit adakah pihak suami akan automatic akan mengambil alih tugas hantar anak ke taska?

Sebab untuk aku, bila suami aku cakap tak sihat automatic aku akan buat my best effort untuk settlekan apa² yang perlu settle, jaga makan dan minum sebaiknya.

Tapi tidak bagi suami aku, dia mengatakan bahawa aku perlu meminta tolong dia untuk menghantar anak sebab dia tidak boleh baca pikiran aku dan jika aku nak makan, aku kena minta.

Disinilah bermulanya pergaduhan bila aku bagitahu aku terasa dengan action dia tapi dia balas seolah tiada commonsense.

Benda ni boleh settle bila dia acknowledge perasaan aku dan minta maaf dan aku jugak boleh minta maaf sebab tak bagitahu dia. case closed. Tapi dia memilih react seperti budak tak cukup akal.

Kadang² aku penat nak bagi dia paham kenapa aku bagitahu dia apa yang aku rasa, kenapa aku rasa macam tu sebab dia listen to react & being defensive bukan listen with an open mind and at the end of the day, issue tak resolve sebab the way he handled the situation. Manipulative.

Aku kadang² sampai sakit dada untuk menahan marah&sakit dengan reply dia yang sangat absurb untuk aku process dan tak masuk akal.

Aku pernah gelak sambil menangis sebab dia kata bila aku sakit, aku kena minta makanan kalau nak makan padahal selama ni bila dia sakit, aku jaga makan minum dia sebaiknya. Rupanya aku buat extra miles. Dan response dia ”at least i buat u gelak”. Aku penat.

Satu lagi, suami aku suka menjadi terpaling tersakiti, terpaling diabaikan, terpaling teraniaya. Aku cuba sehabis mungkin untuk communicate effectively dengan dia tetapi dia memilih sebaliknya dan tiba² dia adalah tersakiti, teraniaya. aku buntu. Dia dan his expectation.

Dia selalu berkata bahawa aku ada expectation untuk dia. Yes salah ke seorang isteri ada expectation untuk suami? It’s bare minimum expectation.

Aku bukan expect dia untuk bawak balik emas setiap kali balik kerja. Aku bukan expect dia hidangkan aku beef wellington, belikan aku hotel, pergi london balik hari.

Aku hanya ada expectation untuk dia layan aku selayaknya sebagai isteri contoh bila sakit, at least tanya aku okay ke tak?

It’s a bare minimum and commonsense dan bila ada issue kita resolve secara baik, communicate sebaiknya dan bukan salahkan aku sebab i ada expectation on him.

Dia selalu berkata bahawa dia tiada expectation untuk aku tapi kadang² ada je ayat ‘ingatkan balik ada air’ ‘ingatkan itu’ ‘ingatkan ini’ itu bukan expectation?

i understand that kind of expectation becausE we are husband and wife bukan orang asing dan everyday aku cuba untuk memperbaiki kekurangan aku.

Tetapi bila kena di batang hidung dia, ‘u and your expectation’. Jadi kita berkahwin untuk apa? Tolong ajar aku macam mana untuk tidak ada expectation untuk seorang suami.

Aku harap cerita aku tak panjang dan pembaca semua paham. Kalau pembaca ada nasihat untuk aku macam mana untuk handle situation seperti diatas atau ada buku yang boleh dibaca, website tolong suggest supaya kami boleh improve diri masing².

Kalau jodoh kami panjang, aku nak anak aku dibesarkan dengan baik dan boleh express himself sebaiknya dan bukan meratip jadi terpaling victim.

Disaat aku menulis, aku rasa kosong tapi aku masih cuba nak memperbaiki communication antara kami.

Mungkin aku kena banyak belajar lagi dan jika dari pihak aku dah lakukan sebaiknya tetapi pihak dia menggugat mental heatlh aku, aku bertindak selayaknya.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *